Selamat Datang


NOTIS KEPADA SEMUA PELAJAR
UNIVERSITI MALAYA (UM) MENGENAI HUTANG
BAGI SEMESTER 1, SESI AKADEMIK 2010/2011



Lanjutan dari notis yang dikeluarkan mengenai perkara di atas pada 3 Mei 2010, adalah dimaklumkan bahawa polisi tiada baki hutang (zero balance) akan dilaksanakan sepenuhnya pada Semester 2, Sesi Akademik 2010/2011.

Bagi semester 1, Sesi Akademik 2010/2011, keputusan Pengurusan Universiti pada 18 September 2007 berkaitan hutang pelajar adalah dikekalkan di mana pelajar hanya dibenarkan mendaftar sekiranya baki hutang mereka adalah tidak melebihi RM500.

Pelajar yang dibenarkan mendaftar pada Semester 1 akan dihalang daripada menduduki peperiksaan pada semester berkenaan, sekiranya jumlah hutang adalah melebihi RM500 (setelah dikenakan yuran pada Semester 1, Sesi Akademik 2010/2011).

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10