Selamat Datang


Ketika slot bersama Pembantu Mahasiswa kolej ketiga
YDP MPMUM memberikan amanat dan nasihat kepada PM kolej ke-7

Bersempena Minggu Haluan Siswa (MHS) untuk pengambilan pelajar baru sesi 2010/2011, setiap Pembantu Mahasiswa (PM) bagi kolej-kolej kediaman sudah pasti semakin giat untuk menyelesaikan gerak kerja fasa terakhir mereka. Rata-rata kolej kediaman kini sudah memulakan perkampungan bagi PM mereka di mana membuat persiapan menjelang MHS tidak beberapa minggu lagi. Kelazimannya PM kolej berperanan dalam membantu kolej dan universiti untuk melicinkan pergerakan pelajar baru, membantu adik-adik dari segi pendaftaran maklumat berkaitan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut acuan yang telah ditetapkan sepanjang MHS kelak.

Di kesempatan ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya telah berkesempatan untuk turun bagi meninjau, melihat serta berinteraksi dengan barisan PM kolej-kolej kediaman. bermula awal Jun yang lalu. Sepanjang pertemuan empat mata tersebut, MPMUM telah berkongsi beberapa maklumat baru berkaitan isu kampus, selain mempromosikan program-program yang bakal kami jalankan pada semester depan.

Pada pertemuan itu juga, MPMUM telah berkenalan dengan pimpinan baru kolej serta mengetahui sebab mengapa mereka memilih untuk menjadi PM. Selain itu, pihak kami juga telah mendengar pandangan, pendapat serta aduan yang boleh kami kemukakan atau selesaikan sekiranya permintaan tersebut adalah munasabah. Antara isu yang telah dibangkitkan seperti masalah jaringan tanpa wayar, isu monyet di kampus serta harapan mereka terhadap MPMUM sesi kali ini.

Kami juga telah mengingatkan kepada semua PM agar tidak menyalah gunakan kuasa yang telah diberikan dengan sewenang-wenangnya. MHS menjadi landasan terbaik dalam membentuk generasi pelajar yang berkualiti, latihan kepimpian di samping dapat mengeratkan silaturahim sesama kita. Teruskan usaha untuk semua PM kolej-kolej kediaman, lakukan tugasan sebaik yang mungkin.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10