Selamat Datang



Merujuk kepada artikel “MPMUM tidak prihatin masalah mahasiswa” bilangan 41 bertarikh 21-27 Oktober 2010, kami Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 2009/2010 ingin memberi penjelasan lanjut berkaitan aduan yang telah di kemukakan oleh mahasiswa tersebut. Untuk makluman semua, terdapat beberapa perkara yang MPMUM perlu jelaskan iaitu :

  • Pihak kami tidak menerima sebarang aduan daripada pelajar mengenai kejadian tersebut kerana setiap maklumat kebajikan pelajar akan direkodkan oleh pihak kami. Kelazimannya kami akan bertindak segera apabila sesuatu kejadian buruk yang telah menimpa mahasiswa di UM. Pihak kami sentiasa berusaha untuk membantu mahasiswa selain memohon kerjasama dengan pihak pengurusan universiti.
  • Mahasiswa yang terlibat tidak memberi laporan yang spesifik berkaitan isu dibuang kolej kediaman. Sekiranya berlaku kejadian sedemikian, pelajar perlulah menentukan kolej yang terlibat dan kami akan cuba dapatkan laporan daripada pihak kolej. Sebaliknya di dalam artikel tersebut tidak dilampirkan kolej terlibat dan sebab mengapa beliau dibuang daripada kolej itu. Tambahan pula, kolej kediaman biasanya tidak membuang mahasiswa sesuka hati terutamanya bagi mereka yang aktif kerana terdapat sistem merit yang digunakan oleh setiap kolej kediaman bagi tujuan penilaian kemasukan kolej nanti.
  • Kejadian kecurian yang berlaku di rumah sewa beliau adalah menjadi tanggungjawab untuk membuat laporan dengan pihak polis. Di pihak MPMUM, kami akan membantu mahasiswa untuk mendapatkan permohonan bantuan daripada pihak universiti bagi meringankan beban daripada Seksyen Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

Pihak kami bersedia membantu pelajar yang ditimpa masalah dengan menerimanya secara terbuka. Malah kami mengakui akan tanggungjawab yang telah diberikan oleh mahasiswa di kampus perdana ini kepada MPMUM. Sekiranya mahasiswa lain mempunyai masalah, bolehlah berjumpa pihak kami yang betul dan bukannya berjumpa dengan mana-mana pihak lain yang bukan menyelasaikan masalah ini. Sekian, harap maklum.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10