Selamat Datang


Pada 21 dan 22 Oktober yang lalu, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya telah menerima kunjungan daripada negara jiran kita iaitu Badan Eksekutif Mahasiswa UniversitiGadjah Mada Indonesia. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kedua-dua universiti, bertukar pandangan dan idea serta membincangkan perkara-perkara kemahasiswaan bagi kedua-dua universiti mahupun negara.

Pada kunjungan ini, beberapa perbincangan di kedua-dua pihak telah diadakan antara lain untuk mengkaji sistem kepimpinan mahasiswa yang telah digunapakai oleh setiap universiti. Antara yang disentuh termasuklah berkaitan pemilihan badan eksekutif di setiap universiti, corak pentadbiran yang jelas ketara, agenda yang akan ditekankan serta kesinambungan kepimpinan di universiti kepada negara. Dalam pada itu juga, badan eksekutif UGM telah menyampaikan hasrat mereka untuk mengadakan satu persidangan pemimpin mahasiswa dengan melibatkan universit-universiti seluruh negara-negara Asian dan dijangkakan akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Antara skop yang menjadi perbincangan termasuklah peranan mahasiswa terhadap isu ekonomi, alam sekitar dan sosio-budaya setempat.

Kunjungan badan eksekutif ini juga amat bermakna apabila mereka turut sempat bertemu dengan pengurusan tertinggi universiti di program Malam Penghayatan Islam anjuran MPMUM di Taman Budaya Kuala Lumpur. Mereka telah bertemu Tan Sri Pro-Canselor UM, Tan Sri Norma Yaakob dan Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Datuk Seri Hj. Arshad Ayub serta barisan Timbalan Naib Canselor UM yang sudi hadir ke majlis tersebut. Mereka juga merasa amat berbangga dengan setiap detik ketika berada di bumi Universiti Malaya serta turut menjemput MPMUM untuk melawat ke Universiti Gadjah Mada kelak.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10