Baru-baru ini, MPMUM telah menerima kunjungan daripada pimpinan MPP Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Batu Pahat yang telah menganjurkan jelajah kepimpinan ke beberapa ipta di Semenanjung. Universiti Malaya tidak ketinggalan untuk dikunjungi dan kami di barisan MPMUM sudi menerima kehadiran pimpinan MPP daripada seluruh universiti.
Perbincangan dua hala di kalangan MPP.
Ketika melawat Dewan Tunku Canselor (DTC)
Ketika sesi pertemua tersebut, kedua-dua universiti telah berbincang beberapa isu semasa di samping berkongsi maklumat atau pengalaman di universiti masing-masing. Kami di barisan MPMUM mengucapkan jutaan terima kasih kepada MPP UTHM di atas kesudian melawat universiti perdana ini.
Berperanan sebagai sebuah organisasi kepimpinan yang mempraktikkan kemahiran insaniah dalam mengutamakan kebajikan, keintelektualan, dan perpaduan mahasiswa.
Misi
1. Menjadi medium perantaraan dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa
2. Menerapkan nilai-nilai kejayaan ke arah keintelektualan mahasiswa 3. Memperkasakan jalinan integrasi dalam kalangan mahasiswa sejajar dengan semangat "UM is ONE" 4. Memacu universiti ke arah kegemilangan selaras dengan visi dan misi universiti
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST