Surau APIUM yang tidak mampu menampung bilangan jemaah yang
ramai terutama ketika solat jumaat yang diadakan setiap minggu.
ramai terutama ketika solat jumaat yang diadakan setiap minggu.
Keadaan perpustakaan APIUM sebelum ini.
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan mesyuarat bulanan Jun pada 18.6.10 pada pukul 8.30 malam di DP2 dan beberapa perkara telah dibincangkan.
Baru-baru ini, pihak MPMUM telah menerima cadangan daripada seorang pelajar agar mencadangkan surau APIUM diperbesarkan demi menampung bilangan jemaah yang bertambah ramai terutamanya ketika solat jumaat. Di sini, kami ingin mengemukan informasi tentang isu ini melalui wakil Akademi Pengajian Islam. Menurut Saudara Mohd Shahid b Mohd Zaidi, beliau dan Saudari Nurdalilah b Mokhtar telah mengemukakan permohonan untuk mengatasi permasalahan ini.
Perbincangan telah diadakan dengan Timbalan Pengarah Pembangunan APIUM dan respons yang diberikan adalah bahawanya pihak Akademi sedang mencari dana untuk menjalankan pembangunan tersebut kerana pihak Universiti hanya dapat menanggung separuh daripada bajet perbelanjaan pembangunan. Ini bermaksud, pihak APIUM telah mengambil tindakan yang sewajarnya tetapi akibat kekangan kewangan menyebabkan projek tergendala.

Perancangan untuk pembinaan dan pembaikian perpustakaan yang rosak akibat tanah runtuh telah disediakan, namun keadaan tanah yang tidak stabil perlu diambil kira. Setakat ini, pihak JPPHB tengah memantau kestabilan tanah untuk memastikan tanah telah kukuh dan mampat sebelum sebarang pembangunan dijalankan. Oleh itu, buat masa ini, pelajar APIUM terpaksalah menggunakan perpustakaan lain seperti Perpustakaan Utama atau Perpustakaan Za'ba untuk membuat rujukan.
Diharapkan dengan penjelasan ini, pelajar dapat memahami situasi yang sebenar dan tidak lagi mempunyai anggapan yang kurang menyenangkan dengan mana-mana pihak. Demi kebajikan mahasiswa, kami akan cuba lakukan dengan terbaik.

Baguslah... sekurang-kurangnya ada respon daripada tindakan yang telah dilakukan... teruskan memberikan informasi mengenai perkembangan semasa yang telah diperolehi agar semua persoalan terjawab... sekian... =)