Selamat Datang



Salam dan selamat sejahtera.

Perhatian kepada semua staf dan pelajar. Pihak Perpustakaan Universiti Malaya akan mengadakan Karnival Perpustakaan 2010. Berikut adalah maklumat program yang bakal dijalankan :
  • Tarikh : 22 - 23 Julai 2010
  • Tempat : Perpustakaan
  • Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ketika karnival tersebut, salah satu program yang akan diadakan adalah Kempen Menderma Darah. Semua staf dan pelajar yang berminat untuk menderma darah dipersilakan dengan syarat mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak mempunyai penyakit darah tinggi dan jantung serta berusia di antara 18 tahun hingga 64 tahun. Oleh itu, pihak perpustakaan ingin mengalu-alukan kepada semua staf dan pelajar UM yang berminat untuk menjadi ahli jawatankuasa pelaksana program tersebut. Kepada yang berminat untuk menjadi AJK bolehlah berhubung dengan Pn. Norhayati Ahmah/ Cik Norhikmah Mazlan di talian 6568 atau emel melur@um.edu.my/emajemms@um.edu.my sebelum 23 Jun 2010 dengan memberi maklumat seperti berikut :

  • Nama
  • Nombor Pengenalan Diri
  • Nombor Telefon

Perhatian kepada pelajar, anda bolehlah merujuk kepada Perdana/Siswa Mail anda untuk makluman lebih lanjut. Ataupun semua pelajar bolehlah terus melayari kepada laman website ini http://mail.google.com/a/siswa.um.edu.my/#inbox/128b4491d1a00d58 .


"Memanifestasi Kecemerlangan, Memartabatkan Kegemilangan"

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10