Kursus Pengukuhan Organisasi MPP IPTA atau dikenali KPO anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)telah berlangsung pada 10 hingga 14 Mei 2010. Majlis Perwakilan telah menghantar 4 orang wakil daripada MPMUM ke program tersebut iaitu Noor Izzati (Pengerusi Exco Ekonomi, Keusahawanan dan Kerjaya), Maharathan (Exco Penginapan Luar Kampus), Rahman (Exco Penginapan Kolej Kediaman) serta Husna Khairani (Exco Antarabangsa dan Hubungan Korporat).Program ini melibatkan 19 IPTA dengan jumlah peserta sebanyak 67 orang.
Kursus KPO ini telah memilih Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi sebagai tuan rumah. Di antara aktiviti-aktiviti ala ketenteraan yang telah dijalankan oleh peserta sepanjang di sana termasuklah berkayak, berkawad, latihan jasmani, pengenalan ikhtiar hidup dan jenis khemah-khemash yang terdapat dalam tentera. Peserta juga berpeluang untuk mencuba latihan menembak menggunakan M-16 dalam jarak 100 meter dan juga tembak piring. Selain itu, peserta juga diberikan penekanan dari aspek kerohanian melalui kuliah-kuliah agama selepas solat subuh berjemaah dan juga selepas solat maghrib berjemaah.
Aktiviti indoor juga diadakan seperti ceramah kenegaraan, slot motivasi dari Tan Sri Jins Shamsudin serta ceramah dari KPT sendiri. Kesimpulan daripada program ini, peserta dapat meningkatkan tahap jati diri, mendisiplinkan diri, semangat berpasukan dan kepimpinan. Selain itu, peserta terdedah dengan sistem ketenteraan negara di samping dapat meningkatkan semangat patriotisme.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST