Selamat Datang


Bergambar setelah mesyuarat selesai.
Perbincangan yang diadakan bagi tujuan mencari penyelesaian

Pada 29 Jun 2010, MPMUM mengadakan perjumpaan bersama dengan wakil Pihak Keselamatan Universiti Malaya, En. Muhamad Zakir b. Md Saad (Penolong pegawai Keselamatan). Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk membincangkan perancangan pihak keselamatan untuk Minggu Haluansiswa (MHS) yang akan menjelang tidak lama lagi. Selain itu, mendapatkan penjelasan peranan dan juga mengemukakan beberapa aduan pelajar kepada pihak keselamatan.

RESOLUSI :
  1. Untuk Minggu Haluansiswa (MHS) - Pihak keselamatan telah membuat penjadualan dari segi keselamatan dan perjalanan laluan trafik sepanjang MHS berlangsung terutamanya ketika hari pendaftaran pelajar baru nanti. Selain itu, pihak keselamatan akan membuat papan tanda bagi makluman kepada ibu bapa lokasi meletakkan tempat kereta. Untuk makluman semua, sepanjang MHS berlangsung semua pelajar senior tidak sama sekali DIBENARKAN MASUK KE KAWASAN KAMPUS (selain dengan kebenaran seperti PM kolej) bagi melancarkan lagi perjalanan MHS kelak.
  2. Sticker kenderaan pelajar - Setakat ini, pihak keselamatan tidak lagi mengeluarkan lagi sticker baru untuk pelajar-pelajar UM. Setelah disiapkan untuk edaran kepada pelajar bagi sesi baru nanti, pihak keselamatan akan memberikan hebahan kepada semua. Berkenaan prosedur, adalah sama seperti yang lepas dan pelajar bolehlah mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dengan melayari UMISSWEB (Portal Pelajar)
  3. Kes kecurian di kolej kediaman - Untuk makluman semua pelajar ketika berlakunya kecurian di dalam kawasan kolej kediaman, tindakan yang pertama boleh anda lakukan adalah membuat laporan dengan pihak pengurusan kolej kediaman (pejabat atau penyelia). Setelah itu, barulah pihak keselamatan boleh ambil tindakan yang sewajarnya setelah aduan telah dilakukan oleh pihak kolej kediaman. Pihak keselamatan tidak mempunyai kuasa untuk bertindak di kawasan kolej kerana kolej kediaman mempunyai kuasa mutlak untuk menguruskan pentadbiran termasuklah sesuatu yang berlaku di dalam kolej kediaman.
  4. Laluan pagar PJ selepas jam 1.00 pagi - Seperti yang diketahui bahawa pihak MPMUM telah memohon kepada Datuk V.C untuk memberi kelonggaran bagi laluan motosikal menggunakan pintu pagar PJ selepas jam 1. Pihak keselamatan akan membuat semakan dan tindakan yang sewajarnya bagi tujuan tersebut selepas ini. Hasil pemantauan kami MPMUM, setakat ini masih tidak dilaksanakan dan kami akan cuba untuk sentiasa follow-up isu ini.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10