Selamat Datang


Pada hari ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan pertemuan empat mata bersama-sama dengan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) yang baru iaitu Prof. Dr. Kurunathan Ratnavelu yang telah menggantikan tempat Prof. Datuk Khoh yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada awal september yang lalu. Tujuan utama pertemuan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi TNC Pembangunan yang baru di samping membincangkan serta mengemukakan isu-isu berkaitan dengan pembangunan kepada beliau.

Ketika sesi pertemuan tersebut, MPMUM telah bertanya dan mengusulkan beberapa perkara kepada beliau antaranya iaitu :
  • Berkaitan dengan kes tanah runtuh di persimpangan kolej ke-7, dalam hal tersebut pihak JPPHB menyatakan bahawa masalah yang berlaku kini adalah untuk kerja-kerja penambahbaikan adalah di bawah tanggungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kerja-kerja akan dibuatkan setelah DBKL dapat selesaikan perkara-perkara berikut. Sebelum itu, pihak MPMUM telah dimaklumkan tentang kerja-kerja pembaikian akan siap selepas cuti raya, tetapi keadaan masih kekal sehingga kini.
  • Penggunaan bangunan Wisma R & D di hadapan stesyen minyak BHB dan dimaklumkan bahawa wisma tersebut telah mula digunakan pada minggu ini. Selain itu, PTJ yang telibat akan mula bergerak masuk ke bangunan tersebut secara beransur-ansur.
  • Bangunan runtuh di APIUM pada 2008 masih lagi di dalam proses dan akan dibina semula tidak lama lagi.
  • Cadangan untuk membesarkan masjid di APIUM akan dilihat serta dikaji semula memandangkan Prof. masih lagi baru di pejabatnya.
  • Pusat kebudayaan masih lagi dalam proses untuk mendapatkan tempat baru yang telah lama diperjuangkan oleh pusat sekian lamanya.
Ketika pertemuan itu juga, MPMUM telah menghantar beberapa kertas kerja cadangan kepada beliau. Antaranya, YDP MPMUM Khairul Anuar Abu Kasim telah memohon agar disegerakan pembinaan perhentian bas berbumbung di kawasan yang telah dikenal pasti. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar dibina skrin gergasi di dalam kampus sama ada diletakkan di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur atau Dewan Tunku Canselor (DTC). Hal ini kerana bagi tujuan memudahkan hebahan kepada seluruh warga kampus. Selain itu juga, wakil daripada fakulti kejuruteraan yang juga merupakan Naib Yang Dipertua saudara Tee Woi Keat turut menghantar kertas kerja bagi cadangan pembangunan di fakulti beliau. Fakulti Undang-Undang juga turut menghantar kertas kerja kepada pihak beliau.

Selain itu juga, Prof telah berjanji yang beliau akan terus membantu pelajar di UM bagi tujuan pembangunan yang lebih baik di seluruh kampus. Beliau juga berharap, semua pelajar di UM mengamalkan daya kerja dan pemikiran secara inovasi kerana sekiranya untuk menjadi sebuah universiti terbaik bukan hanya di nilai daripada produktiviti sahaja tetapi juga diukur daripada mentaliti golongan yang berada di dalamnya.

Ketika tinjauan kami ke pejabat beliau juga, kami juga telah melihat beberapa replika untuk pembangunan sekitar kampus yang semakin giat aktif dijalankan. Sebagai contoh, pembinaan stadium UM yang giat dijalankan, pembinaan bangunan canselori yang baru, dewan besar serta bangunan peperiksaan baru. Kesemua ini adalah termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) dan sehingga kini 26 projek yang sedang giat dijalankan.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10