Selamat Datang


Baru-baru ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah mengadakan satu perbincangan bagi hal-hal kebajikan luar kampus. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan wakil Seksyen Kemasukan dan Rekod (SKR) dan Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Tujuan utama mesyuarat ini di adakan adalah bagi membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pelajar-pelajar UM yang tinggal di kampus terutamanya dari aspek perolehan data maklumat pelajar luar kampus.

Antara agenda yang dibincangkan merangkumi perkara-perkara berikut :
  • Pihak HEPA akan menyediakan sepanduk untuk hebahan kepada semua masyarakat sekitar UM yang ingin menyewakan rumah atau bilik kepada pelajar-pelajar. Hal ini kerana pihak HEPA merasakan perlu wujudnya satu sistem data rumah yang boleh disewakan kepada pelajar. Data ini akan diperolehi melalui bantuan masyarakat luar serta pelajar-pelajar yang mungkin akan keluar dari rumah yang disewa.
  • Selain itu, bagi memudahkan penyaluran maklumat-maklumat pelajar luar kampus terutamanya ketika waktu kecemasan maka pihak HEPA dengan bantuan pihak SKR dan PTM akan cuba untuk membuat satu data khas bagi pelajar luar kampus. Maklumat ini termasuklah lokasi rumah dan juga bilangan penghuninya. Sebagai contoh, kejadian kebakaran melibatkan pelajar luar tidak diketahui oleh pihak HEPA hinggakan terpaksa mendapatkan bantuan dari pihak polis.
  • Membuat satu borang kaji selidik yang akan memberi maklumat keperluan pelajar.
  • Cadangan untuk memperkasakan persatuan pelajar luar kampus (PUSPITA) yang telah tenggelam keaktifannya, sebaliknya memurnikan bersama-sama persatuan-persatuan luar yang lain seperti kesatuan mahasiswa kerinchi (KMK).
  • Membantu daripada semua aspek termasuklah khidmat bas dan seumpamanya.
Dalam hal ini, statistik yang dikeluarkan oleh pihak SKR sehingga kini menunjukkan seramai 6000 pelajar ijazah pertama tinggal di luar. Bilangan yang ramai ini sudah pasti berlaku pelbagai masalah yang perlu diselesaikan bersama.

Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang menjadi masalah untuk menyediakan data pelajar luar kampus antaranya pelajar tidak mengemas kini data maklumat tempat tinggal mereka selain daripada tidak memberi maklumat kepada saluran yang betul sekiranya berlaku kecemasan.

MPMUM akan memastikan kebajikan pelajar luar kampus dibela, walaupun berlain ideologi sekalipun. Sesiapa MPMUM yang menyelesaikan masalah kebajikan pelajar tidak kira daripada kumpulan mana, tetapi mereka masih lagi dibawah naungan MPMUM. Harap maklum.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10