Selamat Datang



Pada 14 - 16 mei yang lepas, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya telah menganjurkan Kem Pembantu Mahasiswa Fasa II untuk semua pembantu mahasiswa kolej kediaman termasuklah kolej nilam puri serta sentral. Kursus ini diadakan sekitar fakulti sains dan Ulu Yam melibatkan hampir 400 orang peserta. Kem ini yang menjadi acara tahunan bermatlamatkan untuk melatih bakal-bakal pembimbing mahasiswa yang baru agar dilengkapi dengan semangat berpasukan, bersedia dengan segala rintangan serta mewujudkan kerjasama di antara satu sama lain. Dijangkakan dua lagi siri yang dianjurkan oleh pihak HEPA dan kolej masing-masing sebelum berlangsung Minggu Haluansiswa 2010/2011 pada 4 Julai hingga 11 Julai. Kami di barisan MPMUM 2009/2010 ingin mengucapkan tahniah kepada semua barisan pembantu mahasiswa dan selamat menjalankan tanggungjawab anda dengan sebaiknya.


Sebahagian daripada pembantu mahasiswa yang hadir ketika sesi taklimat
atau latihan di dalam kumpulan (LDK) sepanjang kem dijalankan.


Berehat setelah penat melakukan tugasan.


Wakil pembantu mahasiswa dari kolej kediaman ke-11 serta beberapa
pembantu mahasiswa daripada adik-adik nilam puri.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10