PERHATIAN KEPADA WARGA UM
Assalamu'alaikum/Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa PTM akan melakukan kerja-kerja elektrikal pada hari Ahad ini, 17hb Okt 2010 ,bermula jam 9:00 pagi sehingga 3:30 petang.
Oleh yang demikian, akan berlaku gangguan Perkhidmatan ICT(IT) UM (khidmat rangkaian, internet dan perkhidmatan IT- web, etc ) pada tarikh dan masa berkenaan.
Pengguna dinasihatkan agar tidak menggunakan perkhidmatan di atas pada tarikh dan masa yang dinyatakan.
PTM memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.
TAKLIMAT PENGISIAN DOKUMEN PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN JPA
BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) SESI 2010/2011
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengadakan Taklimat Pengisian Dokumen Perjanjian Biasiswa Persekutuan JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Sesi 2010/2011 pada ketetapan berikut:
Tarikh : 20 Oktober 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Kompleks Perdanasiswa UM
Para pelajar dikehendaki mendapatkan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Biasiswa Persekutuan JPA dari Pejabat Dekan, Akademi/Fakulti/Pusat masing-masing mulai hari Jumaat, 15 Oktober 2010. Pelajar juga dikehendaki hadir pada masa yang ditetapkan supaya sesi taklimat tersebut berjalan dengan lancar dan sila bawa bersama Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Biasiswa Persekutuan JPA.
Sekian, untuk perhatian dan makluman pelajar.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Malaya.
To all members of UM community,
This year the Eco Film Festival is being held at the University Malaya! The festival is organized by the environmental NGO, Ecoknights - with UM acting as a venue partner.
Free public screening of award winning environmental films for the ECO FILM FEST 2010 will be held from 11TH OCT & NDASH; 17TH OCT 2010. The free screenings will take place at the Main Lecture Hall of the Faculty of Economics and Administration, University Malaya. Please go to this link for the screening schedule http://ecofilmfest.my/screening-schedules.
Please grace us with your presence at the Eco Film Festival this year. Bring your loved ones along and let us all get together to enhance our understanding on environmental issues and increase our commitment for environmental protection! For more info about the festival, please go this website http://ecofilmfest.my/
Thank you.
Towards a greener UM, by UMCARES.
Pada hari Isnin yang lalu, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah menganjurkan pertemuan bersama-sama semua persatuan bagi bangsa Cina dan India serta wakil kedua-dua kaum bagi setiap kolej kediaman.
Tujuan utama pertemuan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara semua pihak di samping memberi peluang kepada mereka yang hadir untuk mengajukan sebarang aduan, cadangan atau permasalahan.
Mesyuarat yang dijalankan telah berjalan dengan lancar dan baik. Pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh wakil pelajar antaranya berkaitan status kelab-kelab CC dan ICC bagi setiap kolej, menwujudkan satu program yang menggabungkan semua pihak yang terlibat, sistem merit dan isu polisi 'zero balance'.
Di peringkat MPMUM, mesyuarat yang diadakan ini bertujuan untuk lebih mengenali dengan lebih rapat dan mesra bersama-sama pimpinan pelajar khususnya bagi kedua-dua kaum. Rata-rata di antara mereka tidak kenal antara satu sama lain dan tidak mengetahui adanya program-program yang dijalankan oleh mana-mana pihak berkaitan. Selain itu, MPMUM amat memuji usaha bagi kedua-dua kaum ini kerana kebanyakkan program yang dijalankan adalah berjaya dan tidak banyak masalah. Malah yang lebih membanggakan mereka tidak sekalipun membelakangkan setiap prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Pada hari ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan pertemuan empat mata bersama-sama dengan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) yang baru iaitu Prof. Dr. Kurunathan Ratnavelu yang telah menggantikan tempat Prof. Datuk Khoh yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada awal september yang lalu. Tujuan utama pertemuan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi TNC Pembangunan yang baru di samping membincangkan serta mengemukakan isu-isu berkaitan dengan pembangunan kepada beliau.
Ketika sesi pertemuan tersebut, MPMUM telah bertanya dan mengusulkan beberapa perkara kepada beliau antaranya iaitu :
- Berkaitan dengan kes tanah runtuh di persimpangan kolej ke-7, dalam hal tersebut pihak JPPHB menyatakan bahawa masalah yang berlaku kini adalah untuk kerja-kerja penambahbaikan adalah di bawah tanggungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kerja-kerja akan dibuatkan setelah DBKL dapat selesaikan perkara-perkara berikut. Sebelum itu, pihak MPMUM telah dimaklumkan tentang kerja-kerja pembaikian akan siap selepas cuti raya, tetapi keadaan masih kekal sehingga kini.
- Penggunaan bangunan Wisma R & D di hadapan stesyen minyak BHB dan dimaklumkan bahawa wisma tersebut telah mula digunakan pada minggu ini. Selain itu, PTJ yang telibat akan mula bergerak masuk ke bangunan tersebut secara beransur-ansur.
- Bangunan runtuh di APIUM pada 2008 masih lagi di dalam proses dan akan dibina semula tidak lama lagi.
- Cadangan untuk membesarkan masjid di APIUM akan dilihat serta dikaji semula memandangkan Prof. masih lagi baru di pejabatnya.
- Pusat kebudayaan masih lagi dalam proses untuk mendapatkan tempat baru yang telah lama diperjuangkan oleh pusat sekian lamanya.
Ketika pertemuan itu juga, MPMUM telah menghantar beberapa kertas kerja cadangan kepada beliau. Antaranya, YDP MPMUM Khairul Anuar Abu Kasim telah memohon agar disegerakan pembinaan perhentian bas berbumbung di kawasan yang telah dikenal pasti. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar dibina skrin gergasi di dalam kampus sama ada diletakkan di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur atau Dewan Tunku Canselor (DTC). Hal ini kerana bagi tujuan memudahkan hebahan kepada seluruh warga kampus. Selain itu juga, wakil daripada fakulti kejuruteraan yang juga merupakan Naib Yang Dipertua saudara Tee Woi Keat turut menghantar kertas kerja bagi cadangan pembangunan di fakulti beliau. Fakulti Undang-Undang juga turut menghantar kertas kerja kepada pihak beliau.
Selain itu juga, Prof telah berjanji yang beliau akan terus membantu pelajar di UM bagi tujuan pembangunan yang lebih baik di seluruh kampus. Beliau juga berharap, semua pelajar di UM mengamalkan daya kerja dan pemikiran secara inovasi kerana sekiranya untuk menjadi sebuah universiti terbaik bukan hanya di nilai daripada produktiviti sahaja tetapi juga diukur daripada mentaliti golongan yang berada di dalamnya.
Ketika tinjauan kami ke pejabat beliau juga, kami juga telah melihat beberapa replika untuk pembangunan sekitar kampus yang semakin giat aktif dijalankan. Sebagai contoh, pembinaan stadium UM yang giat dijalankan, pembinaan bangunan canselori yang baru, dewan besar serta bangunan peperiksaan baru. Kesemua ini adalah termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) dan sehingga kini 26 projek yang sedang giat dijalankan.
Untuk makluman semua peminjam, PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat. Sehubungan dengan itu bagi melancarkan proses penawaran tersebut peminjam dikehendaki mengemaskini maklumat yang diperlukan didalam laman web kemaskini Ujrah http://ww...w.ptptn.gov.my/gateway/ujrah.jsp
· Laman web ini hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 dan ke atas.
· Hanya peminjam yang belum melangsaikan pinjaman pada 1 Jun 2008 perlu memohon untuk penukaran kepada pembiayaan pendidikan PTPTN.
· Satu pautan khas akan dihantar melalui alamat emel yang didaftarkan supaya Tuan/Puan dapat mengisi maklumat-maklumat wajib untuk penukaran pinjaman kepada pembiayaan pendidikan PTPTN.
· Tuan/Puan mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang "Teruskan" bagi tujuan pendaftaran. Setiap pendaftaran yang telah dihantar TIDAK boleh dibuat pindaan lagi.
· Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455.
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM59.7 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa sebagai pelepasan kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang memperoleh ijazah kelas pertama, tahun ini.
Pelaksanaan dasar baru itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2010 tahun lalu bahawa kerajaan akan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf bermula tahun ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah penerima ganjaran setakat ini adalah berdasarkan perangkaan dari Januari hingga Julai lalu, dan bilangan itu dijangka bertambah menjelang akhir tahun ini apabila baki IPT lain mengumumkan keputusan pelajar masing-masing tidak lama lagi. Katanya, ganjaran itu diharap akan menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan.
Ini menunjukkan kerajaan bukan hanya memandang serius aspek kejayaan pelajar, tetapi turut mengambil inisiatif mendorong kecemerlangan dengan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa, katanya pada majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama dan Majlis Bersama Media anjuran PTPTN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan surat pelepasan berkenaan kepada 13 pelajar terbabit sebagai simbolik.
Selain itu, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan zakat RM100,000 oleh Bank Islam Malaysia Bhd kepada PTPTN untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi pelajar miskin. Menjelaskan lanjut pada sidang media, Mohamed Khaled berkata, pemberian ganjaran itu tidak menjejaskan dana pinjaman pendidikan kerana PTPTN sudah mengambil kira perkara itu dalam pelaksanaannya.
Katanya, PTPTN memberi jaminan selesaikan keseluruhan proses penurunan caj perkhidmatan pinjaman daripada tiga kepada satu peratus dan menyelaraskannya dengan kaedah syariah atau ujrah, menjelang Jun depan.
MPMUM telah berkesempatan untuk menghadiri ke program penyerahan kelas pertama tersebut dan menyambut usaha kerajaan ini sebagai salah langkah yang bagus. Kepada semua peminjam PTPTN, peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan seharusnya digunakan dengan sebaiknya.