- Memohon untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan/operasi klinik.
- Memberi perkhidmatan di klinik dengan baik dan mesra.
- Membuat satu talian panggilan kecemasan.
- Memohon untuk mengedarkan borang kaji selidik mutu perkhidmatan klinik kesihatan kepada pelajar.
- Mendapatkan penjelasan tentang pelan strategik Minggu Haluansiswa(MHS) jika wabak H1N1 terus berleluasa.
Resolusi yang perlu telah kami perolehi termasuklah :
- Pihak klinik kesihatan pelajar bersedia memberi khidmat yang terbaik serta efektif dalam membantu mahasiswa terutamanya dalam meningkatkan tahap kesihatan mahasiswa.
- Tempoh perkhidmatan : memandangkan pihak klinik mempunyai bilangan staf (17 orang sahaja) yang tidak mencukupi, ditambah pula tidak ada kuarters tempat tinggal bagi staf klinik kesihatan, maka pihak klinik tidak dapat memanjangkan tempoh perkhidmatan tersebut melainkan pihak universiti bersedia membantu dari segi kewangan membayar gaji pekerja serta tempat tinggal.
- Sikap pelajar : sikap pelajar yang terlalu 'demanding', mereka hadir ketika waktu operasi harian klinik yang tidak pada masanya, pelajar yang tidak mendaftar dengan klinik kesihatan ingin mengambil peluang menggunakan kemudahan klinik serta lain-lain lagi. Ingin dijelaskan disini, sikap pelajar juga memainkan peranan yang penting supaya kedua-dua pihak dapat memberi kerjasama yang baik. Sekiranya sikap pelajar menyusahkan pihak klinik, ini akan menyebabkan tahap mutu perkhidmatan akan terjejas.
- Kerjasama dengan pihak kolej : setiap kolej mempunyai staf sokongan yang boleh memberi bantuan kecemasan kepada pelajar terutamanya di waktu malam. Dalam hal ini, pelajar dilihat tidak ada hubungan yang baik dengan pihak pengurusan kolej, setiap penyelia khususnya sepatutnya memainkan peranan jika berlaku kecemasan di dalam kolej pada waktu luar operasi pihak klinik.
- Tahap rawatan oleh doktor : klinik kesihatan pelajar di UM tidak mempunyai fasiliti yang lengkap dan kebanyakkan lama jika dibandingkan dengan mana-mana hospital. Ada kes pelajar yang mengatakan doktor merawat acuh tidak acuh, dan penjelasan pihak klinik bahawa dengan ketiadaan fasiliti yang lengkap ini maka doktor hanya mampu membuat andaian/hipotersis awal sahaja melalui simptom yang terdapat pesakit. Tetapi jika kes pelajar itu dalam keadaan kronik, maka pihak klinik tidak teragak-agak untuk menghantar pelajar ke PPUM. Di harapkan pelajar jelas dengan situasi ini.
Kami juga telah mendapatkan penjelasan bahawa pihak klinik kesihatan pelajar UM sebenarnya adalah satu badan berkanun yang berlainan entiti dengan PPUM. Ini bermakna, soal kewangan dan juga pengurusan adalah berbeza bagi kedua-duanya. Ini bagi menjelaskan beberapa anggapan mahasiswa UM yang mengatakan bahawa klinik kesihatan adalah 'anak' kepada PPUM dan anggapan ini meleset sebenarnya.
Di pihak MPMUM, kami akan terus membantu mahasiswa untuk terus menyuarakan kebajikan anda dibela dan dijaga. Semoga dengan penjelasan ini, diharapkan semua pihak tidak lagi menuding jari, melabelkan 'si pesalah si pembetul' tetapi sebaliknya memahami dengan keadaan antara satu sama lain bagi memastikan kepentingan bersama dapat terjamin.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST