Selamat Datang


Setiap tahun, Pesta Tanglung Universiti Malaya (PTUM) anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya akan diadakan secara gilang-gemilang. Pada kali ini, PTUM telah pun menjangkau usia yang ke-10 dengan temanya iaitu Kebudayaan Asas Perpaduan akan diadakan selama seminggu bermula 20 hingga 27 September di Dewan Tunku Canselor (DTC). Pengarah PTUM pada kali ini, adalah Chai Yong Soon, pelajar tahun dua daripada fakulti Ekonomi & Pentadbiran dengan dibantu lebih daripada 200 orang ahli jawatankuasanya. Setiap tahun pelbagai keunikan akan dibawa dan dipersembahkan buat pengunjung yang hadir ke pesta ini.

Berikut adalah senarai beberapa aktiviti-aktiviti yang menarik di mana pihak penganjur telah sediakan untuk seluruh warga kampus iaitu :
  • Malam perasmian PTUM yang telah dirasmikan oleh Y.B. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Pelbagai persembahan telah disajikan kepada hadirin yang hadir.
  • Eskpo dan pameran selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula daripada 21 hingga 24 Septermber 2010 bertempat di dataran Dewan Tunku Canselor.
  • Malam kemuncak iaitu malam persembahan kebudayaan Tiong Hua pada 27 September 2010 (isnin) di Dewan Tunku Canselor. Tiket bolehlah didapati di ekspo dengan harga bayaran sebanyak RM10. RM1 daripada tiket tersebut akan disumbangkan kepada badan kebajikan amal.
Di peringkat MPMUM, kami merasakan bahawa dengan pengajuran acara tradisi ini telah memberi peluang kepada warga kampus khususnya untuk lebih mengenali kebudayaan masyarakat cina. Inilah keunikan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dengan berlainan bahasa, budaya, kepercayaan dan adat resamnya. Kita tidak akan maju sekiranya setiap daripada masyarakat yang majmuk ini tidak bersatu hati dan bersedia membantu sesama kita dengan wujudnya nilai kepercayaan di antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) saudara Khairul Anuar Abu Kasim berkata, "Saya amat berasa bertuah dan kagum dengan persiapan dan juga perjalanan program PTUM tahun ini. Persembahan yang disajikan bukan sahaja mempamerkan kebudayaan masyarakat cina yang memukau tetapi ianya juga telah menjadikan mahasiswa lebih menghayati elemen perpaduan yang perlu dibudayakan di alam universiti ini. Hal ini kerana tanpa ada perpaduan yang utuh sudah pasti sikap perkauman dan prejudis akan mudah merebak tanpa mudah untuk dirawat sekiranya menular di dalam masyarakat kita". Beliau juga berkata inilah kali pertama berpeluang untuk menyaksikan PTUM lebih-lebih lagi apabila peluang ini datang apabila menjadi MPMUM. Syabas kepada penganjur terutamanya penasihat PTUM mewakili barisan MPMUM, saudara Tee Woi Keat dan pengarah PTUM, saudara Chai Yong Soon.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10