Selamat Datang


MASISNA, kalau suatu ketika dulu amat sinonim dengan Universiti Malaya memandangkan ianya salah satu daripada usaha yang dilakukan oleh mantan setiausaha MPMUM 2008/2009 iaitu Saudari Ayuni. beliau telah membentangkan kertas kerja bagi penubuhan MASISNA ketika Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang telah dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dengan jayanya, MASISNA telah ditubuhkan pada tahun lalu dan MPMUM 2008/2009 telah mengadakan aktiviti Festival Mahasiswi Universiti Malaya (FEMINA) pada tahun lalu.

Setelah berlaku beberapa masalah teknikal di atas penubuhan MASISNA tersebut, maka MPMUM sesi 2009/2010 telah usulkan kembali kepada pihak KPT dan MPPK pada tahun ini. Pada pada 25 September 2010 yang lalu, Universiti Malaysia Sabah telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi menyaksikan perlantikan organisasi MASISNA melibatkan semua universiti-universiti tempatan.

Berikut adalah jawatankuasa MASISNA 2010 yang telah dipilih di kalangan wakil MPP mahasiswi :

1) Pengerusi : Saudari Zuraini Zambri (Bendahari Agung UPSI)
2) Tim. Pengerusi : Saudari Nurnazihah Ja'afar (Naib Yang Dipertua 1 Unimap)
3) Setiausaha : Saudari Nurul Hayati Yusoff (Setiausaha Kerja)
4) Bendahari : Ali Aisyah Mohideen (Exco Unisza)
5) Publisiti & Dokumentari : Miana Mohd. Zainal (Setiausaha Unimas)


Menurut Zuraini, pengerusi MASISNA beliau berharap dengan penubuhan ini mahasiswi dapat mengetengahkan isu-isu mahasiswi di peringkat nasional. Beliau turut meminta bantuan daripada wakil MPMUM selaku penasihat MASISNA bagi menjelaskan lagi tujuan utama penubuhan MASISNA di samping membawa hala tuju yang berkaitan dengan MASISNA.

Manakala wakil MPMUM telah mengadakan beberapa perbincangan tertutup dengan wakil pihak KPT dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat bagi tujuan mengukuhkan lagi MASISNA ini. Hasi kata putus yang diperolehi adalah Institut Sosial Malaysia (ISM) telah bersedia untuk membantu bagi memastikan majlis ini bergerak dengan lebih lancar lagi.


Comment

THERE ARE 1 COMMENT FOR THIS POST

  1. iLiAiSyAhkaDir On October 3, 2010 at 7:06 PM

    salah eje name ku
    ili aisyah binti kadir mohideen.. .

     

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10