Pada 22 hingga 24 Oktober yang lalu, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah menghadiri kursus Kepimpinan & Kemahiran Organisasi Mahasiswa di Bagan Lalang, Sepang anjuran bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya. Kursus ini yang turut dihadiri oleh wakil kolej kediaman dan beberapa persatuan pelajar bertujuan untuk memberi pendedahan cara-cara pengendalian organisasi termasuklah kemahiran komunikasi, kemahiran penulisan dan kemahiran kepimpinan.
Rata-rata para peserta yang hadir ke kursus ini rasa sungguh bertuah dan amat berguna kerana banyak perkara-perkara baru yang telah dipelajari sepanjang kursus di sana. Tambahan pula, masih ramai lagi barisan pemimpin pelajar di UM yang tidak mengetahui beberapa prosedur penting dalam mentadbir organisasi seperti cara penulisan kertas kerja projek, pengurusan kewangan, kemahiran berkerja berpasukan dan sebagainya.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST