Musim perayaan sudah pasti memberi kegembiraan bagi setiap daripada kita khususnya mahasiswa. tetapi hakikat yang sebaliknya yang telah berlaku kepada beberapa rakan mahasiswa UM yang ditimpa musibah apabila rumah sewa mereka telah dibakar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurut salah seorang daripada mangsa tersebut, Mohd. Khairizul Packir Mohammad 23 tahun daripada APIUM berkata kejadian ini telah berlaku pada 8 September 2010 ketika rumah tersebut kosong daripada penghuninya. Menurutnya lagi, kejadian berlaku sekitar jam 5 hingga 6 pagi yang telah disedari oleh jiran-jiran berhampiran.
Kejadian ini telah menyebabkan rumah mereka hitam akibat kesan dibakar pada dinding ruang tamu dan juga salah satu bilik di dalamnya. Kebanyakkan yang telah hangus dibakar adalah almari serta buku-buku berserta rak dan juga tilam-tilam yang dijadikan sebagai punca api. Rumah yang mereka yang baru hanya disewa hampir dua bulan yang lalu ini telah didiami oleh 13 mahasiswa lelaki yang kesemuanya adalah penuntut daripada Akademi Pengajian Islam.
Kejadian ini masih di dalam siasatan oleh pihak polis kerana terdapat bukti unsur seperti sabotaj mungkin kerana permusuhan atau seumpamanya. Hal ini kerana, tiada satu bukti kejadian kecurian berlaku malah ketika kejadian kesemua motorsikal yang berada di dalam rumah tersebut tidak diusik serta tiada kehilangan wang berlaku.
Di pihak Hal Ehwal Pelajar & Alumni, TNC Prof. Dr. Rohana telah menyatakan kesediaan untuk membantu mangsa-mangsa kejadian ini selain itu telah berkesempatan bertemu dengan wakil tuan rumah ketika kunjungan kami petang tadi. Pihak wakil tuan rumah telah bersetuju untuk memberi rumah baru di kawasan perumahan tersebut. Kami di barisan MPMUM dengan kerjasama pengurusan HEPA telah merancang sekian lama untuk membuat satu sistem 'mapping' untuk pelajar luar kampus dan tindakan ini akan di ambil dalam masa terdekat demi menjaga kebajikan pelajar luar kampus. Pihak HEPA telah berurusan dengan YDP serta wakil exco, saudara Fadzil Jamal untuk sama-sama membantu dalam usaha ke arah projek ini.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST