
Menurut Pengarah Program FESKUM '10 Saudara Muhammad Ilyas Zambri yang juga merupakan Timbalan Naib Yang Dipertua I MPMUM, program pada tahun ini akan dimulakan dengan program perasmian pembukaan pada 31 Julai 2010 di mana seperti kelazimannya, Pro Canselor UM Raja Dr. Nazrin Shah akan mencemar duli untuk merasmikan acara tersebut.
Pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk pengisian pada kali ini. Dengan tema 'Convengence Of Diversity', program-program yang bakal dijalankan seperti Suara Siswa saluran di RTM, lelongan amal untuk GAZA, Futsal Piala naib Canselor, Mock Trial, kempen derma darah, gerai jualan, malam amal dan pelbagai acara lain yang bakal disajikan kepada semua pengunjung.
Ditanya mengapa tema pada kali ini dipilih, jawapannya kerana program ini dilihat kepada kepelbagaian budaya, etnik, serta latar belakang pengunjung serta di kampus UM sendiri yang mana pada detik FESKUM nanti akan menyatukan kesemuanya di dalam satu festival yang gilang-gemilang. Pada kali ini, program yang disajikan bukan hanya melibatkan pelajar tempatan sahaja, tetapi turut disajikan dengan persembahan kebudayaan daripada pelajar antarabangsa.
Selain itu, gerai jualan pada kali ini akan dikurangkan berbanding tahun-tahun lepas. Hal ini kerana sambutan yang kurang memberansangkan pada tahun lepas serta ditambah dengan situasi penambahbaikan bangunan di sekitar Kompleks Perdana Siswa (KPS) yang sedang giat dijalankan yang dijangkakan siap pada hujung tahun ini. Untuk sebarang maklumat, bolehlah melayari http://feskum2010.blogspot.com/.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST