Selamat Datang



Pada 17 haribulan Jun 2010, bertempat di Auditorium Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill telah berlangsung satu forum yang bertajuk 'Menyingkap Rahsia Kepimpinan Melalui Personaliti Anda'. Program ini adalah anjuran Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. Antara ahli panel yang hadir termasuklah Tuan Haji Hushim bin Salleh dan Ustaz Hasrizal Bin Abdul Jamil. Forum ini disertai oleh pelajar-pelajar Kolej Universiti Kesihatan Masterskill dan juga beberapa delegasi daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti-universiti di Malaysia termasuk Universiti Malaya. Antara perkara yang dikupas di dalam forum termasuklah ciri-ciri seorang pemimpin yang dinamik, teknik kepimpinan yang berkesan, aura seorang pemimpin dan sebagainya. Program yang bermula dari jam 10 pagi ini berakhir pada jam 12 tengahari.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10