Selamat Datang


Pada 24 hingga 26 September 2010, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dipilih sebagai tuan rumah berlangsungnya mesyuarat Jemaah YDP Semalaysia kali ke-4. Mesyuarat yang dijalankan hampir sekali sebulan ini adalah salah satu usaha pimpinan pelajar di peringkat universiti untuk membincangkan isu-isu kampus serta membabitkan isu nasional.

Mesyuarat kali ini telah membincangkan beberapa isu berkaitan di kampus dan nasional, antaranya :
  • Kes penglibatan mahasiswa dengan Jemaah Islamaiah (JI) yang semakin berleluasa di universiti. Hasil kajian dan siasatan yang dilakukan oleh beberapa universiti mendapati kegiatan kumpulan ini masih giat dijalankan tanpa disedari oleh pelajar. Kumpulan ini disyaki mendekati golongan tertentu sahaja bagi menyebarkan ideologi mereka. Selain itu, universiti telah diarahkan untuk membuat kajian atau 'trace' penglibatan pelajar-pelajar yang terlibat dengan kerjasama pihak polis.
  • Sistem merit bagi setiap universiti adalah berbeza dan dijalankan mengikut kepada keperluan. Rata-rata universiti menjalankan sistem ini berdasarkan keperluan untuk menginap di kolej kediaman. Walaupun begitu, semua MPP bersetuju dan akan mengesyorkan kepada pihak universiti masing-masing mahupun KPT dengan sistem merit yang diguna pakai du UITM. Sistem merit juga dijalankan bagi tujuan perolehan sijil kemahiran insaniah kepada pelajar di kampus mereka.
  • Cadangan agar pihak PTPTN perlu membuat kajian bagi tujuan memberikan bantuan kewangan berdasarkan kepada lokasi universiti masing-masing. Di samping itu, bagi pelajar yang belajar di seberang laut sama ada di Sabah, Sarawak mahupun Semenanjung perlulah diberikan bantuan tiket pergi dab balik setahun sama seperti yang dijalankan oleh pihak JPA atau mana-mana biasiswa lain.
  • Hasil lanjutan perbincangan Jemaah YDP yang lepas, satu program seminar Islamisasi Media Massa akan dijalankan pada hari Ahad (3 Oktober 2010) di Unisza Terengganu. Pembentang kertas kerja adalah Datuk Mahmood Zuhdi, tan Sri Harusani dan Tan Sri Jin Samsudin.
  • Isu cadangan CUEPACS untuk kenaikan umur pencen bagi penjawat kerajaan, di peringkat jemaah YDP menegaskan bahawa tindakan ini kurang tepat kerana masalah pengangguran yang akan bertambah. Selain itu, setiap pelajar perlulah menukar mentaliti mereka untuk bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata serta sikap sambil lewa ketika berada di alam pengajian.
  • Bantuan kemanusiaan di Pakistan, UMP akan menganjurkan konsert amal pada 10 Oktober 2010 bagi tujuan kutipan derma. Universiti-universiti lain turut akan menjalankan misi kemanusiaan lain seperti kutipan derma untuk bantuan kepada Palestin.
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah diwakili oleh saudara YDP, Khairul Anuar Abu Kasim. Turut hadir ke mesyuarat tersebut adalah Suadara Ilyas Zambri, Saudara Hairil Zainal Abidin dan Saudari Koo Wei Juin. Pihak kami telah menggesa kepada semua wakil delegasi semua pihak untuk sama-sama merealisasikan semua agenda-agenda yang telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10