Selamat Datang


Pada 15 dan 16 Jun 2010 Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menganjurkan program kesukarelawan penanaman pokok bakau di Kuala Gula, Perak. Objektif progam ini untuk memupuk semangat cintakan alam di samping mengeratkan silaturrahim di antara MPMUM dengan sekretariat FESKUM dan Pembantu Mahasiswa Sentral. Program ini telah berjaya menanam sebanyak 1000 pokok bakau di muara sungai. Selain itu kami telah diberi pendedahana oleh Jabatan Perhilitan dan Global Environment Centre tentang peranan masyarakat dalam memelihara dan memulihara pokok bakau.

Wakil MPMUM menyampaikan cenderamata kepada
pihak GEC dan kelab Sahabat Bakau.

Melawat sekitar bandar Taiping sebelum pulang ke Universiti Malaya
Para peserta telah diberi taklimat khusus daripada pihak Jabatan Perhilitan Negeri Perak tentang keistimewaan Kuala Gula dan hutan paya bakau.
Suasana ketika di tapak lapangan penanaman pokok bakau.
Para peserta bersama pihak GEC dan Kelab Sahabat Bakau bergambar setelah
habis penanaman bakau sekitar kawasan yang telah ditentukan.
Ragam peserta yang bermandikan lumpur tetapi amat menyeronokkan.
Peserta membersihkan diri sebelum pulang ke jeti dan tempat penginapan.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10