Selamat Datang


Salam dan selamat sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar UM berkenaan tanah runtuh berdekatan kawasan kolej kediaman 3 ,4 dan 7.

Adalah dimaklumkan bahawa kawasan tanah runtuh sedalam hampir 5 kaki akan diselenggara selepas Minggu Haluansiswa kelak. Untuk makluman semua pihak, kejadian ini berlaku di sebabkan HAKISAN TANAH DI KAWASAN PENGALIRAN ANAK SUNGAI YANG TERDAPAT DI BAWAH JALAN TERSEBUT.

Menurut penjelasan daripada wakil pihak keselamatan, pembaiki kawasan tersebut hanya dijalankan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sahaja memandangkan segala perkara yang melibatkan pengaliran adalah dibawah kelolaan pihak DBKL.

Kepada semua pelajar, diharapkan dapat berhati-hati ketika melalui atau menggunakan laluan tersebut. Sesungguhnya kami MPMUM prihatin isu-isu kebajikan anda semua.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10