Selamat Datang



Kepada Semua Mahasiswa/i Universiti Malaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mahasiswa/i,

PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN (TAHAP PERTAMA) KEPADA MAHASISWA/I UNIVERSITI MALAYA

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk pengetahuan mahasiswa/i Institut Kong Zi, Kampus Kota akan menganjurkan kelas Bahasa Mandarin tahap pertama kepada pelajar Universiti Malaya mulai 10 Januari 2011. Kelas ini akan berlangsung selama 10 minggu (40 jam) pada ketetapan berikut:

Kumpulan 1
Selasa (6 ptg - 8 mlm) dan Sabtu (10 pagi - 12 tgh hari)

Kumpulan 2
Rabu (6 ptg - 8 mlm) dan Sabtu ( 2 ptg - 4 ptg)

3. Kos pembelajaran bagi seorang pelajar hanya RM 268.00 bagi satu sesi pembelajaran. Jika dibandingkan dengan kursus yang sama dianjurkan oleh pihak swasta, kos pembelajaran adalah RM 1500.00.

4. Kami mencadangkan peluang pembelajaran ini dibuka kepada pelajar UM. Sukacita sekiranya mahu mendaftar mahasiswa/i boleh berhubung dengan Cik Iza Azween di talian 03-2698 2215 / 019-9266032 untuk tindakan selanjutnya.


Sekian, terima kasih


Yang benar,

-------------------------------------------------------------
PROF. MADYA DATUK DR. AZARAE HJ. IDRIS
Pengarah
Kong Zi Institute

Comment

THERE ARE 1 COMMENT FOR THIS POST

  1. Unknown On December 9, 2010 at 2:21 AM

    waaaaah, menarik. teringin lahh nk join :)

    soalan: sesi pembelajaran akan di adakan di mana?

     

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10