Selamat Datang


Pada hari selasa yang lepas, Yang Dipetua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah melawat salah seorang daripada mangsa kemalangan ngeri yang menglibatkan kematian seramai 12 orang di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Kejadian yang berlaku diantara dua buah bas dan 4 kenderaan lain telah berlaku pada hari ahad iaitu 10 Oktober 2010. Kejadian ini juga turut menyebabkan beberapa mahasiswa Universi Malaya yang ingin pulang ke kampus terlibat sebagai mangsa kejadian.

Salah seorang daripadanya iaitu saudara Mohd. Firdaus Yaakub, pelajar tahun pertama daripada Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM) yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya hasil daripada usaha oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dan juga Klinik kesihatan Universiti Malaya. Menurut beliau, ketika kejadian berlaku beliau masih sedarkan diri dan tidak dapat membayangkan detik-detik pahit ketika kejadian berlaku. Sehingga kini menurut beliau lagi tidak dapat tidur kerana masih lagi teringatkan kejadian tersebut.

Sementara itu, seorang lagi mahasiswi UM yang turut menjadi mangsa kejadian tersebut, Nur Najlaa Aquilah Mohd. Ghazali kini sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana keadaan tangannya yang cedera akibat kemalangan tersebut. Seorang lagi mahasiswa UM kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan kini berada dalam keadaan stabil.


Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10