Selamat Datang


Pada jam 3.30 petang (26 Mei 2010), pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 2009/2010 telah mengadakan perjumpaan bersama dengan pihak bendahari, seksyen kemasukan dan rekod (SKR) serta Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bagi membincangkan isu penetapan polisi universiti 'zero balance' yang dijangkakan bermula pada sesi semester hadapan.

Sebelum itu, pihak MPMUM telah menghantar emel melalui Pengerusi Exco Kebajikan & Aduan, Saudara Nur Fahmin kepada ayahanda Naib Cancselor untuk membenarkan kelonggaran kepada semua pelajar senior mendaftar yang dijangkakan bermula pada 14 Jun ini. Antara yang telah kami kemukakan adalah mengkaji semula tempoh implimentasi yang agak singkat (hanya dua bulan) serta hebahan kepada pelajar di saat-saat terakhir semeseter lepas.

Hasilnya, pihak kami telah menerima kata putus pihak pengurusan universiti melalui En. Anuar Mohamad (Pengawal Kewangan Bendahari UM) bahawa atas pemohonan kelonggaran daripada MPMUM selaku wakil pelajar-pelajar di UM, maka pihak universiti bersetuju untuk MENANGGUHKAN PENGUATKUASAAN POLISI TERSEBUT TETAPI AKAN BERKUATKUASA SEPENUHNYA BERMULA PADA PRA PENDAFTARAN SEMESTER II SESI 2010/2011. Maka, pada pra pendaftaran pelajar senior untuk semester I boleh dilakukan secara online kepada SEMUA PELAJAR YANG TIDAK BERHUTANG LEBIH DARIPADA RM500. Peraturan ini juga sama ketika pelajar ingin mendapatkan slip kemasukan peperiksaan bagi semester I 2010/2010 iaitu TIDAK BERHUTANG LEBIH DARIPADA RM500.



Beliau juga mengingatkan kepada pelajar-pelajar agar tidak lagi menjadikan budaya hutang dengan universiti sebagai satu kelaziman. Beliau menambah bahawa setiap pelajar yang diberi pinjaman mahupun biasiswa perlulah meletakkan yuran pengajian sebagai prioriti yang perlu dijelaskan bagi setiap semester.

Kepada pelajar-pelajar semua, kami di barisan pimpinan MPMUM berharap pelajar dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin. Kepada pelajar yang benar-benar tidak berkemampuan, bolehlah berhubung dengan pihak kami atau pihak bendahari bagi mendapatkan beberapa cara untuk mendapatkan wang tambahan sekiranya anda layak untuk menerima.

'KEBAJIKAN MAHASISWA MENJADI KEUTAMAAN KAMI'

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10