Yang Dipertua MPMUM, saudara Khairul Anuar telah mengambil tindakan berkaitan isu kecurian yang semakin kerap berlaku di dalam kampus dengan mengusulkan aduan kepada pihak pengurusan universiti. Di antara beliau usulkan adlaah beberapa cadangan bagi meningkatkan kualiti tahap keselamatan di kampus kita. Di antara cadangan beliau :
- Memperketatkan laluan masuk dan keluar khususnya di pintu pagar utama di sebelah malam mulai jam 1.00 pagi. Pengawal keselamatan di pintu utama perlu meminta kad matrik, masih tidak cukup dengan mempamerkan 'sticker' kenderaan bagi semua kenderaan yang ingin masuk dan keluar.
- Memaksimakan penggunaan CC TV di dalam kampus. Saya pernah berbual dengan salah seorang pengawal keselamatan bahawa di UM terdapat CC TV di dalam kampus dan saya tidak pasti sama ada ianya berfungsi sepenuhnya atau tidak. Lokasi-lokasi yang tinggi kebarangkalian untuk berlaku kejadian kecurian perlulah diberikan perhatian serius.
- Cadangan pihak keselamatan untuk membuat 'parking' khas bagi motosikal (ura-ura) di masa hadapan perlu diteruskan bagi memastikan kes ini dapat dibendung lagi.
- Perlu wujud satu panggilan 'hotline' 24 jam untuk sebarang aduan kepada pihak berkenaan, misalnya pihak keselamatan. Namun demikian juga, jika di kolej masih ramai pelajar yang tidak peka dengan penyelia-penyelia yang bertugas (sikap tidak peduli), akhirnya sering menyalahkan pihak berkaitan kerana lambat ambil tindakan atau sebagai. Perlu kajian untuk mencari satu mekanisma yang lebih komprehensif.
- Kecurian banyak berlaku pada waktu siang
- Kejadian terbaru,di kolej kediaman 12 [mereka sudah ada kamera, tetapi sukar untuk kenal penjenayah].
- Jeni sasaran, motorsikal baru sahaja [Honda dan Yamaha LC 135]
- Manakala itu, setiap minggu ada kes pelajar tertinggal kunci pada motorsikal.
Pihak keselamatan juga telah berkata besedia untuk duduk semeja dan berbincang dengan MPMUM serta presiden-presiden kolej kediaman bagi membincangkan perkara ini dengan lebih telus dan mendapatkan kaedah yang komprehensif.Untuk sebarang aduan keselamatan, bolehlah berhubung terus dengan pejabat keselamatan di talian ini 03-7967 7070.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST