Selamat Datang


Karnival 'U Have Talent' merupakan program yang dianjurkan dengan kerjasama antara Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dengan The Nationwide University Portal (Uonline). Program ini akan berlangsung selama dua hari iaitu telah bermula dari semalam hingga besok hari, iaitu pada 20 & 21 September 2010 bertempat di Auditorium Kompleks Perdanasiswa (KPS) bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Antara program yang dijalankan adalah jualan murah oleh pihak penaja seperti MPH bookshop, S & J shop, Silkyshop, Celcom, Beauty Talk dan banyak lagi. Untuk pertandingan ujibakat yang akan dijalankan ini, pemenang akan menerima hadiah berjumlah RM 10,000 bagi juara. Persembahan tersebut tidak mengira apa jenis persembahan, yang penting adalah seni termasuklah persemabahan traditional dan sebagainya.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10