Selamat Datang


Baru-baru ini, MPMUM telah menerima kunjungan daripada pimpinan MPP Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Batu Pahat yang telah menganjurkan jelajah kepimpinan ke beberapa ipta di Semenanjung. Universiti Malaya tidak ketinggalan untuk dikunjungi dan kami di barisan MPMUM sudi menerima kehadiran pimpinan MPP daripada seluruh universiti.

Perbincangan dua hala di kalangan MPP.
Ketika melawat Dewan Tunku Canselor (DTC)
Ketika sesi pertemua tersebut, kedua-dua universiti telah berbincang beberapa isu semasa di samping berkongsi maklumat atau pengalaman di universiti masing-masing. Kami di barisan MPMUM mengucapkan jutaan terima kasih kepada MPP UTHM di atas kesudian melawat universiti perdana ini.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10