Selamat Datang



PERHATIAN KEPADA WARGA UM

Assalamu'alaikum/Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa PTM akan melakukan kerja-kerja elektrikal pada hari Ahad ini, 17hb Okt 2010 ,bermula jam 9:00 pagi sehingga 3:30 petang.

Oleh yang demikian, akan berlaku gangguan Perkhidmatan ICT(IT) UM (khidmat rangkaian, internet dan perkhidmatan IT- web, etc ) pada tarikh dan masa berkenaan.

Pengguna dinasihatkan agar tidak menggunakan perkhidmatan di atas pada tarikh dan masa yang dinyatakan.

PTM memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.

TAKLIMAT PENGISIAN DOKUMEN PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN JPA
BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) SESI 2010/2011

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengadakan Taklimat Pengisian Dokumen Perjanjian Biasiswa Persekutuan JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Sesi 2010/2011 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Oktober 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium
Kompleks Perdanasiswa UM

Para pelajar dikehendaki mendapatkan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Biasiswa Persekutuan JPA dari Pejabat Dekan, Akademi/Fakulti/Pusat masing-masing mulai hari Jumaat, 15 Oktober 2010. Pelajar juga dikehendaki hadir pada masa yang ditetapkan supaya sesi taklimat tersebut berjalan dengan lancar dan sila bawa bersama Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Biasiswa Persekutuan JPA.

Sekian, untuk perhatian dan makluman pelajar.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Malaya.

To all members of UM community,

This year the Eco Film Festival is being held at the University Malaya! The festival is organized by the environmental NGO, Ecoknights - with UM acting as a venue partner.

Free public screening of award winning environmental films for the ECO FILM FEST 2010 will be held from 11TH OCT & NDASH; 17TH OCT 2010. The free screenings will take place at the Main Lecture Hall of the Faculty of Economics and Administration, University Malaya. Please go to this link for the screening schedule http://ecofilmfest.my/screening-schedules.

Please grace us with your presence at the Eco Film Festival this year. Bring your loved ones along and let us all get together to enhance our understanding on environmental issues and increase our commitment for environmental protection! For more info about the festival, please go this website http://ecofilmfest.my/

Thank you.

Towards a greener UM, by UMCARES.

Pada hari selasa yang lepas, Yang Dipetua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah melawat salah seorang daripada mangsa kemalangan ngeri yang menglibatkan kematian seramai 12 orang di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Kejadian yang berlaku diantara dua buah bas dan 4 kenderaan lain telah berlaku pada hari ahad iaitu 10 Oktober 2010. Kejadian ini juga turut menyebabkan beberapa mahasiswa Universi Malaya yang ingin pulang ke kampus terlibat sebagai mangsa kejadian.

Salah seorang daripadanya iaitu saudara Mohd. Firdaus Yaakub, pelajar tahun pertama daripada Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM) yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya hasil daripada usaha oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dan juga Klinik kesihatan Universiti Malaya. Menurut beliau, ketika kejadian berlaku beliau masih sedarkan diri dan tidak dapat membayangkan detik-detik pahit ketika kejadian berlaku. Sehingga kini menurut beliau lagi tidak dapat tidur kerana masih lagi teringatkan kejadian tersebut.

Sementara itu, seorang lagi mahasiswi UM yang turut menjadi mangsa kejadian tersebut, Nur Najlaa Aquilah Mohd. Ghazali kini sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana keadaan tangannya yang cedera akibat kemalangan tersebut. Seorang lagi mahasiswa UM kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan kini berada dalam keadaan stabil.


Pada hari selasa yang lepas, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah mengadakan pertemuan bersama-sama presiden Persatuan Pelajar Seluruh Kampus. Tujuan pertemuan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan kesemua persatuan-persatuan di samping mendengar cadangan, aduan dan juga penambah baikan di masa hadapan.

Pertemuan yang julung-julung diadakan selain daripada itu membincangkan beberapa perkara yang berlaku di dalam kampus, antaranya masalah kes kecurian, yang kian berleluasa di dalam kampus, pembangunan universiti, masalah sistem merit, isu kolej kediaman ke-11 yang melibatkan pelajar-pelajar antarabangsa dan masalah perkhidmatan bas.

Dalam pada itu, MPMUM telah mengedarkan surat jemputan mesyuarat ketika majlis sambutan hari raya pihak HEPA yang lalu. Walaupun begitu, ketidakhadiran oleh kesemua wakil persatuan ketika majlis itu menyebabkan kesukaran untuk memberi makluman kepada semua persatuan. MPMUM juga merancang untuk mengadakan pertemuan yang lebih kerap bersama-sama presiden persatuan di masa hadapan.


Pada hari Isnin yang lalu, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah menganjurkan pertemuan bersama-sama semua persatuan bagi bangsa Cina dan India serta wakil kedua-dua kaum bagi setiap kolej kediaman.

Tujuan utama pertemuan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara semua pihak di samping memberi peluang kepada mereka yang hadir untuk mengajukan sebarang aduan, cadangan atau permasalahan.

Mesyuarat yang dijalankan telah berjalan dengan lancar dan baik. Pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh wakil pelajar antaranya berkaitan status kelab-kelab CC dan ICC bagi setiap kolej, menwujudkan satu program yang menggabungkan semua pihak yang terlibat, sistem merit dan isu polisi 'zero balance'.

Di peringkat MPMUM, mesyuarat yang diadakan ini bertujuan untuk lebih mengenali dengan lebih rapat dan mesra bersama-sama pimpinan pelajar khususnya bagi kedua-dua kaum. Rata-rata di antara mereka tidak kenal antara satu sama lain dan tidak mengetahui adanya program-program yang dijalankan oleh mana-mana pihak berkaitan. Selain itu, MPMUM amat memuji usaha bagi kedua-dua kaum ini kerana kebanyakkan program yang dijalankan adalah berjaya dan tidak banyak masalah. Malah yang lebih membanggakan mereka tidak sekalipun membelakangkan setiap prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Ucapan daripada TNC HEPA, Prof. Dr. Rohana Yusof.


Majlis diceriakan dengan kehadiran Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon


Pelbagai hidangan disediakan kepada tetamu yang hadir.


Majlis diseerikan dengan kehadiran mantan TNC HEPA,
Prof. Madya Datuk Azarae Idris.



Orang yang diberi tanggungjawab untuk menceriakan majlis selaku pengacara majlis.
Pada hari ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan pertemuan empat mata bersama-sama dengan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) yang baru iaitu Prof. Dr. Kurunathan Ratnavelu yang telah menggantikan tempat Prof. Datuk Khoh yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada awal september yang lalu. Tujuan utama pertemuan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi TNC Pembangunan yang baru di samping membincangkan serta mengemukakan isu-isu berkaitan dengan pembangunan kepada beliau.

Ketika sesi pertemuan tersebut, MPMUM telah bertanya dan mengusulkan beberapa perkara kepada beliau antaranya iaitu :
  • Berkaitan dengan kes tanah runtuh di persimpangan kolej ke-7, dalam hal tersebut pihak JPPHB menyatakan bahawa masalah yang berlaku kini adalah untuk kerja-kerja penambahbaikan adalah di bawah tanggungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kerja-kerja akan dibuatkan setelah DBKL dapat selesaikan perkara-perkara berikut. Sebelum itu, pihak MPMUM telah dimaklumkan tentang kerja-kerja pembaikian akan siap selepas cuti raya, tetapi keadaan masih kekal sehingga kini.
  • Penggunaan bangunan Wisma R & D di hadapan stesyen minyak BHB dan dimaklumkan bahawa wisma tersebut telah mula digunakan pada minggu ini. Selain itu, PTJ yang telibat akan mula bergerak masuk ke bangunan tersebut secara beransur-ansur.
  • Bangunan runtuh di APIUM pada 2008 masih lagi di dalam proses dan akan dibina semula tidak lama lagi.
  • Cadangan untuk membesarkan masjid di APIUM akan dilihat serta dikaji semula memandangkan Prof. masih lagi baru di pejabatnya.
  • Pusat kebudayaan masih lagi dalam proses untuk mendapatkan tempat baru yang telah lama diperjuangkan oleh pusat sekian lamanya.
Ketika pertemuan itu juga, MPMUM telah menghantar beberapa kertas kerja cadangan kepada beliau. Antaranya, YDP MPMUM Khairul Anuar Abu Kasim telah memohon agar disegerakan pembinaan perhentian bas berbumbung di kawasan yang telah dikenal pasti. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar dibina skrin gergasi di dalam kampus sama ada diletakkan di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur atau Dewan Tunku Canselor (DTC). Hal ini kerana bagi tujuan memudahkan hebahan kepada seluruh warga kampus. Selain itu juga, wakil daripada fakulti kejuruteraan yang juga merupakan Naib Yang Dipertua saudara Tee Woi Keat turut menghantar kertas kerja bagi cadangan pembangunan di fakulti beliau. Fakulti Undang-Undang juga turut menghantar kertas kerja kepada pihak beliau.

Selain itu juga, Prof telah berjanji yang beliau akan terus membantu pelajar di UM bagi tujuan pembangunan yang lebih baik di seluruh kampus. Beliau juga berharap, semua pelajar di UM mengamalkan daya kerja dan pemikiran secara inovasi kerana sekiranya untuk menjadi sebuah universiti terbaik bukan hanya di nilai daripada produktiviti sahaja tetapi juga diukur daripada mentaliti golongan yang berada di dalamnya.

Ketika tinjauan kami ke pejabat beliau juga, kami juga telah melihat beberapa replika untuk pembangunan sekitar kampus yang semakin giat aktif dijalankan. Sebagai contoh, pembinaan stadium UM yang giat dijalankan, pembinaan bangunan canselori yang baru, dewan besar serta bangunan peperiksaan baru. Kesemua ini adalah termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) dan sehingga kini 26 projek yang sedang giat dijalankan.

Pengenalan

Kajian di atas diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menilai pencapaian Kemahiran Insaniah di kalangan pelajar warganegara tahun pertama peringkat sarjana muda. Tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah adalah seperti berikut:

  • kemahiran komunikasi
  • pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
  • kemahiran kerja berpasukan
  • pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
  • kemahiran keusahawanan
  • moral dan etika profesional

Tempoh pelaksanaan kajian ini adalah seperti berikut:

Fasa 1:
  • 4 Oktober 2010 (Isnin) – 8 Oktober 2010 (Jumaat)
Laman sesawang akan dibuka kepada pelajar


  • 9 Oktober 2010 (Sabtu) – 11 Oktober 2010 (Isnin)
Laman sesawang akan ditutup kepada pelajar


Fasa 2:

  • 12 Oktober 2010 (Selasa) – 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Laman sesawang akan dibuka kepada pelajar


  • 17 Oktober 2010 (Ahad) – 19 Oktober 2010 (Selasa)
Laman sesawang akan ditutup kepada pelajar


Fasa 3

  • 20 Oktober 2010 (Rabu) – 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Laman sesawang akan dibuka kepada pelajar


Pelajar diminta melengkapkan kajian ini dengan melayari laman sesawang kajian di alamat http://jpt.mohe.gov.my/my3s mengikut tempoh-tempoh masa di atas. Pelajar boleh berhenti dan log-out serta sambung semula pengisian kajian bagi bahagian-bahagian yang belum selesai tertakluk kepada tempoh masa yang telah ditetapkan. Maklumat yang telah disimpan adalah muktamad dan tidak boleh dipinda. Untuk membantu pelajar, satu arahan bergambar telah disediakan.
Sekian, terima kasih.

Bahagian Akademik,
Universiti Malaya

IMPORTANT NOTICE :
Course And Teaching Evaluation System

This is to inform that the online (web based) ‘Course and Teaching Evaluation System’ for Semester I, Session 2010/2011 will start from the 20 September 2010, at 8.30 am and end on the 7 November 2010, at 11.59 pm.

It is compulsory for all first degree students to evaluate the courses they have registered in the current semester. Students have to log into the Course and Teaching Evaluation System (CTES) by browsing http://umctes.um.edu.my using the SiswaMail account.

Please take note that students who fail complete the Course and Teaching Evaluation within the given period will be barred from the online early registration for courses in Semester II, Session 2010/ 2011.
Thank You.
Date: 6 September 2010
Released by: Academic Division, University of Malaya


Untuk makluman semua peminjam, PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat. Sehubungan dengan itu bagi melancarkan proses penawaran tersebut peminjam dikehendaki mengemaskini maklumat yang diperlukan didalam laman web kemaskini Ujrah http://ww...w.ptptn.gov.my/gateway/ujrah.jsp


Jadual untuk mengemaskini maklumat penawaran pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) dapat dirujuk http://www.ptptn.gov.my/web/guest/pembiayaan/tentatif-ujrah

Carta alir proses penawaran pembiayaan pendidikan / ujrah boleh didapati di http://www.ptptn.gov.my/docs/CARTA%20ALIR%20PROSES%20TAWARAN%20UJRAH.pdf

Perhatian:

· Laman web ini hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 dan ke atas.


· Hanya peminjam yang belum melangsaikan pinjaman pada 1 Jun 2008 perlu memohon untuk penukaran kepada pembiayaan pendidikan PTPTN.


· Satu pautan khas akan dihantar melalui alamat emel yang didaftarkan supaya Tuan/Puan dapat mengisi maklumat-maklumat wajib untuk penukaran pinjaman kepada pembiayaan pendidikan PTPTN.


· Tuan/Puan mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang "Teruskan" bagi tujuan pendaftaran. Setiap pendaftaran yang telah dihantar TIDAK boleh dibuat pindaan lagi.



· Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455.



Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dengan kerjasama Catalia Creative akan menganjurkan sesi fotografi bagi semua pelajar-pelajar fakulti berkenaan. Sesi ini akan dimulakan dengan fakulti Akademi Pengajian Melayu (APM) pada hari Isnin (4 Oktober 2010).

Tujuan utama sesi fotografi ini diadakan adalah untuk hadiah kenang-kenangan dengan adanya satu sesi fotografi ini. Hal ini kerana ianya boleh memberi memori kepada semua pelajar yang terlibat khususnya kepada pelajar tahun terakhir di kampus ini.

Dalam pada itu, fakulti-fakulti yang terlibat (setelah diberi kelulusan oleh pihak pentadbiran fakulti masing-masing) adalah seperti berikut:
  • Akademi Pengajian Melayu
  • Akademi Pengajian Islam
  • Fakulti Ekonomi & Pentadbiran
  • Fakuti Pergigian
  • Fakulti Bahasa & Linguistik
  • Fakulti Sains
  • Fakulti Sastera & Sains Sosial
  • Pusat Sukan
Kepada semua pelajar, anda diminta berhubung dengan wakil fakulti anda untuk tindakan seterusnya. Harap maklum.

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM59.7 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa sebagai pelepasan kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang memperoleh ijazah kelas pertama, tahun ini.

Pelaksanaan dasar baru itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2010 tahun lalu bahawa kerajaan akan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf bermula tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah penerima ganjaran setakat ini adalah berdasarkan perangkaan dari Januari hingga Julai lalu, dan bilangan itu dijangka bertambah menjelang akhir tahun ini apabila baki IPT lain mengumumkan keputusan pelajar masing-masing tidak lama lagi. Katanya, ganjaran itu diharap akan menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan.

Ini menunjukkan kerajaan bukan hanya memandang serius aspek kejayaan pelajar, tetapi turut mengambil inisiatif mendorong kecemerlangan dengan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa, katanya pada majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama dan Majlis Bersama Media anjuran PTPTN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan surat pelepasan berkenaan kepada 13 pelajar terbabit sebagai simbolik.

Selain itu, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan zakat RM100,000 oleh Bank Islam Malaysia Bhd kepada PTPTN untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi pelajar miskin. Menjelaskan lanjut pada sidang media, Mohamed Khaled berkata, pemberian ganjaran itu tidak menjejaskan dana pinjaman pendidikan kerana PTPTN sudah mengambil kira perkara itu dalam pelaksanaannya.

Katanya, PTPTN memberi jaminan selesaikan keseluruhan proses penurunan caj perkhidmatan pinjaman daripada tiga kepada satu peratus dan menyelaraskannya dengan kaedah syariah atau ujrah, menjelang Jun depan.

MPMUM telah berkesempatan untuk menghadiri ke program penyerahan kelas pertama tersebut dan menyambut usaha kerajaan ini sebagai salah langkah yang bagus. Kepada semua peminjam PTPTN, peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan seharusnya digunakan dengan sebaiknya.
Yang Dipertua MPMUM, saudara Khairul Anuar telah mengambil tindakan berkaitan isu kecurian yang semakin kerap berlaku di dalam kampus dengan mengusulkan aduan kepada pihak pengurusan universiti. Di antara beliau usulkan adlaah beberapa cadangan bagi meningkatkan kualiti tahap keselamatan di kampus kita. Di antara cadangan beliau :
  1. Memperketatkan laluan masuk dan keluar khususnya di pintu pagar utama di sebelah malam mulai jam 1.00 pagi. Pengawal keselamatan di pintu utama perlu meminta kad matrik, masih tidak cukup dengan mempamerkan 'sticker' kenderaan bagi semua kenderaan yang ingin masuk dan keluar.
  2. Memaksimakan penggunaan CC TV di dalam kampus. Saya pernah berbual dengan salah seorang pengawal keselamatan bahawa di UM terdapat CC TV di dalam kampus dan saya tidak pasti sama ada ianya berfungsi sepenuhnya atau tidak. Lokasi-lokasi yang tinggi kebarangkalian untuk berlaku kejadian kecurian perlulah diberikan perhatian serius.
  3. Cadangan pihak keselamatan untuk membuat 'parking' khas bagi motosikal (ura-ura) di masa hadapan perlu diteruskan bagi memastikan kes ini dapat dibendung lagi.
  4. Perlu wujud satu panggilan 'hotline' 24 jam untuk sebarang aduan kepada pihak berkenaan, misalnya pihak keselamatan. Namun demikian juga, jika di kolej masih ramai pelajar yang tidak peka dengan penyelia-penyelia yang bertugas (sikap tidak peduli), akhirnya sering menyalahkan pihak berkaitan kerana lambat ambil tindakan atau sebagai. Perlu kajian untuk mencari satu mekanisma yang lebih komprehensif.
Dalam pada itu, pihak keselamatan UM telah memberikan beberapa penjelasan berkenaan isu ini. Antara penjelasan yang telah kami perolehi adalah seperti berikut (untuk maklumat kehilangan motorsikal ini) :
  1. Kecurian banyak berlaku pada waktu siang
  2. Kejadian terbaru,di kolej kediaman 12 [mereka sudah ada kamera, tetapi sukar untuk kenal penjenayah].
  3. Jeni sasaran, motorsikal baru sahaja [Honda dan Yamaha LC 135]
  4. Manakala itu, setiap minggu ada kes pelajar tertinggal kunci pada motorsikal.
Pihak keselamatan juga telah berkata besedia untuk duduk semeja dan berbincang dengan MPMUM serta presiden-presiden kolej kediaman bagi membincangkan perkara ini dengan lebih telus dan mendapatkan kaedah yang komprehensif.Untuk sebarang aduan keselamatan, bolehlah berhubung terus dengan pejabat keselamatan di talian ini 03-7967 7070.
Baru-baru ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah mengadakan satu perbincangan bagi hal-hal kebajikan luar kampus. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan wakil Seksyen Kemasukan dan Rekod (SKR) dan Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Tujuan utama mesyuarat ini di adakan adalah bagi membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pelajar-pelajar UM yang tinggal di kampus terutamanya dari aspek perolehan data maklumat pelajar luar kampus.

Antara agenda yang dibincangkan merangkumi perkara-perkara berikut :
  • Pihak HEPA akan menyediakan sepanduk untuk hebahan kepada semua masyarakat sekitar UM yang ingin menyewakan rumah atau bilik kepada pelajar-pelajar. Hal ini kerana pihak HEPA merasakan perlu wujudnya satu sistem data rumah yang boleh disewakan kepada pelajar. Data ini akan diperolehi melalui bantuan masyarakat luar serta pelajar-pelajar yang mungkin akan keluar dari rumah yang disewa.
  • Selain itu, bagi memudahkan penyaluran maklumat-maklumat pelajar luar kampus terutamanya ketika waktu kecemasan maka pihak HEPA dengan bantuan pihak SKR dan PTM akan cuba untuk membuat satu data khas bagi pelajar luar kampus. Maklumat ini termasuklah lokasi rumah dan juga bilangan penghuninya. Sebagai contoh, kejadian kebakaran melibatkan pelajar luar tidak diketahui oleh pihak HEPA hinggakan terpaksa mendapatkan bantuan dari pihak polis.
  • Membuat satu borang kaji selidik yang akan memberi maklumat keperluan pelajar.
  • Cadangan untuk memperkasakan persatuan pelajar luar kampus (PUSPITA) yang telah tenggelam keaktifannya, sebaliknya memurnikan bersama-sama persatuan-persatuan luar yang lain seperti kesatuan mahasiswa kerinchi (KMK).
  • Membantu daripada semua aspek termasuklah khidmat bas dan seumpamanya.
Dalam hal ini, statistik yang dikeluarkan oleh pihak SKR sehingga kini menunjukkan seramai 6000 pelajar ijazah pertama tinggal di luar. Bilangan yang ramai ini sudah pasti berlaku pelbagai masalah yang perlu diselesaikan bersama.

Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang menjadi masalah untuk menyediakan data pelajar luar kampus antaranya pelajar tidak mengemas kini data maklumat tempat tinggal mereka selain daripada tidak memberi maklumat kepada saluran yang betul sekiranya berlaku kecemasan.

MPMUM akan memastikan kebajikan pelajar luar kampus dibela, walaupun berlain ideologi sekalipun. Sesiapa MPMUM yang menyelesaikan masalah kebajikan pelajar tidak kira daripada kumpulan mana, tetapi mereka masih lagi dibawah naungan MPMUM. Harap maklum.

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10