Selamat Datang


Semalam, 28 Mac 2010 berakhirlah sudah Festival Seni 2010. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tahniah kepada Juara Keseluruhan iaitu Kolej Kediaman Kesembilan.

Kami juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada Sekretariat Pelajar di bawah Pusat Kebudayaan dan HEPA di atas penganjuran yang begitu lancar. Semoga penganjuran Festival Seni akan terus sukses dari tahun ke tahun.

Di sini kami juga mengalu-alukan sekretariat terbabit untuk menyertai kami di bawah FESKUM dan bersama-sama berkongsi pengalaman penganjuran dan seterusnya menjayakan FESKUM 2010 pula nanti. Pengambilan AJK untuk FESKUM juga masih dibuka. Bagi yang berminat, singgah sahaja di bilik sekretariat kami dan berikan maklumat anda. Bersama "Memanifestasi Kecemerlangan, Memartabatkan Kegemilangan."
Kami dari pihak MPMUM mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Chu Seat Yin pelajar tahun 3 Fakulti Sains dari Kolej Kediaman Keempat diatas pemergiannya. Mendiang yang meninggal dunia pagi tadi(21 Mac 2010) di PPUM terlibat dalam satu kemalangan motorsikal semalam di hadapan Kolej Kediaman Ketiga. Semoga keluarga dan sahabat mendiang tabah menghadapi dugaan ini.

Kami dari MPMUM juga menyeru agar mahasiswa/mahasiswi UM agar lebih berhati-hati di mana jua dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalanraya.

Sekian.
"Kebajikan Anda Aspirasi Kami"

ASSLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...MPMUM SESI 2009/2010 AKAN MENGADAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UM PADA
TARIKH : 13 MAC 2010
HARI : SABTU
MASA : 8 PAGI.
TEMPAT : AUDITORIUM KPS.
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.
Seperti yang kami uar-uarkan semasa Majlis Pengenalan MPMUM ke kolej-kolej kediaman, kini blog rasmi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2009/2010 telah diwujudkan. Diharap dengan wujudnya blog ini akan menjadi satu medium perantaraan bagi kami menyampaikan maklumat dan juga bagi anda mahasiswa untuk memberikan maklumbalas.

Kami MPMUM juga mengalu-alukan kedatangan anda ke Bilik Sekretariat kami jika berhadapan dengan sebarang masalah dan memerlukan bantuan daripada kami. Atau anda juga boleh emelkan masalah/cadangan/pendapat anda ke mpmum.0910[at]gmail.com.

Akhir kata dari kami,
"Memanifestasi Kecemerlangan, Memartabatkan Kegemilangan"

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10