Selamat Datang





Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Mencari Program Terbaik Kelolaan Mahasiswa IPT Malaysia "Program Inisiatif Pelajar (PIP)" bermula pada 20 Mei 2010 hingga 21 Jun 2010. Program bertujuan untuk melihat satu simbolik pihak KPT kepada idea pelajar IPT.

Syarat-syarat penyertaan adalah :

1) Pengiktirafan berdasarkan kepada 8 teras pembangunan holistik pelajar dan 1 kategori terbuka iaitu mencakupi bidang keusahawanan, kepimpinan, kesukarelawan dan lain-lain bidang berkaitan
2) Kertas cadangan adalah ditulis sendiri oleh pelajar tanpa bantuan mana-mana agensi.
3) Kertas kerja boleh dibuat secara individu mahupun kumpulan dengan tidak melebihi lima orang peserta.
4) Setiap kategori akan dinilai sebanyak dua kali di mana hanya tiga penerima anugerah perdana akan dipilih berdasarkan kepada pemenang-pemenang di penilaian pertama

Hadiah-hadiah lumayan menanti anda iaitu :

(Penilaian Pertama)
Tempat pertama : RM3000
Tempat Kedua : RM2000
Tempat ketiga : RM1000

(Penilaian Anugerah Perdana)
Tempat pertama : RM5000
Tempat kedua : RM4000
Tempat ketiga : RM3000

Sehubungan itu, semua mahasiswa dan mahasiswi digalakkan menyertai pertandingan ini. Harap maklum, semua penyertaan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni selewat-lewatnya pada 18 Jun 2010 (Jumaat) jam 5.15 petang supaya dapat dikemukakan kepada pihak penganjur selewatnya pada 21 Jun 2010 (Isnin). Harap maklum.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10