Selamat Datang


PUTRAJAYA: Malaysia akan mula menghantar pelajarnya mengikuti kursus menerusi Program Mobiliti Malaysia, Indonesia dan Thailand, iaitu 11 universiti di Indonesia dan enam universiti di Thailand pada tahun depan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, program itu membolehkan pelajar terbabit menghabiskan pengajian satu semester di universiti di Thailand dan Indonesia.


Katanya, pada masa ini, terdapat 46 pelajar Indonesia dan 13 pelajar Thailand sedang mengikuti pengajian di universiti di negara ini menerusi program berkenaan dengan tempoh masa pengajian sama iaitu satu semester.

“Program perintis itu bukan saja dapat meningkatkan kerjasama dalam sektor pengajian tinggi, malah mendedahkan pelajar kepada keunikan budaya dan merapatkan hubungan rakyat antara tiga negara berkenaan.

“Pelajar ini adalah pemimpin masa depan. Ini satu gerakan yang baik yang boleh mengeratkan hubungan khasnya antara Malaysia dan Indonesia.


“Walaupun hubungan dikeruhkan dengan insiden (tunjuk perasaan) BENDERA (Benteng Demokrasi Rakyat), Malaysia mempunyai kira-kira 10,000 pelajar Indonesia di negara ini dan saya percaya mereka mampu menjadi penghubung antara rakyat kedua negara,” katanya ketika merasmikan program perintis Program Mobiliti Malaysia, Indonesia dan Thailand di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.


Pada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang lalu, MPMUM telah mengusulkan kepada pihak KPT untuk memperkasakan Program Pertukaran Pelajar bagi pelajar IPT. Semoga semua pelajar yang terpilih diingatkan agar perlu untuk menggunakan peluang menyertai program ini dengan sebaik mungkin agar dapat dimanfaatkan di masa hadapan kelak.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10