Perbincangan Meja Bulat Isu "Isu Wanita Malaysia Yang Diperalatkan Oleh Sindiket Dadah (Drug Mules)
2:26 AM | 0 comments |
Pada hari ini, 23 ogos 2010 Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah dijemput untuk membincangkan isu Wanita Malaysia Yang Diperalatkan Oleh Sindiket Dadah Untuk Mengedar Dadah Di Luar Negara (Drug Mules) di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama perbincangan ini diadakan adalah untuk mencari punca permasalahan, sebab utama, statistik terkini yang melibatkan masalah-masalah serta pelan tindakan yang boleh di ambil oleh pihak-pihak terlibat.
Di peringkat MPMUM, kami telah mencadangkan kepada pihak yang terlibat agar menganjurkan program-program yang lebih dekat dengan mahasiswa di kampus. Selain itu, kami juga memberi cadangan agar program-program yang dijalankan di kampus kelak boleh menampilkan mereka yang pernah menjadi mangsa keadaan dan juga tidak menjurus kepada ceramah semata-mata. Di peringkat MPMUM, kami mengingatkan kepada semua mahasiswa terutama mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika bertemu dengan mereka yang tidka dikenali mahupun teman anda.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST