Selamat Datang


Pada hari Isnin yang lalu, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah menganjurkan pertemuan bersama-sama semua persatuan bagi bangsa Cina dan India serta wakil kedua-dua kaum bagi setiap kolej kediaman.

Tujuan utama pertemuan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara semua pihak di samping memberi peluang kepada mereka yang hadir untuk mengajukan sebarang aduan, cadangan atau permasalahan.

Mesyuarat yang dijalankan telah berjalan dengan lancar dan baik. Pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh wakil pelajar antaranya berkaitan status kelab-kelab CC dan ICC bagi setiap kolej, menwujudkan satu program yang menggabungkan semua pihak yang terlibat, sistem merit dan isu polisi 'zero balance'.

Di peringkat MPMUM, mesyuarat yang diadakan ini bertujuan untuk lebih mengenali dengan lebih rapat dan mesra bersama-sama pimpinan pelajar khususnya bagi kedua-dua kaum. Rata-rata di antara mereka tidak kenal antara satu sama lain dan tidak mengetahui adanya program-program yang dijalankan oleh mana-mana pihak berkaitan. Selain itu, MPMUM amat memuji usaha bagi kedua-dua kaum ini kerana kebanyakkan program yang dijalankan adalah berjaya dan tidak banyak masalah. Malah yang lebih membanggakan mereka tidak sekalipun membelakangkan setiap prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10