Selamat Datang


Salam dan selamat sejahtera semua. Kepada semua mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya yang saya kasihi sekalian, terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada yang masih mempunyai baki kertas untuk seminggu yang akan datang dan juga selamat bercuti kepada yang telah selamat menghabiskan peperiksaan pada semester ini.

Berbalik kepada isu ZERO BALANCE FOR COMING SESSION 2010/2011,pada minggu ini (hari selasa) kami pihak MPMUM telah dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat bersama pihak bendahari, skr, ptm serta unit hal ehwal pelajar. Matlamat utama mesyuarat tersebut adalah membincangkan tentang agenda zero balance yang akan berkuatkuasa mulai sesi depan.

Dalam mesyuarat tersebut, pihak bendahari telah menjelaskan bahawa pihak pengurusan tertinggi universiti telah memutuskan dalam mesyuarat bertarikh 12 Februari lepas untuk menyeragamkan zero balance kepada semua pelajar undergraduate mahupun postgraduate mulai sesis depan. Dan minit mesyuarat itu telah dikeluarkan pada bulan Mac yang lepas.

Antara faktor-faktor langkah ini diambil, iaitu pertama jumlah tunggakkan pelajar yang berhutang dengan pihak universiti hampir mencecah 13 juta ketika ini. Ini termasuklah hutang tertunggak daripada pelajar yang telah graduasi serta pelajar yang semasa di UM. Selain itu, ini adalah bertepatan dengan dasar peraturan universiti seperti yang tertakluk kepada peraturan universiti "setiap pelajar perlulah menjelaskan hutang" (boleh rujuk kepada buku peraturan universiti). Di samping itu, ini merupakan fasa yang terakhir iaitu sebelum ini universiti telah memberikan kelonggaran kepada pelajar untuk berhutang dengan universiti. Dan seterusnya, pada sesi 2007/2008 universiti telah menetapkan hutang tidak lebih daripada rm500 untuk membolehkan pelajar memperolehi slip masuk peperiksaan. Pada sesi yang akan datang ini, merupakan fasa terakhir untuk pihak universiti memperkasakan peraturan yang tidak dilakukan selama ini. Untuk makluman semua juga, universiti lain (USM, UUM, UIA, UPM) telah memperkenalkan sistem ini sejak bertahun-tahun lamanya.

Kalau ketika ini, sistem universiti adalah menahan mana-mana pelajar untuk menduduki peperiksaan sekiranya pelajar berhutang lebih dari angka rm500 ke atas. Tetapi kini, universiti akan mengambil langkah untuk menahan pelajar sewal pra pendaftaran lagi. Hal ini, bagi memudahkan kepada pelajar untuk sekurang-kurangnya menduduki peperiksaan semester di samping memperingatkan pelajar untuk membayar yuran sepanjang sesi tersebut (selepas add and drop hingga ke peperiksaan).

Pada malamnya (hari selasa) tersebut, kami MPMUM telah berjumpa dengan ayahanda VC dan TNC untuk mendapatkan penjelasan tersebut di samping menyelesaikan masalah kolej ke-10 dan juga beberapa perkara kebajikan yang berbangkit.Ayahanda VC telah menyuarakan tentang jumlah hutang yang banyak sehingga berjuta-juta menyebabkan dasar baru ini diambil.

Pada hari jumaat pula, saya sendiri telah turun ke pejabat bendahari untuk berbincang lagi lebih lanjut tentang isu ini kepada pihak bendahari universiti.Untuk cuti akan tiba beberapa hari nanti, pelajar bolehlah menjelaskan hutang tersebut sama ada melalui deposit ke bank-bank yang telah dinyatakan, ataupun secara online, mahupun menggunakan kad kredit. Pihak bendahari juga, ada mencadangkan kepada mana-mana pelajar yang benar-benar tidak mampu (kes-kes tertentu seperti kemiskinan) bolehlah memohon zakat sama ada di bank islam, di negeri-negeri masing-masing mahupun memohon bantuan daripada mana-mana pihak seperti yayasan atau sebagainya. Selain itu, tabung kebajikan universiti juga boleh dipohon.

Kami berharap kepada semua pelajar jelas tentang isu ini dan berharap tidak akan mempolitikkan isu ini. Keadaan ini berlaku kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, sewajarnya kita yang berhutang untuk menjelaskan hutang kita dengan segera. Saya berharap, pelajar UM seharusnya mempunyai rancangan perbelanjaan sama ada wang pinjaman mahupun biasiswa dengan sebaik mungkin dan ini akan menyelesaikan masalah berhutang dengan pihak univerisiti khasnya. Kami juga akan cuba berbincang dengan pihak-pihak terbabit khusunya kolej kediaman agar dapat mempercepatkan proses bayaran-bayaran tertentu (contoh kes : makan malam kolej) mahupun dengan pihak fakulti sekiranya berlaku kesulitan.

Harapan saya, agar semua pelajar dapat memahami dan menerima dasar univerisiti ketika ini. Jika ada sebarang permasalahan, bolehlah datang ke bilik MPMUM atau berjumpa dengan mana-mana MPMUM. Kami sedia membantu anda. Memanifestasi kecemerlangan, memartabatkan kegemilangan. Sekian, terima kasih.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10