Selamat Datang



Hari ini dunia islam digegarkan lagi satu insiden malapetaka kepada bumi Palestin. Tentera rejim Israel sekali lagi telah melakukan kezaliman yang terang-terangan di mana mereka menyerang satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Kapal itu telah membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Al-Jazeera
melaporkan sekurang-kurangnya 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang mengetuai armada kapal kecil awal pagi ini. Menurut laporan Malaysiakini, dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel. Mereka adalah sebahagian daripada sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia iaitu NGO Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

Kami di BARISAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA INGIN MENYATAKAN PENDIRIAN MAHASISWA UM MENGUTUK DAN MENGECAM SERANGAN TENTERA REJIM ZIONIS KEPADA MISI KEMANUSIAAN YANG TIDAK BERDOSA ITU. Dalam hal ini, beberapa NGO akan berhimpun di hadapan kedutaan Amerika (depan Tabung Haji, jalan Tun Razak) pada besok hari jam 11 pagi sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman rejim zionis dalam serangan tersebut.

Sementara itu, MPMUM mengingatkan selaku mahasiswa dan mahasiswi di menara gading, tindakan kita untuk berjuang di bumi palestin adalah agak sukar. Tetapi, apa yang sewajarnya mahasiswa dan mahasiswi lakukan ialah menggarap semaksima kepakaran dan pengetahuan untuk memonopoli sektor-sektor yang kini di dominasi oleh golongan Israel ini. Dalam masa yang sama, bekalan doa untuk kesejahterahan umat Islam di bumi Palestin khasnya mahupun di mana-mana sekalipun perlulah diteruskan dengan konsisten.


Sebahagian daripada barisan pembantu pelajar (PP) yang telah berjaya melaksanakan tugas-tugas untuk membantu adik-adik PASUM. Tahniah kami ucapkan.

Beginilah suasana di dalam Dewan Tunku Canselor yang dipenuhi oleh adik-adik Asasi PASUM.

Sebahagian wajah-wajah pelajar PASUM yang penuh bersemangat sepanjang minggu tersebut.

Salah satu slot pengisian minggu orentasi PASUM iaitu ceramah daripada alumni UM di mana Dr. Adham Baba (bekas pelajar fakulti perubatan UM) telah dijemput untuk memberi ceramah dengan tajuknya "Tamadun Malaysia Dalam Perspektif Perkara 153"

Barisan MPMUM bersama dengan MPP dari USM di hadapan pintu utama DTC pada malam persembahan Asasi PASUM.

Sebahagian daripada persembahan-persembahan daripada pelajar Asasi PASUM di malam terakhir yang berlangsung dengan penuh meriah. Contoh-contoh persembahan lain termasuklah persembahan dikir barat, tarian kreatif, tarian melayu, nyanyian, sketsa dan beberapa lagi persembahan lain.

Pada jam 3.30 petang (26 Mei 2010), pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 2009/2010 telah mengadakan perjumpaan bersama dengan pihak bendahari, seksyen kemasukan dan rekod (SKR) serta Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bagi membincangkan isu penetapan polisi universiti 'zero balance' yang dijangkakan bermula pada sesi semester hadapan.

Sebelum itu, pihak MPMUM telah menghantar emel melalui Pengerusi Exco Kebajikan & Aduan, Saudara Nur Fahmin kepada ayahanda Naib Cancselor untuk membenarkan kelonggaran kepada semua pelajar senior mendaftar yang dijangkakan bermula pada 14 Jun ini. Antara yang telah kami kemukakan adalah mengkaji semula tempoh implimentasi yang agak singkat (hanya dua bulan) serta hebahan kepada pelajar di saat-saat terakhir semeseter lepas.

Hasilnya, pihak kami telah menerima kata putus pihak pengurusan universiti melalui En. Anuar Mohamad (Pengawal Kewangan Bendahari UM) bahawa atas pemohonan kelonggaran daripada MPMUM selaku wakil pelajar-pelajar di UM, maka pihak universiti bersetuju untuk MENANGGUHKAN PENGUATKUASAAN POLISI TERSEBUT TETAPI AKAN BERKUATKUASA SEPENUHNYA BERMULA PADA PRA PENDAFTARAN SEMESTER II SESI 2010/2011. Maka, pada pra pendaftaran pelajar senior untuk semester I boleh dilakukan secara online kepada SEMUA PELAJAR YANG TIDAK BERHUTANG LEBIH DARIPADA RM500. Peraturan ini juga sama ketika pelajar ingin mendapatkan slip kemasukan peperiksaan bagi semester I 2010/2010 iaitu TIDAK BERHUTANG LEBIH DARIPADA RM500.



Beliau juga mengingatkan kepada pelajar-pelajar agar tidak lagi menjadikan budaya hutang dengan universiti sebagai satu kelaziman. Beliau menambah bahawa setiap pelajar yang diberi pinjaman mahupun biasiswa perlulah meletakkan yuran pengajian sebagai prioriti yang perlu dijelaskan bagi setiap semester.

Kepada pelajar-pelajar semua, kami di barisan pimpinan MPMUM berharap pelajar dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin. Kepada pelajar yang benar-benar tidak berkemampuan, bolehlah berhubung dengan pihak kami atau pihak bendahari bagi mendapatkan beberapa cara untuk mendapatkan wang tambahan sekiranya anda layak untuk menerima.

'KEBAJIKAN MAHASISWA MENJADI KEUTAMAAN KAMI'


Convocation Sessions


FIRST SESSION - MONDAY, 2 AUGUST 2010 : MORNING
Conferment for:
(1) Emeritus Professor
(2) Doctor of Philosophy
(3) Doctor of Medicine
(4) Royal Education Award

SECOND SESSION - TUESDAY, 3 AUGUST 2010 : MORNING
Conferment for Masters degree:
(1) Institute of Graduate Studies
(2) Academy of Islamic Studies
(3) Faculty of Education
(4) Faculty of Dentistry
(5) Faculty of Science
(6) Faculty of Arts and Social Sciences
(7) Faculty of Law
(8) Cultural Centre
(9) Institute of Principalship Studies

THIRD SESSION - TUESDAY, 3 AUGUST 2010 : AFTERNOON
Conferment for Masters degree:
(1) Academy of Malay Studies
(2) Faculty of Built Environment
(3) Faculty of Languages and Linguistics
(4) Faculty of Economics and Administration
(5) Faculty of Engineering
(6) Faculty of Business and Accountancy
(7) Faculty of Medicine
(8) Faculty of Computer Science and Information Technology
(9) International Institute of Public Policy & Management
(10) Asia-Europe Institute

FORTH SESSION - WEDNESDAY, 4 AUGUST 2010 : MORNING
Conferment for:
Faculty of Economics and Administration
Bachelor of Economics

Faculty of Arts and Social Sciences
Bachelor of Arts
Diploma of Strategic & Defense Studies

FIFTH SESSION – WEDNESDAY, 4 AUGUST 2010 : AFTERNOON
Faculty of Science
Bachelor of Science

SIXTH SESSION - THURSDAY, 5 AUGUST 2010 : MORNING
Faculty of Education
Bachelor of Counselling
Bachelor of Early Childhood Education
Bachelor in Education (Teaching of English as a Second Language)
Bachelor in Education (Teaching of English as a Second Language) Primary Education
Bachelor in Education (Educational Management)
Diploma of Education

Faculty of Dentistry
Bachelor of Dental Surgery

Faculty of Law
Bachelor of Jurisprudence
Bachelor of Jurisprudence (External)
Bachelor of Laws

SEVENTH SESSION– THURSDAY, 5 AUGUST 2010 : AFTERNOON
Faculty of Languages & Linguistics
Bachelor of Languages & Linguistics

Faculty of Business and Accountancy
Bachelor of Business Administration
Bachelor of Accounting

Faculty of Computer Science and Information Technology
Bachelor of Compute Science
Bachelor of Information Technology

EIGHTH SESSION–FRIDAY, 6 AUGUST 2010 : MORNING
Faculty of Medicine
Bachelor of Pharmacy
Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery
Bachelor of Biomedical Science
Bachelor of Nursing Science

Faculty of Science
Bachelor of Science with Education

Cultural Centre
Bachelor of Performing Arts (Drama)
Bachelor of Performing Arts (Music)
Bachelor of Performing Arts (Dance)

Sports Centre
Bachelor of Sports Science

NINTH SESSION - SATURDAY, 7 AUGUST 2010 : MORNING
Academy of Islamic Studies
Bachelor of Islamic Education
Bachelor of Applied Science with Islamic Studies
Bachelor of Syariah
Bachelor of Usuluddin

Faculty of Built Environment
Bachelor of Estate Management
Bachelor of Science Architecture
Bachelor of Architecture
Bachelor of Quantity Surveying
Bachelor of Building Surveying

TENTH SESSION –SATURDAY, 7 AUGUST 2010 : AFTERNOON
Academy of Malay Studies
Bachelor of Malay Studies

Faculty of Engineering
Bachelor of Engineering (Environmental)
Bachelor of Engineering (Civil)
Bachelor of Engineering (Materials)
Bachelor of Biomedical Engineering
Bachelor of Engineering (Electrical)
Bachelor of Engineering (Chemical)
Bachelor of Engineering
(Mechanical)
Bachelor of Engineering (Manufacturing)
Bachelor of Engineering (Computer Aided Design & Manufacture)
Bachelor of Engineering (Telecommunication)



Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Mencari Program Terbaik Kelolaan Mahasiswa IPT Malaysia "Program Inisiatif Pelajar (PIP)" bermula pada 20 Mei 2010 hingga 21 Jun 2010. Program bertujuan untuk melihat satu simbolik pihak KPT kepada idea pelajar IPT.

Syarat-syarat penyertaan adalah :

1) Pengiktirafan berdasarkan kepada 8 teras pembangunan holistik pelajar dan 1 kategori terbuka iaitu mencakupi bidang keusahawanan, kepimpinan, kesukarelawan dan lain-lain bidang berkaitan
2) Kertas cadangan adalah ditulis sendiri oleh pelajar tanpa bantuan mana-mana agensi.
3) Kertas kerja boleh dibuat secara individu mahupun kumpulan dengan tidak melebihi lima orang peserta.
4) Setiap kategori akan dinilai sebanyak dua kali di mana hanya tiga penerima anugerah perdana akan dipilih berdasarkan kepada pemenang-pemenang di penilaian pertama

Hadiah-hadiah lumayan menanti anda iaitu :

(Penilaian Pertama)
Tempat pertama : RM3000
Tempat Kedua : RM2000
Tempat ketiga : RM1000

(Penilaian Anugerah Perdana)
Tempat pertama : RM5000
Tempat kedua : RM4000
Tempat ketiga : RM3000

Sehubungan itu, semua mahasiswa dan mahasiswi digalakkan menyertai pertandingan ini. Harap maklum, semua penyertaan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni selewat-lewatnya pada 18 Jun 2010 (Jumaat) jam 5.15 petang supaya dapat dikemukakan kepada pihak penganjur selewatnya pada 21 Jun 2010 (Isnin). Harap maklum.
Universiti Malaya telah berjaya mengungguli tangga pertama senarai pemenang pingat bagi Anugerah Rekacipta sempena International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2010).

Pameran yang berlangsung dari 14-16 Mei ini turut disertai oleh pelbagai agensi penyelidikan dalam negara termasuk IPTA dan IPTS serta peserta luar negara seperti Iran, Russia, Korea, Thailand dan lain-lain.

Senarai pingat (Kedudukan 10 teratas):

01. Universiti Malaya - 14 Emas, 14 Perak & 6 Gangsa
02. UNIMAP - 11 Emas, 25 Perak & 9 Gangsa
03. UNITEN - 9 Emas, 9 Perak & 6 Gangsa
04. MARDI - 8 Emas & 5 Perak
05. UKM - 7 Emas & 13 Perak
06. USM - 7 Emas, 11 Perak & 6 Gangsa
07. SIRIM - 6 Emas & 2 Perak
08. UIAM - 5 Emas, 15 Perak & 9 Gangsa
09. UPM - 5 Emas, 6 Perak & 1 Gangsa
10. Forest Research Institute - 5 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa

Senarai Pemenang dari UM adalah seperti berikut:

01 - Tajuk: HAMIN: Robust Pharmaceutical Base for Drug Delivery
Penyelidik: Assoc. Prof. Dr. Mohamed Ibrahim Noordin, Hanif Ariffin, Laith N. Zaki, Hussam S. Basheer, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, Mohd Nuruddin Abd Manap
Jabatan/Fakulti: Department of Pharmacy, Faculty of Medicine
Pingat: Special Award (Innova Award) & Gold

02 - Tajuk: Advanced Vehicle Weight Sorting System
Penyelidik: Ahmad Saifizul Abdullah, Prof. Ir. Mohamed Rehan
Jabatan/Fakulti: Center for Transportation Research, Faculty of Engineering
Pingat: Gold

03 - Tajuk: Variable Speed Limit Enforcement System
Penyelidik: Ahmad Saifizul Abdullah, Prof. Ir. Mohamed Rehan
Jabatan/Fakulti: Center for Transportation Research, Faculty of Engineering
Pingat: Gold

04 - Tajuk: Irradation Synthesis of A Novel Porous 3-Dimentional Scaffold for Cartilage Tissue Engineering
Penyelidik: Assoc. Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Dr. Azlina Amir Abbas, Dr. Norimah Yusof, Assoc. Prof. Dr. Lakshmi Selvaratnam, Lee Si Yuen, Wee Ai Sze, Havva Dashtdar, Tay Liang Xin
Jabatan/Fakulti: Tissue Engineering Group, Department of Orthopaedic Surgery, Faculty of Medicine
Pingat: Gold

05 - Tajuk: deCOL Malaysian Seaweed Nano-molecule Whitening Cream
Penyelidik: Assoc. Prof. Dr. Kim Kah Hwi, Chan Ying Ying, Prof. Dr. Cheah Swee Hung, Kim Wee Ric
Jabatan/Fakulti: Faculty of Medicine
Pingat: Gold

06 - Tajuk: Development of Nanocomposite Based Eco-Friendly Solder
Penyelidik: Prof. Dr. A. S. M. A. Haseeb, Md. Arafat Mahmood, Tay See Leng, Dr. Mohd. Rafie Johan
Jabatan/Fakulti: Department of Mechanical Engineering, Faculty of Engineering
Pingat: Gold

07 - Tajuk: Model PPMTechLS
Penyelidik: Prof. Dr. Saedah Siraj, Norlidah Alias, Dr. Zaharah Hussin, Dr. Ahmad Sobri Shuib
Jabatan/Fakulti: Department of Curriculum and Instructional Technology, Faculty of Education
Pingat: Gold

08 - Tajuk: Building a Learning and Thinking Style’s Testthe YBRAINS Test
Penyelidik: Dr. Chua Yan Piaw
Jabatan/Fakulti: Institut Pengajian Kepengetuaan, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Pingat: Gold

09 - Tajuk: Effective and Trustworthy Formative Assessment for Human Capital Development
Penyelidik: Prof. Dr. Noraini Idris, Dr. Aishah Abu Bakar, Norjoharuddeen Mohd Nor
Jabatan/Fakulti: Department of Mathematics and Science Education, Faculty of Education
Pingat: Gold

10 - Tajuk: Revolutionary Endodontic Radiographic Holder – (K-Endo)
Penyelidik: Dr. Kathiravan Purmal, Prof. Dr. Phrabhakaran Nambiar, Dr. Tuan Mohammad Yusof Shah Tuan Ya, Ahmad Hafizuddin Abdul Aziz
Jabatan/Fakulti: Department of General Dental Practice and Oral & Maxillofacial Imaging, Faculty of Dentistry
Pingat: Gold

11 - Tajuk: Effective Learning using Jawi Character Speech-To-Text Engine for Education
Penyelidik: Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Haji Mohd Yusoff, Zaidi Razak, Nor Aniza Abdullah, Zaini Arifah Othman, Mohd Yamani Idna Idris, Noorzaily Mohamed Nor, Emran Mohd Tamil
Jabatan/Fakulti: Department of Al-Quran & Al-Hadith, Academy of Islamic Studies
Pingat: Gold

12 - Tajuk: Ergonomics Saddle Chair for Children with Cerebral Palsy (for Diplegia and Hemiplegia Types) for Education Purposes
Penyelidik: Assoc. Prof. Dr. Siti Zawiah Md Dawal, Dr. Nukman Bin Yusoff, Dr. Khairi Bin Yusuf, Assoc. Prof. Dr. Zubaidah Binti Ibrahim, Dr. Julia Patrick Engkasan, Norshilawati, Munira Binti Lutfi, Sharifah Nadya Binti Syed Azmi, Hilma Raimona Zadry
Jabatan/Fakulti: Department of CAD/CAM and Manufacturing, Faculty of Engineering
Pingat: Gold

13 - Tajuk: New Generation of Dental Posts for Rehabilitation of Endodontically Treated Tooth
Penyelidik: Assoc. Prof. Dr. Noor Hayaty Abu Kasim, Dr. Ahmed Abdullah Ali Madfa, Assoc. Prof. Dr. Mohd. Hamdi Bin Abd. Shukor, Dr. Reza Rahbari Ghahnavyeh, Dr. Mehdi Bayat
Jabatan/Fakulti: Department of Conservative Dentistry, Faculty of Dentistry
Pingat: Gold

14 - Tajuk: Microcapsules for Self-healing Dental Material
Penyelidik: Prof. Dr. Gan Seng Neon, Prof. Dr. Noor Hayaty Abu Kasim, Sonja Then
Jabatan/Fakulti: Department of Chemistry, Faculty of Science
Pingat: Gold

15 - Tajuk: Human Inferential-Reasoning Enhancement Mindware (HI-REM)
Penyelidik: Norjoharuddeen Mohd Nor, Prof. Dr. Noraini Idris
Jabatan/Fakulti: Department of Mathematics and Science Education, Faculty of Education
Pingat: Silver

16 - Tajuk: Electromechanical Level Detector
Penyelidik: Assoc. Prof. Dr. Saad Mekhilef, Mehdi Hassani, Hamed Tebianian
Jabatan/Fakulti: Department of Electrical Engineering, Faculty of Engineering
Pingat: Silver

17 - Tajuk: Investigation on Intumescent Coating Made with a New Bio-filler, CES as Fire Protective Materials for Steel
Penyelidik: Dr. Nor Hafizah Ramli@Sulong, Yew Ming Chian
Jabatan/Fakulti: Department of Civil Engineering, Faculty of Engineering
Pingat: Silver

18 - Tajuk: Semiochemical Attractant for Mosquitoes
Penyelidik: Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar, Nor Aziyah Mat Rahim, Sharina Hanim Hashim, Lee Sk, Ng Tiong Hoe
Jabatan/Fakulti: Department of Medical Microbiology, Faculty of Medicine
Pingat: Silver

19 - Tajuk: Innovative 3-in-1 Wind-Solar Hybrid Renewable Energy and Rain Water Harvester
Penyelidik: Dr. Chong Wen Tong, Assoc. Prof. Ir. Dr. Hew Wooi Ping, Dr. Ahmad Badarudin Bin Mohamad Badry, Poh Sin Chew, Nadia Abdullah, Pan Kok Chen, Lim Chee Shen, Che Hang Seng, Lui Poh Siang, Lee Kian Giap
Jabatan/Fakulti: Department of Mechanical Engineering, Faculty of Engineering
Pingat: Silver

20 - Tajuk: HS Vac(PMB): A Recombinant Vaccine against Haemorrhagic Septicaemia Caused by Pasteurella Multocida Serotype B
Penyelidik: Dr. Salmah Binti Ismail, Dr. Jamal Hussaini, Assoc. Prof. Dr. Mahmood Ameen Abdulla Hassan
Jabatan/Fakulti: Department of Molecular Medicine, Faculty of Medicine
Pingat: Silver

21 - Tajuk: Biofilm Profile of Chronic and Recurrent Tonsillitis Using Various Microscopic Techniques and Their Outcome on the Diagnosis and Treatment of Biofilm-Related Infections
Penyelidik: Assoc. Prof. Dr. Rahmat Omar, Dr. Salmah Ismail, Saad Musbah Naji Alasil, Assoc. Prof. Dr. Mahmood Ameen
Jabatan/Fakulti: Department of Otorhinolaryngology, Faculty of Medicine
Pingat: Silver

22 - Tajuk: Preventive Effect of Ethanolic Extract of Phyllanthus Niruri on Thioacetamide-induced Liver Cirrhosis in Rats
Penyelidik: Dr. Mahmood Ameen Abdulla, Zahra A. Amin, Muhammad Abdulla Alshawsh
Jabatan/Fakulti: Department of Molecular Medicine, Faculty of Medicine
Pingat: Silver

23 - Tajuk: Tooth And Diabetes Connection: Control of Hyperglycemia
Penyelidik: Assoc. Prof.r Dr. Sabri Musa, Dr. Vijayendran Govindasamy, Aimi Naim Abdullah, Veronica Sainik Ronald, Professor Dr. Rosnah Binti Mohd Zain, Associate Professor Dr. Noor Hayaty Binti Abu Kasim, Dr. Zeti Adura Binti Che Ab Aziz, Dr. Ramesh R. Bhonde
Jabatan/Fakulti: Department of Children’s Dentistry & Orthodontics, Faculty of Dentristry
Pingat: Silver

24 - Tajuk: Advanced Transport Data Collection System
Penyelidik: Prof Ir. Mohamed Rehan,
Ahmad Saifizul Abdullah
Jabatan/Fakulti: Center for Transportation Research, Faculty of Engineering
Pingat: Silver

25 - Tajuk: Processed Dentine as A bone Graft Substitute Innovation
Penyelidik: Dr. Ha Kien Oon, Dr. Nisreen Mohammed Nagi Al-Namnam, Dr. Basim K. Atiya, Dr. Ha Kien Oon, Prof. Dr. P. Shanmuhasuntharam, Prof. Dr. Siar Chong Huat
Jabatan/Fakulti: Department of Maxillofacial Surgery, Faculty of Dentistry
Pingat: Silver

26 - Tajuk: Low Cost Energy Efficient AC induction Motor Driver
Penyelidik: Assoc. Prof. Dr. Hew Wooi Ping, Lim Eng Huann, Lee Woei Horng
Jabatan/Fakulti: Department of Electrical Engineering, Faculty of Engineering
Pingat: Silver

27 - Tajuk: Microemulsion Technology-Science, Innnovation & Technology for Future
Penyelidik: Prof. Dr. Sharifah Bee Abd. Hamid
Jabatan/Fakulti: Department of Science, Faculty of Chemistry
Pingat: Silver

28 - Tajuk: MySPCE – An Innovative Software Project Cost Estimator Incorporating Fuzzy Logic and Neural Networks Model
Penyelidik: Assoc. Prof. Dr. Ow Siew Hock, Iman Attarzadeh
Jabatan/Fakulti: Department of Software Engineering, Faculty of Computer Science and Information Technology
Pingat: Silver

29 - Tajuk: Explicit Model Predictive Control of an Inverted Pendulum
Penyelidik: Prof. Dr. Mahmoud Moghavvemi, Masood Askari, Dr. Haider A. F. Mohamed
Jabatan/Fakulti: Center of Research in Applied Electronics (CRAE), Department of Electrical Engineering, Faculty of Engineering
Pingat: Bronze

30 - Tajuk: Intelligent Drowsy Driver Sensing System (IDDS)
Penyelidik: Prof. Dr. Mahmoud Moghavvemi, Chang Wei Cheng, Koh Joon Yi
Jabatan/Fakulti: Center of Research in Applied Electronics (CRAE), Department of Electrical Engineering, Faculty of Engineering
Pingat: Bronze

31 - Tajuk: MySG Green Cement
Penyelidik: Rodiah Zawawi, Abdul Aziz Abdul Rahman, Zuraini Md Ali
Jabatan/Fakulti: Department of Building Surveying, Faculty of Built Environment
Pingat: Bronze

32 - Tajuk: Photovoltaic Maximum Power Point Tracking Monitoring System
Penyelidik: Prof. Dr. Nasrudin Abd Rahim, Dr. Jeyraj Selvaraj, Krismadinata
Jabatan/Fakulti: Department of Electrical Engineering, Faculty of Engineering
Pingat: Bronze

33 - Tajuk: Alkyl Triazole Glycosides (ATGs) – Novel Non-Ionic Surfactants from Bioresources
Penyelidik: Dr. Thorsten Heidelberg, Faramarz Aliasghari Sani, Prof. Dr. Rauzah Hashim
Jabatan/Fakulti: Department of Chemistry, Faculty of Science
Pingat: Bronze

34 - Tajuk: Innovative Dynamic Analysis for 3D Space Structure by Professional Mathematics
Penyelidik: Dr. Zainah Binti Ibrahim, Dr. Hamidreza Hashamdar, Prof. Dr. Hilmi Mahmud, Prof. Ir. Dr. Mohd Zamin Jumaat, Assoc. Prof. Dr. Zubaidah bt Ismail
Jabatan/Fakulti: Department of Civil Engineering, Faculty of Engineering
Pingat: Bronze

Kami di pihak MPMUM 2009/2010 mengucapkan tahniah kepada senarai pemenang yang telah berjaya mengharumkan nama Universiti Malaya. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada peningkatan kualiti universiti di peringkat antarabangsa. Tahniah diucapkan sekali lagi.

SELAMAT DATANG WARGA BARU KAMPUS UNIVERSITI MALAYA,
ADIK-ADIK PELAJAR PUSAT ASASI SAINS (PASUM) 2010,
MINGGU ORENTASI ASASIAN : " DARI 23 HINGGA 28 MEI 2010"
KOLEJ KEDIAMAN RAJA DR. NAZRIN SHAH

Petikan daripada surat khabar Utusan bertarikh 18 Mei 2010 (Selasa), di mana Universiti Malaya serta tujuh universiti tempatan yang lain telah mendapat penganugerahan STATUS SWA-AKREDITASi oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Kami di barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus terutama kepada barisan pengurusan universiti yang diketuai oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dr. Ghauth Jasmon.

Salam dan selamat sejahtera.

Perhatian kepada semua staf dan pelajar. Pihak Perpustakaan Universiti Malaya akan mengadakan Karnival Perpustakaan 2010. Berikut adalah maklumat program yang bakal dijalankan :
  • Tarikh : 22 - 23 Julai 2010
  • Tempat : Perpustakaan
  • Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ketika karnival tersebut, salah satu program yang akan diadakan adalah Kempen Menderma Darah. Semua staf dan pelajar yang berminat untuk menderma darah dipersilakan dengan syarat mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak mempunyai penyakit darah tinggi dan jantung serta berusia di antara 18 tahun hingga 64 tahun. Oleh itu, pihak perpustakaan ingin mengalu-alukan kepada semua staf dan pelajar UM yang berminat untuk menjadi ahli jawatankuasa pelaksana program tersebut. Kepada yang berminat untuk menjadi AJK bolehlah berhubung dengan Pn. Norhayati Ahmah/ Cik Norhikmah Mazlan di talian 6568 atau emel melur@um.edu.my/emajemms@um.edu.my sebelum 23 Jun 2010 dengan memberi maklumat seperti berikut :

  • Nama
  • Nombor Pengenalan Diri
  • Nombor Telefon

Perhatian kepada pelajar, anda bolehlah merujuk kepada Perdana/Siswa Mail anda untuk makluman lebih lanjut. Ataupun semua pelajar bolehlah terus melayari kepada laman website ini http://mail.google.com/a/siswa.um.edu.my/#inbox/128b4491d1a00d58 .


"Memanifestasi Kecemerlangan, Memartabatkan Kegemilangan"

Pada 21 Mei 2010, beberapa wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya yang diketuai oleh Yang Dipertua, saudara Khairul Anuar Abu Kasim telah mengadakan satu mesyuarat bersama dengan Dr. S. Balaraja, Pemangku Ketua Klinik Kesihatan Pelajar UM serta Ketua Jururawat Klinik Kesihatan Pelajar UM, Sister Noraini. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan bagi menyuarakan isu-isu kebajikan pelajar yang melibatkan pihak klinik pelajar. Diantara agenda yang telah MPMUM bangkitkan di dalam mesyuarat tersebut adalah :
  • Memohon untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan/operasi klinik.
  • Memberi perkhidmatan di klinik dengan baik dan mesra.
  • Membuat satu talian panggilan kecemasan.
  • Memohon untuk mengedarkan borang kaji selidik mutu perkhidmatan klinik kesihatan kepada pelajar.
  • Mendapatkan penjelasan tentang pelan strategik Minggu Haluansiswa(MHS) jika wabak H1N1 terus berleluasa.

Resolusi yang perlu telah kami perolehi termasuklah :

  • Pihak klinik kesihatan pelajar bersedia memberi khidmat yang terbaik serta efektif dalam membantu mahasiswa terutamanya dalam meningkatkan tahap kesihatan mahasiswa.
  • Tempoh perkhidmatan : memandangkan pihak klinik mempunyai bilangan staf (17 orang sahaja) yang tidak mencukupi, ditambah pula tidak ada kuarters tempat tinggal bagi staf klinik kesihatan, maka pihak klinik tidak dapat memanjangkan tempoh perkhidmatan tersebut melainkan pihak universiti bersedia membantu dari segi kewangan membayar gaji pekerja serta tempat tinggal.
  • Sikap pelajar : sikap pelajar yang terlalu 'demanding', mereka hadir ketika waktu operasi harian klinik yang tidak pada masanya, pelajar yang tidak mendaftar dengan klinik kesihatan ingin mengambil peluang menggunakan kemudahan klinik serta lain-lain lagi. Ingin dijelaskan disini, sikap pelajar juga memainkan peranan yang penting supaya kedua-dua pihak dapat memberi kerjasama yang baik. Sekiranya sikap pelajar menyusahkan pihak klinik, ini akan menyebabkan tahap mutu perkhidmatan akan terjejas.
  • Kerjasama dengan pihak kolej : setiap kolej mempunyai staf sokongan yang boleh memberi bantuan kecemasan kepada pelajar terutamanya di waktu malam. Dalam hal ini, pelajar dilihat tidak ada hubungan yang baik dengan pihak pengurusan kolej, setiap penyelia khususnya sepatutnya memainkan peranan jika berlaku kecemasan di dalam kolej pada waktu luar operasi pihak klinik.
  • Tahap rawatan oleh doktor : klinik kesihatan pelajar di UM tidak mempunyai fasiliti yang lengkap dan kebanyakkan lama jika dibandingkan dengan mana-mana hospital. Ada kes pelajar yang mengatakan doktor merawat acuh tidak acuh, dan penjelasan pihak klinik bahawa dengan ketiadaan fasiliti yang lengkap ini maka doktor hanya mampu membuat andaian/hipotersis awal sahaja melalui simptom yang terdapat pesakit. Tetapi jika kes pelajar itu dalam keadaan kronik, maka pihak klinik tidak teragak-agak untuk menghantar pelajar ke PPUM. Di harapkan pelajar jelas dengan situasi ini.

Kami juga telah mendapatkan penjelasan bahawa pihak klinik kesihatan pelajar UM sebenarnya adalah satu badan berkanun yang berlainan entiti dengan PPUM. Ini bermakna, soal kewangan dan juga pengurusan adalah berbeza bagi kedua-duanya. Ini bagi menjelaskan beberapa anggapan mahasiswa UM yang mengatakan bahawa klinik kesihatan adalah 'anak' kepada PPUM dan anggapan ini meleset sebenarnya.

Di pihak MPMUM, kami akan terus membantu mahasiswa untuk terus menyuarakan kebajikan anda dibela dan dijaga. Semoga dengan penjelasan ini, diharapkan semua pihak tidak lagi menuding jari, melabelkan 'si pesalah si pembetul' tetapi sebaliknya memahami dengan keadaan antara satu sama lain bagi memastikan kepentingan bersama dapat terjamin.

Kursus Pengukuhan Organisasi MPP IPTA atau dikenali KPO anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)telah berlangsung pada 10 hingga 14 Mei 2010. Majlis Perwakilan telah menghantar 4 orang wakil daripada MPMUM ke program tersebut iaitu Noor Izzati (Pengerusi Exco Ekonomi, Keusahawanan dan Kerjaya), Maharathan (Exco Penginapan Luar Kampus), Rahman (Exco Penginapan Kolej Kediaman) serta Husna Khairani (Exco Antarabangsa dan Hubungan Korporat).Program ini melibatkan 19 IPTA dengan jumlah peserta sebanyak 67 orang.

Kursus KPO ini telah memilih Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi sebagai tuan rumah. Di antara aktiviti-aktiviti ala ketenteraan yang telah dijalankan oleh peserta sepanjang di sana termasuklah berkayak, berkawad, latihan jasmani, pengenalan ikhtiar hidup dan jenis khemah-khemash yang terdapat dalam tentera. Peserta juga berpeluang untuk mencuba latihan menembak menggunakan M-16 dalam jarak 100 meter dan juga tembak piring. Selain itu, peserta juga diberikan penekanan dari aspek kerohanian melalui kuliah-kuliah agama selepas solat subuh berjemaah dan juga selepas solat maghrib berjemaah.

Aktiviti indoor juga diadakan seperti ceramah kenegaraan, slot motivasi dari Tan Sri Jins Shamsudin serta ceramah dari KPT sendiri. Kesimpulan daripada program ini, peserta dapat meningkatkan tahap jati diri, mendisiplinkan diri, semangat berpasukan dan kepimpinan. Selain itu, peserta terdedah dengan sistem ketenteraan negara di samping dapat meningkatkan semangat patriotisme.



Pada 14 - 16 mei yang lepas, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya telah menganjurkan Kem Pembantu Mahasiswa Fasa II untuk semua pembantu mahasiswa kolej kediaman termasuklah kolej nilam puri serta sentral. Kursus ini diadakan sekitar fakulti sains dan Ulu Yam melibatkan hampir 400 orang peserta. Kem ini yang menjadi acara tahunan bermatlamatkan untuk melatih bakal-bakal pembimbing mahasiswa yang baru agar dilengkapi dengan semangat berpasukan, bersedia dengan segala rintangan serta mewujudkan kerjasama di antara satu sama lain. Dijangkakan dua lagi siri yang dianjurkan oleh pihak HEPA dan kolej masing-masing sebelum berlangsung Minggu Haluansiswa 2010/2011 pada 4 Julai hingga 11 Julai. Kami di barisan MPMUM 2009/2010 ingin mengucapkan tahniah kepada semua barisan pembantu mahasiswa dan selamat menjalankan tanggungjawab anda dengan sebaiknya.


Sebahagian daripada pembantu mahasiswa yang hadir ketika sesi taklimat
atau latihan di dalam kumpulan (LDK) sepanjang kem dijalankan.


Berehat setelah penat melakukan tugasan.


Wakil pembantu mahasiswa dari kolej kediaman ke-11 serta beberapa
pembantu mahasiswa daripada adik-adik nilam puri.

Pada 15 Mei yang lepas, 10 ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya telah menghadiri satu Konvensyen Hari Belia Negara 2010 anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Hj. Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Di dalam ucapan beliau, peranan mahasiswa telah ditekankan di mana beliau mengingatkan setiap mahasiswa perlulah menggunakan setiap peluang yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dengan sebaiknya. Selain itu, beliau turut tidak menafikan bahawa pembangunan mahasiswa perlulah diseimbangkan dari segi jasmani mahupun rohani.

Pada konvensyen tersebut, Kertas Kerja - Akta Pembangunan Belia 2007 telah dibentang oleh Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia. Antara kandungan akta yang telah diperbincangkan termasuklah definisi belia, apakah yang dimaksudkan dengan pertubuhan belia, aktiviti-aktiviti belia dan peranan belia. Terdapat beberapa persoalan yang timbul di dalam konvensyen tersebut yang telah diajukan oleh pemimpin-pemimpin pelajar seperti menggesa satu kajian semula tentang takrifan belia secara lebih relevan, mengesyorkan agar bilangan pertubuhan belia dihadkan agar kualiti lebih diutamakan berbanding kuantiti serta kerajaan perlu menyekat penularan budaya-budaya negatif yang wujud di negara melalui kuasa yang mereka ada.

Pada majlis tersebut juga, peserta-peserta yang terdiri daripada semua IPTA mahupun IPTS telah berpeluang untuk berinteraksi dengan penerima anugerah Tokoh Jasa Belia Negara 2010, Datuk Suhaimi Ibrahim. Beliau berkata setiap belia terutama di peringkat pemimpin universiti perlulah membawa sesuatu isu kebajikan pelajar secara berterusan. Beliau yang juga merupakan bekas pelajar lepasan Universiti Malaya mengimbau saat ketika berjuang untuk pelajar-pelajar suatu ketika dahulu. Harapan beliau, pemuda pemudi negara hari ini perlu bersemangat untuk memberi sesuatu sumbangan negara seperti kata Imam Al-Ghazali 'jika ingin melihat jatuh bangun negara itu, lihatlah pada generasi belianya sekarang'

Kesimpulannya,
belia mencerminkan masa depan negara. Jika mereka ada kekuatan daya fikir dan kreatif, selain memiliki daya tahan dan fizikal hebat, maka masa depan negara lebih kukuh, dinamik serta dihormati. Ia sangat bertepatan dengan tema sambutan kali ini: ‘Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara’. Belia tonggak dan pemacu Model Ekonomi Baru (MEB) yang bakal mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mapan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul mencapai wawasan status negara maju menjelang 2020. Namun, wawasan itu gagal dicapai jika belia masih bersikap negatif termasuk tidak berminat menuntut ilmu, lesu, lalai, lemah pegangan agama dan tidak ambil tahu hal politik negara. Sebaliknya, mereka lebih cenderung hal yang tidak bermoral dan selesa dengan kehidupan sekarang.

Salam dan selamat sejahtera semua. Kepada semua mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya yang saya kasihi sekalian, terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada yang masih mempunyai baki kertas untuk seminggu yang akan datang dan juga selamat bercuti kepada yang telah selamat menghabiskan peperiksaan pada semester ini.

Berbalik kepada isu ZERO BALANCE FOR COMING SESSION 2010/2011,pada minggu ini (hari selasa) kami pihak MPMUM telah dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat bersama pihak bendahari, skr, ptm serta unit hal ehwal pelajar. Matlamat utama mesyuarat tersebut adalah membincangkan tentang agenda zero balance yang akan berkuatkuasa mulai sesi depan.

Dalam mesyuarat tersebut, pihak bendahari telah menjelaskan bahawa pihak pengurusan tertinggi universiti telah memutuskan dalam mesyuarat bertarikh 12 Februari lepas untuk menyeragamkan zero balance kepada semua pelajar undergraduate mahupun postgraduate mulai sesis depan. Dan minit mesyuarat itu telah dikeluarkan pada bulan Mac yang lepas.

Antara faktor-faktor langkah ini diambil, iaitu pertama jumlah tunggakkan pelajar yang berhutang dengan pihak universiti hampir mencecah 13 juta ketika ini. Ini termasuklah hutang tertunggak daripada pelajar yang telah graduasi serta pelajar yang semasa di UM. Selain itu, ini adalah bertepatan dengan dasar peraturan universiti seperti yang tertakluk kepada peraturan universiti "setiap pelajar perlulah menjelaskan hutang" (boleh rujuk kepada buku peraturan universiti). Di samping itu, ini merupakan fasa yang terakhir iaitu sebelum ini universiti telah memberikan kelonggaran kepada pelajar untuk berhutang dengan universiti. Dan seterusnya, pada sesi 2007/2008 universiti telah menetapkan hutang tidak lebih daripada rm500 untuk membolehkan pelajar memperolehi slip masuk peperiksaan. Pada sesi yang akan datang ini, merupakan fasa terakhir untuk pihak universiti memperkasakan peraturan yang tidak dilakukan selama ini. Untuk makluman semua juga, universiti lain (USM, UUM, UIA, UPM) telah memperkenalkan sistem ini sejak bertahun-tahun lamanya.

Kalau ketika ini, sistem universiti adalah menahan mana-mana pelajar untuk menduduki peperiksaan sekiranya pelajar berhutang lebih dari angka rm500 ke atas. Tetapi kini, universiti akan mengambil langkah untuk menahan pelajar sewal pra pendaftaran lagi. Hal ini, bagi memudahkan kepada pelajar untuk sekurang-kurangnya menduduki peperiksaan semester di samping memperingatkan pelajar untuk membayar yuran sepanjang sesi tersebut (selepas add and drop hingga ke peperiksaan).

Pada malamnya (hari selasa) tersebut, kami MPMUM telah berjumpa dengan ayahanda VC dan TNC untuk mendapatkan penjelasan tersebut di samping menyelesaikan masalah kolej ke-10 dan juga beberapa perkara kebajikan yang berbangkit.Ayahanda VC telah menyuarakan tentang jumlah hutang yang banyak sehingga berjuta-juta menyebabkan dasar baru ini diambil.

Pada hari jumaat pula, saya sendiri telah turun ke pejabat bendahari untuk berbincang lagi lebih lanjut tentang isu ini kepada pihak bendahari universiti.Untuk cuti akan tiba beberapa hari nanti, pelajar bolehlah menjelaskan hutang tersebut sama ada melalui deposit ke bank-bank yang telah dinyatakan, ataupun secara online, mahupun menggunakan kad kredit. Pihak bendahari juga, ada mencadangkan kepada mana-mana pelajar yang benar-benar tidak mampu (kes-kes tertentu seperti kemiskinan) bolehlah memohon zakat sama ada di bank islam, di negeri-negeri masing-masing mahupun memohon bantuan daripada mana-mana pihak seperti yayasan atau sebagainya. Selain itu, tabung kebajikan universiti juga boleh dipohon.

Kami berharap kepada semua pelajar jelas tentang isu ini dan berharap tidak akan mempolitikkan isu ini. Keadaan ini berlaku kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, sewajarnya kita yang berhutang untuk menjelaskan hutang kita dengan segera. Saya berharap, pelajar UM seharusnya mempunyai rancangan perbelanjaan sama ada wang pinjaman mahupun biasiswa dengan sebaik mungkin dan ini akan menyelesaikan masalah berhutang dengan pihak univerisiti khasnya. Kami juga akan cuba berbincang dengan pihak-pihak terbabit khusunya kolej kediaman agar dapat mempercepatkan proses bayaran-bayaran tertentu (contoh kes : makan malam kolej) mahupun dengan pihak fakulti sekiranya berlaku kesulitan.

Harapan saya, agar semua pelajar dapat memahami dan menerima dasar univerisiti ketika ini. Jika ada sebarang permasalahan, bolehlah datang ke bilik MPMUM atau berjumpa dengan mana-mana MPMUM. Kami sedia membantu anda. Memanifestasi kecemerlangan, memartabatkan kegemilangan. Sekian, terima kasih.

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10