Selamat Datang


Oleh : Saudari Farah Atikah Abdul Razak (Exco Hal Ehwal Wanita)




Salam Ramadhan buat siswa dan siswi Universiti Malaya. Dalam beberapa waktu terdekat kini, sering terpampang di dada akhbar, dilaporkan di dalam berita mengenai kes pembuangan bayi. Statistik seperti di bawah menunjukkan jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dalam tempoh 5 tahun di mana kaum Melayu menunjukkan bilangan yang tertinggi berbanding kaum-kaum lain (seperti tertera di atas). Persoalannya, siapakah sebenarnya yang perlu bertanggungjawab serta mengambil tanggungjawab mengenai permasalahan ini? Apakah punca sebenar berlaku peningkatan permasalahan ini? Bagaimanakah cara yang berkesan untuk membendung permasalahan ini daripada menjadi lebih tidak terkawal?

Melalui persoalan yang pertama, siapakah yang perlu bertanggungjawab dan mengambil tanggungjawab mengenai masalah ini. Sudah tentu pelaku salah yang paling utama perlu bertanggungjawab mengenai kes buang bayi ini kerana jika mereka tidak melakukan perkara-perkara yang berkaitan, permasalahan ini tidak akan berlaku. Masyarakat kita sering digembar-gemburkan dengan konsep perpaduan interkaum serta intrakaum tetapi dalam permasalahan ini, mereka seringkali menyalahkan satu pihak sahaja. Sebenarnya, semua pihak perlu peka terhadap masalah ini. Ibu bapa, adik beradik serta saudara mara tidak kira jauh atau dekat merupakan ahli keluarga kepada pelaku salah. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir daripada kumpulan ini tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut tanpa menyedari berkemungkinan besar sebarang konflik yang berlaku antara ahli keluarga memungkinkan perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Selain keluarga, sahabat, teman dan rakan kepada pelaku salah juga perlu bertanggungjawab, member sokongan dan memberi nasihat kepada pesalah untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah yang telah mereka timbulkan. Bukan dengan memulaukan mereka serta memandang serong terhadap mereka. Ahli masyarakat setempat juga perlu bertanggungjawab kerana masyarakat berada di sekeliling dan di merata-rata tempat. Sebarang kelakuan yang boleh menjurus kepada kelahiran anak luar nikah perlu dihalang tetapi secara berhikmah. Bukan bertindak secara melulu dan kasar kerana ini memungkinkan mereka bertindak lebih agresif atau di luar dugaan di mana setiap orang perlu menghormati peribadi orang lain.

Beralih kepada persoalan kedua, mengenai punca kepada permasalahan ini. Kita boleh berfikir punca-punca yang memungkinkan perkara ini berlaku tetapi punca yang menjadi tunjangnya yang sebenar adalah kurang penghayatan agama. Apakah pentingnya agama dalam kehidupan? Agama merupakan pegangan, kepercayaan seseorang mengenai sesuatu perkara dalam hidup. Setiap manusia memerlukan pegangan mereka sendiri supaya mereka mempunyai panduan dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Tanpa sebarang panduan, manusia boleh sesat dan hilang arah tuju hidup. Seandainya seseorang tidak menghayati serta mengamalkan nilai yang telah disyariatkan, dia akan bertindak dengan sesuka hati tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku. Sebagai contoh, remaja kini terlibat dengan masalah sosial yang merangkumi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, menyertai aktiviti yang tidak berfaedah malah merugikan seperti lumba haram, berjudi, minum arak dan sebagainya. Dengan mengamalkan nilai-nilai agama, mereka akan menjaga dan mematuhi batas pergaulan dan aurat antara berbeza jantina. Mereka akan tahu lumba haram boleh membawa kepada kematian yang sia-sia, berjudi boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada seseorang dan minum arak akan menjadikan seseorang mabuk dan tidak boleh berfikir dengan waras. Kurang toleransi antara ibu bapa yang akan mencetuskan pergaduhan member tekanan kepada anak-anak mereka dan menyebakan anak-anak mereka bertindak keluar dari rumah untuk mengelakkan tekanan tersebut. Dapat dilihat di sini bahawa kurang penghayatan agama boleh menyebabkan permasalahan ini berlaku.

Melalui persoalan yang ketiga dan terakhir adalah cara yang berkesan untuk membendung permasalahan ini. Cara yang pertama dan paling utama sudah tentu dengan mempersiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Kini, kita dihebahkan dengan kewujudan ‘baby hatch’ dan juga cadangan untuk mewujudkan sekolah untuk remaja yang telah mengandung anak luar nikah. Seorang siswi di Fakulti Kejuruteraan berpendapat bahawa kewujudan sekolah tersebut mungkin akan membuatkan pelaku tidak merasa bersalah kerana mereka akan berfikir pihak yang bertanggungjawab hanya akan menghantar mereka ke sekolah tersebut tanpa sebarang denda atau hukuman. Walau bagaimanapun, pemikiran tersebut mungkin tidak akan berlaku sekiranya sekolah tersebut menyediakan khidmat kaunseling secara berterusan, kelas agama yang padat serta sesi pengajaran berkaitan moral dalam membentuk kembali seseorang yang berbudi pekerti dan tahu menjaga kehormatan diri serta tidak akan mengulangi kesalahan yang lampau. Pelajar-pelajar yang tamat dari sekolah tersebut perlu terus dipantau dan diambil tindakan sekiranya perkara tersebut berulang. Justeru, pelbagai cara dapat dilaksanakan dalam usaha untuk membendung permasalahan ini.

Sebagai penutup, kita, sebagai mahasiwa yang juga bakal pemimpin pada masa hadapan perlu mengambil tanggungjawab tersebut sama ada kita berada di kelompok keluarga, sahabat atau masyarakat sekeliling. Bukan sekadar menunding jari, menyalahkan sesuatu pihak, tetapi tidak membantu dalam membendung masalah ini daripada menjadi lebih tidak terkawal. Kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya supaya kita bersedia untuk mengambil alih pentadbiran pada masa hadapan. Dalam bulan yang mulia ini, boleh dijadikan tempoh latihan untuk belajar mengawal nafsu dalam diri supaya kita tidak akan dikawal olehnya serta menghayati kepentingan sebenar agama sepanjang hidup kita di dunia ini. MPMUM ingin menyeru kepada semua warga kampus untuk sama-sama membendung isu ini secara konsisten dan agresif.

Pada 25 Ogos yang lepas, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah mengadakan perjumpaan pertama bersama-sama Presiden-Presiden Kolej Kediaman atau lebih dikenali SPKUM. Perjumpaan ini bertujuan untuk menwujudkan kerjasama di antara kedua-dua pihak di samping membincangkan isu-isu yang melibatkan kolej kediaman khususnya kebajikan mahasiswa. Perjumpaan ini diadakan juga adalah susulan perlantikan SPKUM yang telah dilakukan pada 31 Julai 2010 yang lepas.

Terdapat beberapa agenda yang telah dibincangkan menglibatkan isu-isu 'tradisi' mahupun yang terbaru di antaranya termasuklah :
  • Isu yuran kolej kediaman yang tinggi, MPMUM dan SPKUM akan cuba membincangkan hal ini dengan pihak-pihak tertinggi di samping akan membuat tindakan di peringkat kolej melalui borang kaji selidik yang bakal diedarkan kelak.
  • Isu dewan makan, terdapat kebaikan dan keburukan yang dilihat dengan kewujudan dewan makan. Tindakan daripada MPMUM dan SPKUM untuk mencadangkan penyeragaman menu di kolej-kolej berkaitan di samping akan membuat kajian menyeluruh terhadap isu ini.
  • Isu pelajar antarabangsa di kolej 10, pelbagai masalah timbul selepas kemasukan pelajar-pelajar asing terutamanya dari segi masalah sosial yang keterlaluan dan juga masalah-masalah lain. Tindakan, MTK KK10 akan mencari satu mekanisma yang efektif untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan bantuan rakan-rakan MPMUM dan SPKUM.
  • Mempunyai kolibrasi di antara kedua-dua pihak iaitu dalam program-program yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak.
Diharapkan dengan pertemuan dua hala ini, isu-isu kolej kediaman yang lazimnya dikaitkan dengan masalah tradisi ini akan dapat diselesaikan di samping dapat mengeratkan silaturrahim kedua-dua pihak.

* BAS DISEDIAKAN SEAWAL JAM 2:30 PAGI TERMASUK BAS UNTUK KK-9 (SEKIRANYA TIADA BAS, SILA MAKLUMKAN PADA KAMI UNTUK TINDAKAN LANJUT)
* MAKANAN DAN MINUMAN DISEDIAKAN (PERCUMA).
* PAKAIAN BAJU MELAYU/SOPAN.

P/S : MAJLIS INI AKAN DIHADIRI OLEH BEBERAPA ORANG MENTERI KABINET DAN TAZKIRAH PERDANA OLEH SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI..
SEMUA MAHASISWA/I UM DIJEMPUT HADIR. MANFAATKANLAH BAKI-BAKI BULAN BARAKAH YANG ADA INI DENGAN SEBIJAKNYA...~~

SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA SATU SINAR ATAU TITIK PERUBAHAN DALAM DIRI KITA SEMUA..~

TENTATIF PROGRAM:

3:00 pg : Kedatangan para jemputan dan hadirin
3:30 pg : Qiamulail
4:30 pg : Tazkirah daripada S/U Politik PM Malaysia
5:00 pg : Jamuan Sahur
5:52 pg : Solat Subuh Berjemaah/ Bersurai.

Pada hari ini, 23 ogos 2010 Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah dijemput untuk membincangkan isu Wanita Malaysia Yang Diperalatkan Oleh Sindiket Dadah Untuk Mengedar Dadah Di Luar Negara (Drug Mules) di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama perbincangan ini diadakan adalah untuk mencari punca permasalahan, sebab utama, statistik terkini yang melibatkan masalah-masalah serta pelan tindakan yang boleh di ambil oleh pihak-pihak terlibat.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Harjeet Singh, Setiausaha bahagian, KPWKM di mana ianya turut dihadiri oleh wakil Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan, Jabatan Kebajikan Malaysia, Agensi Anti Dadah, Polis Diraja Malaysia bahagian badan-badan NGO serta mahasiswa. Statistik tahun ini sehingga 19 Julai 2010 terdapat sebanyak 790 kes dilaporkan oleh wisma putra dan juga Polis Diraja Malaysia. Daripada jumlah tersebut, pecahan jantina pula adalah lelaki sebanyak 640 orang manakala perempuan adalah 150 orang. Mengikut pecahan kaum pula, kaum cina mendahului iaitu 495 kes, melayu 210 kes, india 75 kes dan lain-lain 10 kes. Untuk kaum melayu, majoriti adalah perempuan yang terlibat dan tertinggi berbanding kaum-kaum yang lain.

Dalam perbincangan tersebut, terdapat beberapa punca yang telah dikenalpasti antaranya masalah kewangan dan juga terpedaya dengan pujukan lelaki asing. Selain itu, mereka yang terlibat adalah di kalangan mahasiswa di IPT iaitu berusia di antara 20 hingga 30 tahun. Malaysia merupakan negara yang ke-33 di dunia melibatkan kes-kes seperti ini.

Di peringkat MPMUM, kami telah mencadangkan kepada pihak yang terlibat agar menganjurkan program-program yang lebih dekat dengan mahasiswa di kampus. Selain itu, kami juga memberi cadangan agar program-program yang dijalankan di kampus kelak boleh menampilkan mereka yang pernah menjadi mangsa keadaan dan juga tidak menjurus kepada ceramah semata-mata. Di peringkat MPMUM, kami mengingatkan kepada semua mahasiswa terutama mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika bertemu dengan mereka yang tidka dikenali mahupun teman anda.
HABIB ZAM ZAM BIN HJ. AB. LATIFF, UNIT HAL EHWAL PELAJAR (UHEP)

YB DR. HOU KOK CHUNG bersama dengan ahli MPMUM

22 Ogos 2010 - Satu sesi perjumpaan antara YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 1 dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari seluruh Malaysia anjuran Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Port Dickson.

Antara isu-isu pelajar yang diusulkan oleh wakil MPMUM kepada YB:


1. Makanan yang berqualiti, bersih dan berlainan rasa (halal) sepatutnya disediakan di setiap kolej kediaman, fakulti dan varsiti

2. Klinik kesihatan yang beroperasi 24 jam sehari dan doktor yang sedia berkhidmat sepanjang masa disediakan di setiap universiti
3. Ijazah Pertama "First Class Honor" sepatutnya diselaraskan di setiap IPTA dan IPTS berdasar CGPA yang sama
4. Faedah PTPTA diturunkan dari 3% ke 1% sepatutnya dipaparkan dengan lebih efektif berkenaan dengan cara perlaksanaan dan secara adil, semua pelajar yang masih menuntut pelajaran berhak untuk memperbaharui penjanjian mereka atau secara automatik ditetapkan kepada pembayaran faedah sebanyak 1% sahaja
5. Menjamin keselamatan pelajar dengan berkerjasama dengan pihak polis tempatan di luar kampus setiap universiti untuk membanteraskan kes jenayah yang mengancam keselamatan pelajar
6. Menyediakan pinjaman khas (cadangan:RM8OO) kepada pelajar yang menjalani latihan industri semasa semester khas
7. Mengambil langkah proaktif untuk mengekalkan pelajar cemerlang supaya terus berkhidmat dan bersumbang kepada pembangunan negara
8. Pelajar diberikan keutamaan semasa merawat di hospital yang berdekatan terutamanya melibatkan kes yang serius dan keselamatan pelajar.

YB berjanji akan memandangkan serius perkara yang diusulkan dan mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut dalam masa yang terdekat
Pada hari sabtu yang lepas, berlangsung lagi program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dengan lebih dikenali sebagai Program Kelas Kafa. Pada edisi kali pertama ini dengan menampilkan ustaz Dr. Fakhrul Adabi Abdul Kadir, pensyarah Akademi Pengajian Islam. Topik yang dibincangkan adalah "saya mestilah muslim di sudut aqidah".

Program pada edisi yang pertama ini masih kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Walau bagaimanapun, pihak urusetia sentiasa optimis dan komited bagi memastikan hasrat untuk membudayakan ilmu terutamanya melibatkan ilmu pengetahuan islam dapat diteruskan seiring dengan perkembangan ilmu duniawi.

Kepada semua mahasiswa universiti malaya khususnya yang masih berminat untuk menyertai program ini, bolehlah berhubung dengan pihak urusetia iaitu saiful (013-3439087) dan Erni (0134574716). Untuk makluman semua, program ini akan berlangsung selama 4 bulan dan setiap sebulan akan diadakan 2 kali. Semua tenaga pengajar adalah dijemput khas daripada pensyarah akademi Pengajian Islam. Edisi kedua akan menyusul pada hari sabtu ini, jam 9.00 pagi di DP1. harap maklum.
Majlis Berbuka Puasa Bersama

Perdana Menteri Malaysia

pada 19 Ogos di Putrajaya.


Majlis Berbuka Puasa Bersama

Raja Dr. Nazrin Shah Pada 21 Ogos 2010

Di Istana Kuala Kangsar, Perak
PERJUMPAAN PELAJAR TAHUN AKHIR
TAJAAN BIASISWA JPA BAGI TAHUN 2010/2011


Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pasca Pengajian, JPA akan mengadakan perjumpaan dengan pelajar tahun akhir tajaan Biasiswa JPA bagi tahun 2010/2011 seperti butiran berikut:

Tarikh : 25 Ogos 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Auditorium, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya


Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan proses lapor diri setelah tamat pengajian. Para pelajar DIWAJIBKAN hadir pada masa yang telah ditetapkan supaya sesi tersebut berjalan dengan lancar. Sila sahkan kehadiran anda di Kaunter Pandaftaran.

Sekian.

_____________________________________

BIASISWA/PINJAMAN & INSURANS
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
UNIVERSITI MALAYA
03-79673497

Ehsan daripada UMISISWEB





















Anjuran:

Perbadanan Nasional Berhad (agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)), Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)

Objektif:

1.Memberi kesedaran tentang perniagaan francais.
2.Sebagai platform bagi mengumpul usahawan yang terlibat dalam perniagaan francais.
3.Memberi peluang kepada pelajar untuk memceburkan diri dalam perniagaan francais.

Peserta yang menghadiri taklimat ini juga dijemput untuk menghadiri perasmian program "Francais Usahawan Muda 1 Malaysia" yang akan diadakan pada 29 September 2010 di PWTC.





















Kelas Fardu Ain (KAFA)

Program Yang Julung-julungnya Diadakan Di UM

Terbuka Kepada Semua Pelajar

Arahan Keselamatan Mendiami dan Menjalankan Aktiviti di Kolej Kediaman Universiti Malaya

1. Semua pelajar adalah dilarang sama sekali melakukan apa-apa perbuatan di kolej kediaman yang boleh mendatangkan kecederaan atau memudaratkan kepada diri sendiri atau penghuni kolej kediaman.

2. Pihak Universiti Malaya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kecederaan atau memudaratkan yag disebabkan oleh kecuaian pelajar atau ketidakakuran kepada Arahan ini.

3. Mana-mana pelajar yang gagal atau melanggar Arahan ini boleh diambil tindakan tatatertib di bawah kaedah 27 (keingkaran) dalam Kaedah-kaedah Univeristi Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 atau diusir keluar daripada menginap di kolej kediaman menurut kaedah 34 dalam kaedah-kaedah tersebut, atau kedua-duanya sekali.

4. Arahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh Arahan ini dikeluarkan.

Naib Canselor
Universiti Malaya

10 Ogos 2010
Pada : 18 Ogos 2010
Masa : 3.15 petang
hingga 4.00 petang

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya meneruskan lagi agenda kebajikan pelajar. Terbaru YDP MPMUM, saudara Khairul Anuar Abu Kasim sendiri bersama Fadlulrahman Hidayat, exco Kolej Kediaman telah turun ke beberapa lokasi yang perlu diambil tindakan oleh pihak Jabatan Penyelenggaraan dan Perkhidmatan Harta Benda (JPPHB). Pihak JPPHB telah menghantar menghantar wakilnya En. Zainuddin dan En. Zakuan bagi melihat kepada aduan yang telah kami lakukan pada minggu yang lalu.

Merujuk kepada surat yang dikeluarkan kepada pihak JPPHB, kami telah mempersoalkan dan meminta untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kepada beberapa lokasi di hadapan kolej ketiga, keempat dan ketujuh. Antaranya iaitu :
  • Tanah runtuh di jalan utama ke kolej kediaman ke 3, 4 dan 7.
  • Lubang-lubang di kawasana laluan berbumbung, kesukaran kepada pelajar-pelajar terutama pelajar kurang upaya yang hendak ke kolej ke 7.
  • Jalan berlubang di jalan masuk kk3 ,kk4 dan kk7 yang perlu dibaiki.
Hasil perbincangan tersebut, pihak JPPHB telah memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya bergantung kepada kos-kos pembaikan dan juga tindakan yang diambil mengambil tempoh, bukannya terlalu drastik.

Kawasan jalan raya yang berlubang di simpang masuk kolej-kolej tersebut amat berbahaya kepada pelajar terutamanya yang memandu motosikal dan juga ketika jalan licin akibat hujan. Pada semester yang lepas, terdapat beberapa pelajar yang mengalami kemalangan kecil.

Berkenaan dengan isu tanah runtuh di hadapan KK7, proses penambahbaikan sedang dijalankan dan dijangkakan siap 3 minggu selepas ini. Untuk makluman semua, proses pembaikian dilakukan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ini bergantung kepada peruntukan oleh pihak mereka. Selain itu, kelewatan juga disebabkan oleh masalah peparitan di kawasan saliran air di kawasan tersebut. Diharapkan semua pelajar berhati-hati ketika melalu kawasan-kawasan seperti yang dinyatakan seperti tadi.

MOU SIGNING CEREMONY BETWEEN THE UNIVERSITY OF MALAYA AND PANASONIC

KUALA LUMPUR, 17th August 2010

University of Malaya (UM) is in line with the Prime Ministers vision of establishing bilateral ties not only in the area of trade and investments but also in education by signing the Memorandum of Understanding (MoU) with the Panasonic. The MoU with Panasonic is to establish a bilateral relationship between prestigious higher institution in Malaysia with corporate institution in cooperation to nurture a new generation of graduates or “product” which equips with both skills and knowledge that suite the requirement of the current society and industrial world.

Apart from studying in University, this MoU will enable first year students to participate a three years training program held by Panasonic which provide field training and courses to those undergraduates who are excel in studies and interested in participate in the program.

UM Vice Chancellor, Dr. Ghauth Jasmon current interest is to establish strong relationships and collaborations with both domestic and foreign highly recognized industrial. The signing of the MoU marks an important milestone in the effort of raising the world ranking of University of Malaya, especially in the exchange of knowledge and research collaboration between UM and Panasonic.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kepada notis kenderaan tiada pelekat tidak dibenarkan masuk, berikut adalah hasil pemeriksaan pada 16 Ogos 2010:

  1. Didapati tiada orang luar yang memasuki UM melalui gate PJ dan KL tanpa pelekat (sticker). Yang melakukannya adalah staf dan pelajar UM sendiri.
  2. Mulai 1 September 2010, Unit Trafik Pejabat Keselamatan akan melakukan operasi mengunci (clamp) semua kenderaan tanpa pelekat (sticker) kecuali kenderaan rasmi UM.
  3. Kenderaan tanpa pelekat (sticker) adalah penyebab utama kesesakan lalulintas kerana ditahan oleh pengawal keselamatan untuk pemeriksaan.
Harap maklum.

Terima Kasih


NOOR MOHAMAD BIN ISMAIL

Pengarah Keselamatan
Universiti Malaya

Ehsan daripada UMNews1


Semua Pelajar
Universiti Malaya

Saudara/i,

PROGRAM STUDENT’S ROLE PROGRAMME IN COLLABORATION WITH UNITED NATIONS

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Seksyen Pembangunan dan Aktiviti Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni akan mengadakan sesi ceramah yang akan disampaikan oleh Mr.Kiyotaka Akasaka, Bahagian Komunikasi dan Maklumat United Nation. Program ini akan berlangsung pada tarikh dan tempat berikut:

Tarikh : 16 Ogos 2010 (Isnin)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Dewan Perdana 1, Kompleks Perdanasiswa

3. Sehubungan itu, saudara/i dijemput untuk menyertai program ini. Semoga kehadiran saudara/i dapat memeriahkan program ini dan mendapat manfaat daripada program ini..

Sekian, dimaklumkan.

EHSAN DARIPADA BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR


BAZAR RAMADHAN KAMPUS DATANG LAGI.

TEMPAT : LETAK KERETA KOMPLEKS PERDANASISWA

MASA : 12 P.M HINGGA 10 P.M

TARIKH : 16 - 29 OGOS 2010.
Pada hari khamis yang lalu, 12 Ogos 2010 satu majlis diadakan bagi meraikan mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Datuk Azarae Hj. Idris yang telah menamatkan kontraknya pada hari sabtu 7 Ogos yang lepas.

Majlis diadakan bertujuan tanda ingatan dan terima kasih daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) kepada beliau yang telah menjadi penaung untuk tempoh hampir 6 bulan bagi MPMUM sesi 2009/2010. Majlis tersebut juga diatur bersama majlis berbuka puasa bersama-sama dengan YBhg. Datuk.

Dalam pada itu, beliau merasakan MPMUM pada kali lebih baik dan tidak terlalu dimanjakan seperti tahun-tahun yang lepas. Jika dahulu, MPMUM telah diberikan wang saguhati tetapi tidak seperti tahun ini. Beliau juga menganggap FESKUM '10 yang dijalankan baru-baru ini telah membawa satu dimensi baru seperti membawa masuk rancangan-rancangan berbentuk saluran TV (suara siswa dan bicara mufti) serta turut berasa berbangga apabila dimaklumkan FESKUM kali ini dianggarkan mendapat keuntungan yang besar jika hendak dibandingkan dengan FESKUM dua tahun yang lepas ini. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah jayakan.

Apabila beliau ditanya tentang pengalaman, beliau merasakan ianya lebih banyak pahit berbanding pengalaman yang manis. Antara yang tidak dapat dilupakan apabila pilihanraya kampus pada 2008/2009 di mana kenangan paling pahit di dalam kampus apabila masjid Akademi Pengajian Islam telah dicemari dengan insiden tercela oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Beliau turut memberi ingatan kepada semua MPMUM untuk memberi perhatian juga kepada bahagian akademik yang menjadi prioriti pertama tujuan asal ke kampus perdana ini.

Sekali lagi, kami di barisan MPMUM merakamkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk di atas jasa dan sumbangan kepada kami mahupun universiti. Beliau di dalam nada bergurau berkata, "apabila kita turun ini, orang tidak akan pandang kepada kita". Hakikatnya kepada semua warga UM, jangan dilihat kepada apa yang telah berlaku tetapi lihatlah pada sumbangan YBhg. Datuk yang mungkin telah mengubahkan sesuatu kepada kita.
ISU KETIADAAN SURAU DI PERPUSTAKAAN TELAH BERJAYA DISELESAIKAN APABILA YANG DIPERTUA MPMUM, SAUDARA KHAIRUL ANUAR MENDAPAT MESEJ DARIPADA KETUA PUSTAKAWAN HARI INI. BERIKUT ADALAH INTIPATI MESEJ TERSEBUT:

"Perpustakaan telah membuka surau di tingkat 4, Galeri Perpustakaan.
Di minta kepada semua pelajar untuk menjaga kebersihan ruang & tandas"

DIHARAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR DAPAT MENGGUNAKAN SURAU TERSEBUT DENGAN BAIK DAN TEPAT. ANTARA PERKARA YANG PERLU PELAJAR TEKANKAN ADALAH SEPERTI SENTIASA MENUTUP ELEKTRIK SELEPAS GUNAKAN SURAU, MELIPAT SEMULA TELEKUNG (PEREMPUAN) SETELAH HABIS MENGGUNAKANNYA MEMASTIKAN KESELAMATAN BARANG-BARANG YANG DIBAWA KE SURAU TERSEBUT DAN JUGA SENTIASA MENJADIKAN SURAU BUKAN TUJUAN UNTUK TIDUR. KERJASAMA SEMUA PELAJAR ADALAH PENTING DEMI KEBAIKAN SEMUA PIHAK BERKENAAN.

MEMANIFESTASI KECEMERLANGAN, MEMARTABATKAN KEGEMILANG.
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA

MENGUCAPKAN

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

DI BULAN RAMADHAN"


By Farrah Naz Karim (farrah@nst.com.my)
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin looking at a tag worn by participant Khairul Anuar Abu Kasim from Universiti Malaya after opening the National Students Consultative Council meeting at the Putrajaya International Convention Centre in Putrajaya yesterday.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin looking at a tag worn by participant Khairul Anuar Abu Kasim from Universiti Malaya after opening the National Students Consultative Council meeting at the Putrajaya International Convention Centre in Putrajaya yesterday.

PUTRAJAYA: Students must not only equip themselves with professional skills but also generic ones if they were to become future drivers of a high-income nation.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said while ac-quiring professional expertise was crucial, students should develop sound problem-solving skills and the ability to come up with new ideas.

"Students should not restrict themselves to seeking knowledge merely during lectures but be more creative in acquiring knowledge from various avenues and sources.


"This includes participation in activities that could expose them to various experiences, skills and knowledge that cannot be gained during lectures.

"Leadership and organisational management skills, for example, can be acquired and sharpened through participation in associations or clubs at institutions of higher learning," Muhyiddin, who is also education minister, said at the opening of the National Students Consultative Council meeting at the Putrajaya International Convention Centre, here yesterday.

Also present was Higher Education Minister, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.


Muhyiddin said students' participation and engagement in discourses could also enhance their thinking and analytical skills.

They could also master the art of putting their arguments across besides churning out good ideas and suggestions.

They, he said should build on these vital skills during their university days.


"This way, student community in our country will not only develop leadership talents but also sharpen minds in handling issues that come their way," he said.

This, he added would train them to be ready to listen to opposing or differing views.

Muhyiddin said he believed that by being all-round thinkers, students would also be able to refrain from being dragged into pointless polemics.

"God willing, by encouraging healthy discussion and exchange of views, our students will be more open in handling various current issues.

"I believe that as educated people with access to various sources of knowledge and information, our students will be able to analyse issues of interest in a just and objective manner."

Muhyiddin expressed hope that students in both public and private institutions of higher learning could help the government by making meaningful contributions to national development.

Pada 4 hingga 6 Ogos yang lalu, satu mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) telah di adakan di Esset Bangi. MPPK merupakan majlis yang dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia semenjak daripada Tun Abdullah Badawi sehinggalah kini dibawah YAB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin B. Mohd. Yassin. Penubuhan majlis ini merupakan salah satu medium yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mendengar suara-suara mahasiswa di samping membentuk satu polisi atau tindakan melalui keputusan yang dibuat ketika mesyuarat diadakan.

Ketika MPPK, semua pemimpin-pemimpin mahasiswa telah diberi peluang untuk mengajukan persoalan-persoalan sama ada di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi, PTPTN, Akreditasi Institusi Pengajian, sistem perundangan di universiti serta bersemuka dengan barisan Menteri Kabinet bagi mendapatkan penjelasan mahupun pandangan. Pelbagai isu yang telah dibincangkan meliputi agenda pendidikan IPT termasuklah isu terbaru mahasiswa boleh berpolitik, masalah PTPTN ynag sering menghantu penuntut di menara gading, pelan tindakan pendidikan negara, relevansi AUKU dan akta-akta lain serta masalah-masalah kebajikan di universiti-universiti tempatan.

Pada majlis tersebut juga, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah dipilih untuk membentangkan satu kertas kerja ketika mesyuarat MPPK bil. 1/2010 yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri. Dengan tajuk kertas kerja "Memperkasakan Program Pertukaran Pelajar, Outbound & Inbound", kami di barisan MPMUM merasakan program ini perlu diselaraskan dan diperkasakan dengan bantuan menglibatkan bantuan daripada kerajaan khususnya, universiti serta mahasiswa sendiri. Untuk makluman semua, sebelum daripada ini, pihak KPT telah memberi kuasa autonomi kepada universiti untuk menjalankan program ini dengan mencari dana yang khusus bagi menampung perbelanjaan program ini di IPT masing-masing. Akan tetapi, kami melihat ianya sangat penting dan perlu diteliti semula agar penyelarasan dan penambahbaikan perlu dilakukan memandangkan pengantarabangsaan sangat penting di waktu ini. Graduan tempatan bukan hanya sahaja perlu bersifat 'tempatan' sahaja, tetapi juga mempunyai satu semangat untuk dikomersialkan dan juga beridentitikan 'glokal' agar mampu bersaing dengan graduan antarabangsa.

MPPK merupakan mesyuarat yang sangat penting tika mana ianya membincangkan isu-isu semasa. Ketika mesyuarat ini berlangsung, terdapat 5 universiti terpilih selain daripada UM iaitu termasuklan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menurut YAB Tan Sri, mahasiswa kini telah wujud satu gelombang baru iaitu mereka sedar dengan isu-isu semasa dan bersedia untuk menanganinya dengan mengunakan kepakaran serta intelektual mereka sendiri. Ini satu perkara yang membanggakan.

MPPK telah berjaya menghasilkan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada mahasiswa di universiti tempatan. Antaranya ketika sesi yang lepas juga, MPMUM telah berjaya menubuhkan Majlis Mahasiswi Nasional (MASISNA) yang telah berjaya digerakkan semenjak tahun yang lalu, kad diskaun pelajar untuk kereta api, PTPTN pengurangan bonus 3% kepada 1% dan banyak lagi isu-isu dibincangkan untuk kebajikan mahasiswa universiti tempatan.
Congratulation! Prof. Dr Rohana is the new UM Deputy VC


An expert in dengue virus protease Prof Dr Rohana Yusof, has been appointed University of Malaya's new deputy vice-chancellor for student affairs and alumni.

The appointment of Prof Dr Rohana is for a three-year term, succeeding Assoc Prof Datuk Dr Azarae Idris whose term ended Saturday. Her appointment takes effect from Sunday, the university announced.

Prior to the appointment, Dr Rohana was the deputy director of the Higher Education Leadership Academy, an agency under the Higher Education Ministry. Dr Rohana holds a PhD in Biochemistry from the University of Leeds, United Kingdom, a Master in Science from the UM and a Bachelor in Science (Biochemistry) from the Lancaster University, United Kingdom.

Prof. Suresh from Medical Faculty UM, wanted to organize a free english tuition program for children who stays in a place called Desa Mentari flats in PJ. So a group of volunteers will be needed for this program. A training program for the volunteers will be held before they can go into the place and teach.

It'll be on 21st August (Saturday), 9am-1pm.

For those who're interested but unsure if they can commit or not, they can also come for the training program and not go for the real teaching program when the time comes.

About when and how frequent they have to go for the real teaching, the volunteers can decide themselves. It can be once a month thing or whatever it is, following their own convenience.

This is kind of meaningful community service project. However, the hardest part is finding the volunteers. Wanna be part of the team? Don't hesitate to contact us. There's no limit regarding the places.

Thanks a lot. Your participation means a lot to the society.
Program Kempen RM1 For GAZA anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) yang telah berlangsung pada 4 Julai hingga 18 Julai 2010 telah berjaya dijalankan di seluruh kampus Universiti Malaya malah turut di KL Sentral. Majlis penyerahan Mock Cek kepada Yayasan Amal dan Aman Palestin telah diadakan pada 6 Ogos 2010 ketika program Suara Siswa bersempena Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM '10) yang akan ditayangkan pada 24 Ogos 2010, jam 10 malam nanti. Hasil kutipan yang telah berjaya dikumpulkan berjumlah RM13,000.
FESKUM '10 telah menjadi aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja untuk meraikan graduan-graduan universiti UM tetapi juga untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan, nilai kerjasama, nilai tanggungjawab, bersatu padu di samping untuk memberi latihan kepimpinan kepada pelajar. FESKUM '10 kali ini telah berjaya menjalankan beberapa program seperti mock trial, pameran, malam warga istimewa, bicara mufti, suara siswa, malam animasi demi gaza serta acara traidisi gerai-gerai jualan. Festival pada kali ini dilihat pada awal berbanding tahun-tahun sebelum ini memandangkan bulan Ramadhan yang akan tiba lebih kurang 3 hari sahaja lagi.

Manakala Kempen RM1 For GAZA telah menjalankan beberapa program yang memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang nilai-nilai kemanusiaan di samping bertujuan untuk membantu mereka di Palestin sana. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti 'Sharing Moment with Mavi Marmara Volunteer', konvoi motor sekitar kampus, ruang pameran kepada pelajar dan juga edaran 'flyers' seluruh kampus. Pengarah program, saudari Yasmin serta penolong beliau, saudari farah telah berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan jayanya. Syabas kepada semua dan terima kasih di atas kesudian menderma demi GAZA, BUMI PALESTIN.
Pada hari rabu (4 Ogos 2010) yang lepas, kami telah mengadakan pertemuan dengan ketua perpustakaan dan ahli jawatankuasanya. Tujuan utama adalah untuk berbincang dan mendapatkan penjelasan tentang isu KETIADAAN SURAU di dalam perpustakaan utama kerana ini adalah menyulitkan keadaan bagi pelajar beragama islam untuk menunaikan kewajiban ketika berada di sana.

Pertemuan itu telah dihadiri oleh YDP MPMUM sendiri, Khairul Anuar Abu Kasim, saudara Hairli Zainal Abidin, serta Pengerusi Kebajikan & Aduan, saudara Fahmin. Antara yang dibincangkan dan yang kami telah persoalkan termasuklah apakah faktor penutupan surau, cadangan penyelesaian dan juga tindakan yang boleh di ambil.

Menurut Prof Dr. Edzan Hj. Che Nasir, ketua perpustakawan UM berkata terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pihak perpustakaan mengambil langkah untuk penutupan ini. Antaranya iaitu termasuklah :
  • Surau yang digunakan kini adalah surau yang digunakan oleh staf perpustakaan. Oleh kerana itu, surau itu dibuka pada jam 3 petang kerana pihak perpustakaan memberi ruang kepada staf-staf untuk mengerjakan solat terlebih dahulu. Selain itu, surau hanya dibuka sehingga jam 9 malam kerana bilangan staf yang kurang pada sebelah malam iaitu hanya berlegar di kaunter yang utama sahaja.
  • Masalah kebersihan serta keselamatan. Untuk makluman pelajar-pelajar semua, hasil perbincangan tersebut kami juga dimaklumkan oleh maslaah kebersihan tandas apabila digunakan untuk mengambil air sembahyang. Selain itu, keselamatan bilik staf yang berhampiran dengan surau itu menyebabkan ianya menyukarkan kepada pihak perpustakaan.
  • Sikap segelintir daripada pelajar sendiri menyebabkan penutupan ini terutamanya pelajar siswi. Apabila mereka menggunakan telekung misalnya, tidak dilipat dan diletakkan ditempat yang semula dan ini kerap berlaku (jadi tabiat). Selain itu juga, terdapat juga pelajar-pelajar yang menggunakan surau ini untuk tidur malah membuat bising sedangkan ini adalah bukan tujuan utamanya untuk ke surau. Selain itu, kekerapan berlakunya kehilangan barang-barang berharga telah menyebabkan berlakunya tuduh-menuduh di kalangan pelajar dan juga staf perpustakaan sedangkan ianya kecuaian pelajar sendiri. Akibatnya seperti menjadi tugasan baru kepada staf-staf perpustakaan untuk mencari atau menyelesaikan masalah tertentu.
Walaupun begitu, kami menerima penjelasan daripada pihak perpustakaan dengan lebih terbuka dan berharap semua pelajar juga dapat memahaminya. Ini adalah cadangan daripada pihak kami :
  • Perlu mewujudkan satu ruang baru kepada pelajar untuk bilik solat bagi mengatasi masalah ini. Hal ini kerana kesemua ini berlaku keran ketiadaan surau pelajar di dalam perpustakaan UM. Kami juga mengakui bahawa ruang adalah terhad memandangkan buku-buku dan juga ruang belajar di perpustakaan adalah padat, tetapi kami merasakan bahawa perlu juga ada ruang solat yang baru bagi pelajar sahaja.
  • Selain itu, keselamatan pelajar untuk ke kawasan lain pada sebelah malam terutamanya melibatkan pelajar-pelajar perempuan.
  • Terdapat juga cadangan untuk memberi peluang kepada pelajar sendiri untuk menjaga kebersihan dan juga tahap kualiti surau tersebut, ini bergantung kepada kajian dan penilaian semula.
Pihak perpustakaan sendiri berjanji untuk mengkaji dan melihat perkara ini lebih serius. Harapan daripada pentadbiran perpustakaan UM agar pelajar-pelajar tidak membuat apa-apa spekulasi dan berani tampil ke hadapan sekiranya terdapat ketidak puasan hati terhadap tahap serta mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan.

Kami akan berbincang dan akan meneliti isu ini lagi untuk penambahbaikan di masa hadapan. Diharapkan semua pelajar bersedia untuk memberi kerjasama dalam memberi idea, cadangan membina serta pandangan anda terhadap isu ini memandangkan ianya adalah untuk kegunaan kita semua. Harap maklum.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saudara/Saudari,

SESI TAKLIMAT (KAUNSELING) DAN PEMANTAUAN AKADEMIK PELAJAR TAJAAN JPA

Adalah dimaklumkan bahawa pihak JPA akan mengadakan Sesi Taklimat (Kaunseling) dan Pemantauan Akademik Pelajar Tajaan JPA yang memperolehi PNGK 2.50 ke bawah pada ketetapan berikut:


Tarikh : 18 Ogos 2010 (Rabu)
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Auditorium, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya


Para pelajar dikehendaki hadir pada masa yang telah ditetapkan supaya sesi tersebut berjalan dengan lancar. Sila sahkan kehadiran anda di Kaunter Pendaftaran.

Sekian.
____________________________________

BIASISWA/PINJAMAN & INSURANS
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
UNIVERSITI MALAYA
03-7967 3410 / 3497

Ehsan daripada UMISISWEB

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saudara/Saudari,

SESI TAKLIMAT & PENYERAHAN BUKU AMANAH SAHAM 1MALAYSIA KEPADA PELAJAR IJAZAH PERTAMA, TAHUN PERTAMA AMBILAN 2009/2010

Lanjutan daripada Sesi Taklimat & Penyerahan Buku Amanah Saham 1Malaysia Kali Ke-2 yang telah diadakan pada 22 & 23 Mac 2010, satu Sesi Taklimat & Penyerahan Buku Amanah Saham 1Malaysia akan diadakan sekali lagi pada ketetapan berikut:


Tarikh : 16 & 17 Ogos 2010 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Auditorium, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya


Sehubungan itu, pelajar yang belum mengambil Buku Amanah Saham 1Malaysia pada sesi yang lalu DIWAJIBKAN hadir ke sesi tersebut dengan membawa satu (1) salinan Kad Pengenalan.


Sekian.

_______________________________________

BIASISWA/PINJAMAN & INSURANS
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
UNIVERSITI MALAYA
03-7967 3410 / 3497

Ehsan daripada UMISISWEB
Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa gangguan bekalan air akan belaku pada hari Ahad, 8/8/2010 bermula dari 10.00p.m sehingga Isnin, 9/8/2010 jam 7.00 a.m. Gangguan ini berpunca daripada kerja - kerja penyelenggaraan oleh SYABAS di kawasan Damansara.

Kawasan yang terlibat adalah di DISELURUH KAMPUS.

Semua warga kampus Universiti Malaya diminta menggunakan air secara berjimat-cermat.

Sehubungan dengan itu, dapat kiranya semua pihak memberi kerjasama dan bersabar . Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Haniff Abu Che ditalian 03-7967 3315.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Zainuddin Borhan
Jurutera Awam
Bahagian Pengurusan Penyelenggaraan, JPPHB,
Tel : 03-7967 7822

Ehsan daripada UMISISWEB.
Pada 2 Ogos 2010 merupakan detik bersejarah bagi dua orang penerima Anugerah Pelajaran Diraja bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2010 yang telah di sampaikan oleh Canselor Universiti Malaya, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Shah di Dewan Tunku Canselor (DTC) UM. Mereka yang dimaksudkan iaitu :

saudara Benjamin Ong Jia Ming (pelajar Ekologi dan Biodiversiti Fakulti Sains)

dan juga saudari Nurrashidah Ariffin (pelajar Syariah Akademi Pengajian Islam)

Benjamin merupakan pelajar yang aktif dalam pelbagai bidang lapangan seprti beliau pernah menjadi MPMUM 2008/2009 selaku bendahari, pemidato dalam bahasa Inggeris, seorang yang cintakan kepada alam semulajadi dan pernah mewakili universiti ke Program Pertukaran Pelajar Mengenai Isu Alam Sekitar anjuran East-West Centre di Honolulu and Washington, D.C Amerika Syarikat yang beliau sertai baru-baru ini. Manakala Nurrashidah pula merupakan pelajar yang gemar kepada undang-undang syariah, seorang yang aktif di fakulti dan juga di kolej kediamannya iaitu Kolej Tun Ahmad Zaidi. Beliau juga telah mengikuti program pertukaran pelajar ke Universiti Kaherah di Mesir.

Anugerah Pelajaran Diraja merupakan anugerah tertinggi yang diikhtiraf kepada graduan ijazah sarjana muda. Penganugerahan ini bermula apabila Majlis Raja-Raja Malaysia telah berkenan untuk memberi Anugerah Pelajaran DiRaja kepada pelajar terbaik keseluruhan di Universiti mulai Sesi 1988/1989. Anugerah ini diberikan bertujuan untuk mendorong para graduan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran selaras dengan hasrat Majlis Raja-Raja Malaysia yang mementingkan mutu pembelajaran di mana ianya memerlukan persaingan sengit dalam era globalisasi yang mencabar kini.

Setiap tahun, penerima bagi anugerah ini adalah dua orang sahaja iaitu seorang bumiputera dan seorang bukan bumiputera. Setiap penerima akan mendapat wang tunai RM5,000, pingat emas bernilai RM1,000 dan sijil penghargaan. Kriteria penerima yang layak untuk dicalonkan adalah seperti mendapat kelulusan pngk 3.7 ke atsa di samping aktif di pelbagai lapangan aktiviti pelajar sama ada di peringkat universiti, negara mahupun antarabangsa.

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10