Selamat Datang


Pada 19 Oktober yang lalu, MPMUM bersama-sama wakil kolej kediaman telah mengadakan perjumapaan bersama-sama barisan pentadbiran Keselamatan Universiti Malaya. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan masalah-masalah kecurian yang semakin kerap berlaku di dalam kampus serta masalah-masalah keselamatan yang berkaitan dengan PTj ini. Perjumpaan yang pada awalnya ingin di hadiri oleh Ketua Keselamatan UM sendiri, En. Noor Mohammad tetapi akhirnya beliau tidak dapat hadiri disebabkan oleh hal-hal tertentu.

Terdapat beberapa perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini dan berikut adalah beberapa perkara yang telah disentuh :

  1. Dimaklumkan bahawa tujuan CCTV yang ada hanyalah untuk tujuan mencegah dan penyiasatan. Hanya terdapat 28 buah kamera yang dikawal oleh pihak keselamatan. (no mans land).
  2. Dimaklumkan bahawa pihak keselamatan sukar untuk membuat tindakan memandangkan ramai pelajar yang tidak membawa kad matrik walaupun mempunyai pelekat kerendaan. Hal ini bagi mengelakkan pelekat kenderaan yang palsu dan tidak sah. CADANGAN UNTUK PENGUATKUASAAN KAD MATRIK DI KESEMUA PINTU MASUK KAMPUS UM.
  3. Mesyuarat dimaklumkan bahawa motorsikal jenis Honda EX5 dan Yamaha LC 135 menjadi antara motorsikal yang kerap dicuri dan kebanyakannya berpunca daripada pelajar sendiri akibat cuai. (tinggal kunci). KAWALAN YANG LEBIH KETAT DI PINTU MASUK UM.
  4. Mesyuarat dimaklumkan bahawa bayaran maksimum clamp adalah sebanyak RM 100 dan RM 50 mengikut budi bicara pegawai keselamatan sendiri. Namun, pihak keselamatan dalam proses mencadangkan supaya ianya diturunkan kepada RM 30 tetapi bagi kes kecuaian maksimum RM 50 akan dikenakan sebagai pengajaran.
  5. Pondok keselamatan di setiap kolej kediaman tidak berfungsi. Bagi hal ini, pihak keselamatan menjelaskan bahawa hal ini adalah berkaitan dengan kuasa autoriti pentadbiran kolej kediaman untuk membayar gaji pengawal yang dilantik, namun rata-rata kolej tidak mempunyai pengawal keselamatan sendiri.

Dalam pada itu, pihak keselamatan turut menwar-warkan tentang kewujudan laman sesawang untuk dihubungi kepada pihak mereka iaitu melalui facebook yang dikendalikan sendiri oleh Ketua Keselamatan Um sendiri. Di barisan MPMUM, kami menganggap masalah keselamatan mahasiswa di dalam kampus adalah sangat penting dan kami bersedia untuk memberikan penekanan yang utama, membantu serta melakukan tindakan untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan demi kebajikan mahasiswa.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10