PADA 31 Julai 2010, berlangsungnya Majlis Perasmian Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM '10) di Auditorium Kompleks Perdanasiswa. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah, tuanku Pro-Canselor, Universiti Malaya bersama dengan Duli Yang Teramat Mulia, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim telah sudi mencemar duli untuk merasmikan pada majlis tersebut. Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Tan Sri Pro-Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Dato' Seri Norma Yaakob , Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya, Tan Sri Datuk Seri Hj. Arshad Ayub, Naib Canselor Universiti, Timbalan-timbalan naib canselor,barisan pengurusan universiti, dekan-dekan, pengetua-pengetua, pegawai-pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar, MPMUM serta warga kampus.
Festival Konvokesyen Universiti Malaya akan berlangsung dari 2 hingga 7 Ogos 2010. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang festival ini berlangsung di antaranya Kempen Derma Darah, Bicara Mufti, Suara Siswa, Futsal Piala Naib Canselor, Malam Warga Istimewa, Tayangan Animasi, Pameran dan juga Mock Trial.




Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST