Selamat Datang

Salam dan selamat sejahtera,

Terlebih dahulu, tidak terlewat untuk diucapkan selamat menghabiskan perjuangan peperiksaan untuk mahasiswa UM yang masih mempunyai bagi kertas peperiksaan, manakala yang sudah habis tahniah dan selamat bercuti.

Saya terpanggil untuk MENDAPATKAN FEEDBACK secara online tentang isu dewan makan antara lain juga menjadi faktor kepada yuran kolej kediaman yang tinggi.

Acapkali orang kata, UM yuran paling mahal dan tinggi berbanding universiti lain (hakikatnya benar). Berbalik kepada isu fokus kita pada perbincangan kali ini iaitu dewan makan, sehingga kini hanya terdapat 8 kolej kediaman yang mempunyai dewan makan dan terbaru apabila kolej sembilan mengambil keputusan untuk menutup dewan makan atas faktor kehendak pelajar sendiri. Manakala kolej keempat telah memutuskan untuk menyediakan makanan hanya pagi dan malam sahaja juga atas pilihan mahasiswa.

Faktor yuran, kolej kediaman diletakkan sepenuhnya di bawah Dewan Asrama-Asrama (DAA) telah menetapkan harga yuran seperti berikut :

  • Kolej ada DM : RM6.50 (sehari) + RM3.50 (tiga kali makan), JUMLAH = RM10.00
  • Kolej tiada DM : RM6.50 (sehari), JUMLAH = RM6.50

Untuk makluman semua, harga yuran ini tidak pernah naik sama sekali sejak dulu lagi walaupun terdapat desakan beberapa pengetua untuk menaikkan harga yuran tersebut. Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) sentiasa bertegas untuk mengekalkan harga yang sedia ada dan tidak akan naik sama sekali. Perlu diingatkan, perubahan harga yuran bagi kolej kediaman adalah bergantung kepada BILANGAN HARI KITA MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN BAGI SEMESTER TERSEBUT DI SAMPING JUGA YURAN SEPERTI JTK/JIK, YURAN MAJALAH DAN 'ANNUAL DINNER'. Setakat ini, tiada 'charge' lain yang dikenakan melainkan sekiranya hal tersebut di putuskan terlebih dahulu di dalam mesyuarat DAA. Sekiranya berlaku kesilapan dalam pengiraan harga yuran, pelajar bolehlah berhubung terus dengan pihak kolej kediaman seperti yang berlaku di kolej ke-11 baru-baru ini di mana RM45 telahpun dikembalikan ke dalam akaun pelajar setelah saya sendiri dapati berlaku kesilapan pengiraannya.

Apa yang saya ingin bincangkan,yuran asrama universiti-universiti lain lebih rendah jika dibandingkan dengan kolej kediaman UM kerana beberapa faktor iaitu:

  • Dewan makan di kolej kediaman, hanya di UM sahaja yang masih menggunakan konsep ini.
  • Pentadbiran sendiri (mengambil pekerja termasuklah mak cik-mak cik DM dengan membayar gaji kepada mereka atas kapasiti kolej kediaman masing-masing)
  • Bil elektrik yang sepenuhnya dibayar oleh pihak kolej kediaman, hanya bil air sahaja dibayar oleh universiti.

Bagi menangani isu ini, salah satu faktor diambil adalah dengan mencadangkan penutupan DEWAN MAKAN. Kajian pernah dibuat oleh pihak kolej kediaman bahawa harga runcit barangan keperluan yang meningkat menyebabkan harga yang RELEVAN ADALAH SEKITAR RM16.50 SEHARI DAN INI SUDAH PASTI MENGUNDANG KEPADA KEMARAHAN PELAJAR SEKIRANYA HARGA INI BERLAKU !!! Tetapi hakikatnya, dengan RM3.50 untuk menampung segala peralatan bahan-bahan dapur sudah tidak cukup lagi memandangkan perubahan harga pasaran bahan-bahan masak. Akibatnya, kolej kediaman mengalami kerugian setiap tahun hingga berjuta-juta ringgit. Perlu diingatkan bahawa yuran anda adalah sepenuhnya dibelanjakan untuk fasiliti kolej kediaman, urusan pentabdiran termasuklah bayaran gaji pekerja, projek-projek kegiatan pelajar dan hal-hal sewaktu dengannya.

Secara logiknya, sekiranya mahasiswa ingin melihat kepada pengurangan harga yuran bagi kolej kediaman ianya sebenarnyasudah relevan dengan keperluan semasa. Tetapi masih ramai lagi pihak yang tidak tahu dan cuba menjadikan isu ini seperti barah seolah-olah tiada ubat. Justeru itu, saya mohon pandangan saudar-saudari yang budiman lagi bijaksana, apakah langkah untuk menutup DM di semua kolej relevan atau tidak untuk melihat masalah kerugian kolej kediaman tidak akan berlaku lagi di samping harga yuran dapat dikurangkan pada kadar yang lebih rendah.

Dalam hal ini, SPKUM pimpinan saudara Fahmi Adilah yang lepas telah membuat kajian kepada setiap kolej kediaman dan hasilnya terdapat beberapa kolej kediaman penghuninya mohon menutup dewan makan seperti apa yang berlaku ke atas kolej ke-9. Dan apa kali ini, MPMUM dengan kerjasama SPKUM turut membuat kajian yang sama untuk medapatkan 'feedback' yang terbaru dan hasilnya masih lagi dalam proses. Tetapi setakat ini, rata-rata mahasiswa ingin DEWAN MAKAN KEKAL seperti biasa. Ini sudah pasti, jimat wang dan makanan sudah tersedia.

Sekali lagi, saya mohon kepada warga UM yang prihatin dengan isu ini untuk berikan pandangan dan saya akan cuba lakukan sesuatu berdasarkan pandangan ataupun cadangan kalian. Saya amat yakin, isu yuran ini dihadapi dan cuba diselesaikan setiap tahun oleh barisan pimpinan pelajar termasuk MPMUM yang lepas dan juga JTK kolej kediaman. Akhir kata, sama-sama kita berbincang secara ilmiah dan apa yang saya kongsikan ini untuk memberi makluman situasi yang sebenar kepada semua. Sekian, harap maklum.

"MEMANIFESTASI KECEMERLANGAN, MEMARTABATKAN KEGEMILANGAN"

Yang benar,

KHAIRUL ANUAR ABU KASIM

YDP MPMUM 2009/2010.

On the 12th of November, The URCUM again hosted a visit from SSEAYP, South East Asia Youth Programme of 41 members at our Asian Art Museum. The solo exhibition of a Malaysia artist, Mr Soh Boon Kiong was also being held there during that time.

SSEAYP is organized by the Japanese Government bringing youth ranging from 18 to 30 years of age, from Japan and 10 Asean countries, on the ship MS Nippon Maru for 53 days to visit and learn about other countries.

Here, our officer is giving them a brief introduction on the exhibits in our museum.

The participants are trying out our local musical instrument
at the 3rd floor of the museum.


RAIKAN KEMERIAHAN DEEPAVALI

DENGAN RASA GEMBIRA DAN BERSAMA-SAMA.

Mesyuarat Pelajar Luar Kampus anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah diadakan baru-baru ini dan selaku badan pelajar yang bertanggungjawab, MPMUM bersama beberapa wakil mahasiswa luar kampus telah di panggil untuk menghadiri ke mesyuarat tersebut. Hasil mesyuarat tersebut, terdapat beberapa resolusi yang telah dipersetujui oleh semua yang hadir iaitu :
  1. Kempen pemetaan pelajar luar kampus akan dijalankan pada 26 Oktober sehingga 10 Disember 2010. Semua pelajar bolehlah mendapatkan borang kaji selidik di fakulti masing-masing. MPMUM akan turut menghebahkan perkara-perkara berkaitan ini kepada seluruh warga kampus.
  2. Cadangan menubuhkan satu unit pentadbiran khusus bagi pelajar luar kampus dan hal ini lebih memudahkan bagi pengurusan yang membabitkan pelajar luar kampus. Tugasan ini telah pun diberikan kepada YDP MPMUM serta saudara Izzudin Helmi untuk sama-sama mengusulkan idea baru bagi merealisasikan pusat tersebut.
  3. Pendaftaran secara online bagi setiap semester juga akan dijalankan bagi memastikan maklumat pelajar sentiasa dikemaskini dan memudahkan segala urusan kelak.
Manakala itu baru-baru ini YDP MPMUM bersama-sama wakil HEPA telah melawat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bagi meninjau keberhasilan Non-Residential Student Office di sana. Menerusi lawatan ini, kami telah dimaklumkan bahawa pihak HEPA sana telah menempatkan satu pusat kegiatan bagi pelajar luar kampus dengan bangunan setinggi 3 tingkat di dalam kampus. Selain itu, setelah hampir 4 tahun menjalankan proses penambahbaikan, pelajar yang mendaftar di NR ini adalah hampir mencecah 22 ribu pelajar bagi pelajar ijazah pertama. Sehubungan itu, UM melalui MPMUM dengan kerjasama HEPA akan berganding bahu bagi memastikan pelajar luar kampus di UM akan terus dibela dan dijaga kebajikan mereka.





Baru-baru ini, exco Sukan, Kebudayaan & Kesenian MPMUM telah menganjurkan program Malam Kebudayaan Islam (MPI), dengan tajuk teaternya iaitu "Menunggu Kata Dari Tuhan". Secara umumnya, program ini dijalankan dengan kerjasama pelajar tahun terakhir Pusat kebudayaan Universiti Malaya dengan menggariskan beberapa obejektif utama iaitu :
  1. Mencuba idea-idea baru dalam memperkembangkan dan menjadikan budaya Islam agar diterima oleh semua pihak.
  2. Mencari pendekatan terkini yang lebih sesuia dalam menyebarkan syariat Islam kepada generasi baru.
  3. Memberi pendedahan kisah-kisah berunsurkan Islam di kalangan mahasiswa untuk dijadikan panduan dalam aktiviti seharian.
Teater "Menunggu Kata Dari Tuhan", merupakan karya Dinsman yang dilakonkan oleh saudara Azrol Azahar. Teater ini telah diarahkan oleh Che Zehan. Program ini juga turut dihadiri oleh Tan Sri Pro-Canselor UM, Tan Sri Norma Yaakub dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti, Tan Sri Arshad Ayub serta barisan Timbalan Naib Canselor UM.
Pada 23 Oktober yang lalu, MPMUM telah meneruskan lagi program berbentuk kerohaniannya untuk pelajar muslim melalui program Kelas Fardu Ain 2010 (KAFA 2010). Bertempat di Dewan Kuliah A Fakulti Sastera & Sains Sosial, tajuk yang dibincangkan iaitu "Budaya Couple, Antara Fitrah & Fitnah" dengan menampilkan dua penceramah hebat iaitu Ustaz Paqrol Mohd. Juoi dan Ustazah Fatimah Syarha Mohd. Nordin. Ini merupakan kelas KAFA kali ke-5 dan terakhir bagi semester ini. Berikut adalah gambar sekitar program berlangsung :








Pada 22 hingga 24 Oktober yang lalu, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah menghadiri kursus Kepimpinan & Kemahiran Organisasi Mahasiswa di Bagan Lalang, Sepang anjuran bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya. Kursus ini yang turut dihadiri oleh wakil kolej kediaman dan beberapa persatuan pelajar bertujuan untuk memberi pendedahan cara-cara pengendalian organisasi termasuklah kemahiran komunikasi, kemahiran penulisan dan kemahiran kepimpinan.

Rata-rata para peserta yang hadir ke kursus ini rasa sungguh bertuah dan amat berguna kerana banyak perkara-perkara baru yang telah dipelajari sepanjang kursus di sana. Tambahan pula, masih ramai lagi barisan pemimpin pelajar di UM yang tidak mengetahui beberapa prosedur penting dalam mentadbir organisasi seperti cara penulisan kertas kerja projek, pengurusan kewangan, kemahiran berkerja berpasukan dan sebagainya.


Sementara itu, TNC HEPA Prof. Dr. Rohana Yusof telah mengingatkan kepada semua pemimpin mahasiswa bahawa mereka menjadi tunggak belakang kepada kejayaan sesusatu universiti. Kita bukan hanya mahu menjadi universiti terbaik di dunia tetapi juga mahu melahirkan generasi pemimpin yang mampu mentadbir negara mahupun di serta dunia.

Pelbagai topik yang telah dibincangkan seperti taklimat dari Majlis Keselamatan Negara, sistem kepelbagaian budaya dan bangsa di dalam mahasiswa serta protokol majlis. Ini merupakan program fasa yang pertama dan fasa kedua juga akan melibatkan pemimpin mahasiswa yang akan dijalankan pada 31 Oktober hingga 2 Novermber kelak.
Pada 21 dan 22 Oktober yang lalu, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya telah menerima kunjungan daripada negara jiran kita iaitu Badan Eksekutif Mahasiswa UniversitiGadjah Mada Indonesia. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kedua-dua universiti, bertukar pandangan dan idea serta membincangkan perkara-perkara kemahasiswaan bagi kedua-dua universiti mahupun negara.

Pada kunjungan ini, beberapa perbincangan di kedua-dua pihak telah diadakan antara lain untuk mengkaji sistem kepimpinan mahasiswa yang telah digunapakai oleh setiap universiti. Antara yang disentuh termasuklah berkaitan pemilihan badan eksekutif di setiap universiti, corak pentadbiran yang jelas ketara, agenda yang akan ditekankan serta kesinambungan kepimpinan di universiti kepada negara. Dalam pada itu juga, badan eksekutif UGM telah menyampaikan hasrat mereka untuk mengadakan satu persidangan pemimpin mahasiswa dengan melibatkan universit-universiti seluruh negara-negara Asian dan dijangkakan akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Antara skop yang menjadi perbincangan termasuklah peranan mahasiswa terhadap isu ekonomi, alam sekitar dan sosio-budaya setempat.

Kunjungan badan eksekutif ini juga amat bermakna apabila mereka turut sempat bertemu dengan pengurusan tertinggi universiti di program Malam Penghayatan Islam anjuran MPMUM di Taman Budaya Kuala Lumpur. Mereka telah bertemu Tan Sri Pro-Canselor UM, Tan Sri Norma Yaakob dan Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Datuk Seri Hj. Arshad Ayub serta barisan Timbalan Naib Canselor UM yang sudi hadir ke majlis tersebut. Mereka juga merasa amat berbangga dengan setiap detik ketika berada di bumi Universiti Malaya serta turut menjemput MPMUM untuk melawat ke Universiti Gadjah Mada kelak.
Pada 19 Oktober yang lalu, MPMUM bersama-sama wakil kolej kediaman telah mengadakan perjumapaan bersama-sama barisan pentadbiran Keselamatan Universiti Malaya. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan masalah-masalah kecurian yang semakin kerap berlaku di dalam kampus serta masalah-masalah keselamatan yang berkaitan dengan PTj ini. Perjumpaan yang pada awalnya ingin di hadiri oleh Ketua Keselamatan UM sendiri, En. Noor Mohammad tetapi akhirnya beliau tidak dapat hadiri disebabkan oleh hal-hal tertentu.

Terdapat beberapa perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini dan berikut adalah beberapa perkara yang telah disentuh :

  1. Dimaklumkan bahawa tujuan CCTV yang ada hanyalah untuk tujuan mencegah dan penyiasatan. Hanya terdapat 28 buah kamera yang dikawal oleh pihak keselamatan. (no mans land).
  2. Dimaklumkan bahawa pihak keselamatan sukar untuk membuat tindakan memandangkan ramai pelajar yang tidak membawa kad matrik walaupun mempunyai pelekat kerendaan. Hal ini bagi mengelakkan pelekat kenderaan yang palsu dan tidak sah. CADANGAN UNTUK PENGUATKUASAAN KAD MATRIK DI KESEMUA PINTU MASUK KAMPUS UM.
  3. Mesyuarat dimaklumkan bahawa motorsikal jenis Honda EX5 dan Yamaha LC 135 menjadi antara motorsikal yang kerap dicuri dan kebanyakannya berpunca daripada pelajar sendiri akibat cuai. (tinggal kunci). KAWALAN YANG LEBIH KETAT DI PINTU MASUK UM.
  4. Mesyuarat dimaklumkan bahawa bayaran maksimum clamp adalah sebanyak RM 100 dan RM 50 mengikut budi bicara pegawai keselamatan sendiri. Namun, pihak keselamatan dalam proses mencadangkan supaya ianya diturunkan kepada RM 30 tetapi bagi kes kecuaian maksimum RM 50 akan dikenakan sebagai pengajaran.
  5. Pondok keselamatan di setiap kolej kediaman tidak berfungsi. Bagi hal ini, pihak keselamatan menjelaskan bahawa hal ini adalah berkaitan dengan kuasa autoriti pentadbiran kolej kediaman untuk membayar gaji pengawal yang dilantik, namun rata-rata kolej tidak mempunyai pengawal keselamatan sendiri.

Dalam pada itu, pihak keselamatan turut menwar-warkan tentang kewujudan laman sesawang untuk dihubungi kepada pihak mereka iaitu melalui facebook yang dikendalikan sendiri oleh Ketua Keselamatan Um sendiri. Di barisan MPMUM, kami menganggap masalah keselamatan mahasiswa di dalam kampus adalah sangat penting dan kami bersedia untuk memberikan penekanan yang utama, membantu serta melakukan tindakan untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan demi kebajikan mahasiswa.

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10