Salam Ramadhan buat siswa dan siswi Universiti Malaya. Dalam beberapa waktu terdekat kini, sering terpampang di dada akhbar, dilaporkan di dalam berita mengenai kes pembuangan bayi. Statistik seperti di bawah menunjukkan jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dalam tempoh 5 tahun di mana kaum Melayu menunjukkan bilangan yang tertinggi berbanding kaum-kaum lain (seperti tertera di atas). Persoalannya, siapakah sebenarnya yang perlu bertanggungjawab serta mengambil tanggungjawab mengenai permasalahan ini? Apakah punca sebenar berlaku peningkatan permasalahan ini? Bagaimanakah cara yang berkesan untuk membendung permasalahan ini daripada menjadi lebih tidak terkawal?
Melalui persoalan yang pertama, siapakah yang perlu bertanggungjawab dan mengambil tanggungjawab mengenai masalah ini. Sudah tentu pelaku salah yang paling utama perlu bertanggungjawab mengenai kes buang bayi ini kerana jika mereka tidak melakukan perkara-perkara yang berkaitan, permasalahan ini tidak akan berlaku. Masyarakat kita sering digembar-gemburkan dengan konsep perpaduan interkaum serta intrakaum tetapi dalam permasalahan ini, mereka seringkali menyalahkan satu pihak sahaja. Sebenarnya, semua pihak perlu peka terhadap masalah ini. Ibu bapa, adik beradik serta saudara mara tidak kira jauh atau dekat merupakan ahli keluarga kepada pelaku salah. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir daripada kumpulan ini tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut tanpa menyedari berkemungkinan besar sebarang konflik yang berlaku antara ahli keluarga memungkinkan perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Selain keluarga, sahabat, teman dan rakan kepada pelaku salah juga perlu bertanggungjawab, member sokongan dan memberi nasihat kepada pesalah untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah yang telah mereka timbulkan. Bukan dengan memulaukan mereka serta memandang serong terhadap mereka. Ahli masyarakat setempat juga perlu bertanggungjawab kerana masyarakat berada di sekeliling dan di merata-rata tempat. Sebarang kelakuan yang boleh menjurus kepada kelahiran anak luar nikah perlu dihalang tetapi secara berhikmah. Bukan bertindak secara melulu dan kasar kerana ini memungkinkan mereka bertindak lebih agresif atau di luar dugaan di mana setiap orang perlu menghormati peribadi orang lain.
Beralih kepada persoalan kedua, mengenai punca kepada permasalahan ini. Kita boleh berfikir punca-punca yang memungkinkan perkara ini berlaku tetapi punca yang menjadi tunjangnya yang sebenar adalah kurang penghayatan agama. Apakah pentingnya agama dalam kehidupan? Agama merupakan pegangan, kepercayaan seseorang mengenai sesuatu perkara dalam hidup. Setiap manusia memerlukan pegangan mereka sendiri supaya mereka mempunyai panduan dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Tanpa sebarang panduan, manusia boleh sesat dan hilang arah tuju hidup. Seandainya seseorang tidak menghayati serta mengamalkan nilai yang telah disyariatkan, dia akan bertindak dengan sesuka hati tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku. Sebagai contoh, remaja kini terlibat dengan masalah sosial yang merangkumi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, menyertai aktiviti yang tidak berfaedah malah merugikan seperti lumba haram, berjudi, minum arak dan sebagainya. Dengan mengamalkan nilai-nilai agama, mereka akan menjaga dan mematuhi batas pergaulan dan aurat antara berbeza jantina. Mereka akan tahu lumba haram boleh membawa kepada kematian yang sia-sia, berjudi boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada seseorang dan minum arak akan menjadikan seseorang mabuk dan tidak boleh berfikir dengan waras. Kurang toleransi antara ibu bapa yang akan mencetuskan pergaduhan member tekanan kepada anak-anak mereka dan menyebakan anak-anak mereka bertindak keluar dari rumah untuk mengelakkan tekanan tersebut. Dapat dilihat di sini bahawa kurang penghayatan agama boleh menyebabkan permasalahan ini berlaku.
Melalui persoalan yang ketiga dan terakhir adalah cara yang berkesan untuk membendung permasalahan ini. Cara yang pertama dan paling utama sudah tentu dengan mempersiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Kini, kita dihebahkan dengan kewujudan ‘baby hatch’ dan juga cadangan untuk mewujudkan sekolah untuk remaja yang telah mengandung anak luar nikah. Seorang siswi di Fakulti Kejuruteraan berpendapat bahawa kewujudan sekolah tersebut mungkin akan membuatkan pelaku tidak merasa bersalah kerana mereka akan berfikir pihak yang bertanggungjawab hanya akan menghantar mereka ke sekolah tersebut tanpa sebarang denda atau hukuman. Walau bagaimanapun, pemikiran tersebut mungkin tidak akan berlaku sekiranya sekolah tersebut menyediakan khidmat kaunseling secara berterusan, kelas agama yang padat serta sesi pengajaran berkaitan moral dalam membentuk kembali seseorang yang berbudi pekerti dan tahu menjaga kehormatan diri serta tidak akan mengulangi kesalahan yang lampau. Pelajar-pelajar yang tamat dari sekolah tersebut perlu terus dipantau dan diambil tindakan sekiranya perkara tersebut berulang. Justeru, pelbagai cara dapat dilaksanakan dalam usaha untuk membendung permasalahan ini.
Sebagai penutup, kita, sebagai mahasiwa yang juga bakal pemimpin pada masa hadapan perlu mengambil tanggungjawab tersebut sama ada kita berada di kelompok keluarga, sahabat atau masyarakat sekeliling. Bukan sekadar menunding jari, menyalahkan sesuatu pihak, tetapi tidak membantu dalam membendung masalah ini daripada menjadi lebih tidak terkawal. Kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya supaya kita bersedia untuk mengambil alih pentadbiran pada masa hadapan. Dalam bulan yang mulia ini, boleh dijadikan tempoh latihan untuk belajar mengawal nafsu dalam diri supaya kita tidak akan dikawal olehnya serta menghayati kepentingan sebenar agama sepanjang hidup kita di dunia ini. MPMUM ingin menyeru kepada semua warga kampus untuk sama-sama membendung isu ini secara konsisten dan agresif.
Terdapat beberapa agenda yang telah dibincangkan menglibatkan isu-isu 'tradisi' mahupun yang terbaru di antaranya termasuklah :
- Isu yuran kolej kediaman yang tinggi, MPMUM dan SPKUM akan cuba membincangkan hal ini dengan pihak-pihak tertinggi di samping akan membuat tindakan di peringkat kolej melalui borang kaji selidik yang bakal diedarkan kelak.
- Isu dewan makan, terdapat kebaikan dan keburukan yang dilihat dengan kewujudan dewan makan. Tindakan daripada MPMUM dan SPKUM untuk mencadangkan penyeragaman menu di kolej-kolej berkaitan di samping akan membuat kajian menyeluruh terhadap isu ini.
- Isu pelajar antarabangsa di kolej 10, pelbagai masalah timbul selepas kemasukan pelajar-pelajar asing terutamanya dari segi masalah sosial yang keterlaluan dan juga masalah-masalah lain. Tindakan, MTK KK10 akan mencari satu mekanisma yang efektif untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan bantuan rakan-rakan MPMUM dan SPKUM.
- Mempunyai kolibrasi di antara kedua-dua pihak iaitu dalam program-program yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak.
* MAKANAN DAN MINUMAN DISEDIAKAN (PERCUMA).
* PAKAIAN BAJU MELAYU/SOPAN.
P/S : MAJLIS INI AKAN DIHADIRI OLEH BEBERAPA ORANG MENTERI KABINET DAN TAZKIRAH PERDANA OLEH SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI..
SEMUA MAHASISWA/I UM DIJEMPUT HADIR. MANFAATKANLAH BAKI-BAKI BULAN BARAKAH YANG ADA INI DENGAN SEBIJAKNYA...~~
SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA SATU SINAR ATAU TITIK PERUBAHAN DALAM DIRI KITA SEMUA..~
TENTATIF PROGRAM:
3:00 pg : Kedatangan para jemputan dan hadirin3:30 pg : Qiamulail
4:30 pg : Tazkirah daripada S/U Politik PM Malaysia
5:00 pg : Jamuan Sahur
5:52 pg : Solat Subuh Berjemaah/ Bersurai.
Perbincangan Meja Bulat Isu "Isu Wanita Malaysia Yang Diperalatkan Oleh Sindiket Dadah (Drug Mules)
2:26 AM | 0 comments |
Di peringkat MPMUM, kami telah mencadangkan kepada pihak yang terlibat agar menganjurkan program-program yang lebih dekat dengan mahasiswa di kampus. Selain itu, kami juga memberi cadangan agar program-program yang dijalankan di kampus kelak boleh menampilkan mereka yang pernah menjadi mangsa keadaan dan juga tidak menjurus kepada ceramah semata-mata. Di peringkat MPMUM, kami mengingatkan kepada semua mahasiswa terutama mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika bertemu dengan mereka yang tidka dikenali mahupun teman anda.
Antara isu-isu pelajar yang diusulkan oleh wakil MPMUM kepada YB:
1. Makanan yang berqualiti, bersih dan berlainan rasa (halal) sepatutnya disediakan di setiap kolej kediaman, fakulti dan varsiti
2. Klinik kesihatan yang beroperasi 24 jam sehari dan doktor yang sedia berkhidmat sepanjang masa disediakan di setiap universiti
3. Ijazah Pertama "First Class Honor" sepatutnya diselaraskan di setiap IPTA dan IPTS berdasar CGPA yang sama
4. Faedah PTPTA diturunkan dari 3% ke 1% sepatutnya dipaparkan dengan lebih efektif berkenaan dengan cara perlaksanaan dan secara adil, semua pelajar yang masih menuntut pelajaran berhak untuk memperbaharui penjanjian mereka atau secara automatik ditetapkan kepada pembayaran faedah sebanyak 1% sahaja
5. Menjamin keselamatan pelajar dengan berkerjasama dengan pihak polis tempatan di luar kampus setiap universiti untuk membanteraskan kes jenayah yang mengancam keselamatan pelajar
6. Menyediakan pinjaman khas (cadangan:RM8OO) kepada pelajar yang menjalani latihan industri semasa semester khas
7. Mengambil langkah proaktif untuk mengekalkan pelajar cemerlang supaya terus berkhidmat dan bersumbang kepada pembangunan negara
8. Pelajar diberikan keutamaan semasa merawat di hospital yang berdekatan terutamanya melibatkan kes yang serius dan keselamatan pelajar.
YB berjanji akan memandangkan serius perkara yang diusulkan dan mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut dalam masa yang terdekat
Pengumuman : PERJUMPAAN PELAJAR TAHUN AKHIR TAJAAN BIASISWA JPA BAGI TAHUN 2010/2011
12:21 AM | 0 comments |
Tarikh : 25 Ogos 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Auditorium, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya
Sekian.
_____________________________________
BIASISWA/PINJAMAN & INSURANS
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
UNIVERSITI MALAYA
03-79673497
Anjuran:
Objektif:
2.Sebagai platform bagi mengumpul usahawan yang terlibat dalam perniagaan francais.
3.Memberi peluang kepada pelajar untuk memceburkan diri dalam perniagaan francais.
Arahan Keselamatan Mendiami dan Menjalankan Aktiviti di Kolej Kediaman Universiti Malaya
2:15 AM | 0 comments |
2. Pihak Universiti Malaya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kecederaan atau memudaratkan yag disebabkan oleh kecuaian pelajar atau ketidakakuran kepada Arahan ini.
3. Mana-mana pelajar yang gagal atau melanggar Arahan ini boleh diambil tindakan tatatertib di bawah kaedah 27 (keingkaran) dalam Kaedah-kaedah Univeristi Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 atau diusir keluar daripada menginap di kolej kediaman menurut kaedah 34 dalam kaedah-kaedah tersebut, atau kedua-duanya sekali.
4. Arahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh Arahan ini dikeluarkan.
Naib Canselor
Universiti Malaya
10 Ogos 2010
Masa : 3.15 petang hingga 4.00 petang
- Tanah runtuh di jalan utama ke kolej kediaman ke 3, 4 dan 7.
- Lubang-lubang di kawasana laluan berbumbung, kesukaran kepada pelajar-pelajar terutama pelajar kurang upaya yang hendak ke kolej ke 7.
- Jalan berlubang di jalan masuk kk3 ,kk4 dan kk7 yang perlu dibaiki.
Kawasan jalan raya yang berlubang di simpang masuk kolej-kolej tersebut amat berbahaya kepada pelajar terutamanya yang memandu motosikal dan juga ketika jalan licin akibat hujan. Pada semester yang lepas, terdapat beberapa pelajar yang mengalami kemalangan kecil.
MOU SIGNING CEREMONY BETWEEN THE UNIVERSITY OF MALAYA AND PANASONIC
KUALA LUMPUR, 17th August 2010
University of Malaya (UM) is in line with the Prime Ministers vision of establishing bilateral ties not only in the area of trade and investments but also in education by signing the Memorandum of Understanding (MoU) with the Panasonic. The MoU with Panasonic is to establish a bilateral relationship between prestigious higher institution in Malaysia with corporate institution in cooperation to nurture a new generation of graduates or “product” which equips with both skills and knowledge that suite the requirement of the current society and industrial world.
Apart from studying in University, this MoU will enable first year students to participate a three years training program held by Panasonic which provide field training and courses to those undergraduates who are excel in studies and interested in participate in the program.
Merujuk kepada notis kenderaan tiada pelekat tidak dibenarkan masuk, berikut adalah hasil pemeriksaan pada 16 Ogos 2010:
- Didapati tiada orang luar yang memasuki UM melalui gate PJ dan KL tanpa pelekat (sticker). Yang melakukannya adalah staf dan pelajar UM sendiri.
- Mulai 1 September 2010, Unit Trafik Pejabat Keselamatan akan melakukan operasi mengunci (clamp) semua kenderaan tanpa pelekat (sticker) kecuali kenderaan rasmi UM.
- Kenderaan tanpa pelekat (sticker) adalah penyebab utama kesesakan lalulintas kerana ditahan oleh pengawal keselamatan untuk pemeriksaan.
Terima Kasih
NOOR MOHAMAD BIN ISMAIL
Pengarah Keselamatan
Universiti Malaya
Ehsan daripada UMNews1
Semua Pelajar Universiti Malaya
Saudara/i,
PROGRAM STUDENT’S ROLE PROGRAMME IN COLLABORATION WITH UNITED NATIONS
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Seksyen Pembangunan dan Aktiviti Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni akan mengadakan sesi ceramah yang akan disampaikan oleh Mr.Kiyotaka Akasaka, Bahagian Komunikasi dan Maklumat United Nation. Program ini akan berlangsung pada tarikh dan tempat berikut:
Tarikh : 16 Ogos 2010 (Isnin)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Dewan Perdana 1, Kompleks Perdanasiswa
3. Sehubungan itu, saudara/i dijemput untuk menyertai program ini. Semoga kehadiran saudara/i dapat memeriahkan program ini dan mendapat manfaat daripada program ini..
Sekian, dimaklumkan.
EHSAN DARIPADA BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
Di minta kepada semua pelajar untuk menjaga kebersihan ruang & tandas"
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said while ac-quiring professional expertise was crucial, students should develop sound problem-solving skills and the ability to come up with new ideas.
"Students should not restrict themselves to seeking knowledge merely during lectures but be more creative in acquiring knowledge from various avenues and sources.
"This includes participation in activities that could expose them to various experiences, skills and knowledge that cannot be gained during lectures.
"Leadership and organisational management skills, for example, can be acquired and sharpened through participation in associations or clubs at institutions of higher learning," Muhyiddin, who is also education minister, said at the opening of the National Students Consultative Council meeting at the Putrajaya International Convention Centre, here yesterday.
Also present was Higher Education Minister, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.
Muhyiddin said students' participation and engagement in discourses could also enhance their thinking and analytical skills.
They could also master the art of putting their arguments across besides churning out good ideas and suggestions.
They, he said should build on these vital skills during their university days.
"This way, student community in our country will not only develop leadership talents but also sharpen minds in handling issues that come their way," he said.
This, he added would train them to be ready to listen to opposing or differing views.
Muhyiddin said he believed that by being all-round thinkers, students would also be able to refrain from being dragged into pointless polemics.
"God willing, by encouraging healthy discussion and exchange of views, our students will be more open in handling various current issues.
"I believe that as educated people with access to various sources of knowledge and information, our students will be able to analyse issues of interest in a just and objective manner."
Muhyiddin expressed hope that students in both public and private institutions of higher learning could help the government by making meaningful contributions to national development.
MPPK telah berjaya menghasilkan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada mahasiswa di universiti tempatan. Antaranya ketika sesi yang lepas juga, MPMUM telah berjaya menubuhkan Majlis Mahasiswi Nasional (MASISNA) yang telah berjaya digerakkan semenjak tahun yang lalu, kad diskaun pelajar untuk kereta api, PTPTN pengurangan bonus 3% kepada 1% dan banyak lagi isu-isu dibincangkan untuk kebajikan mahasiswa universiti tempatan.
The appointment of Prof Dr Rohana is for a three-year term, succeeding Assoc Prof Datuk Dr Azarae Idris whose term ended Saturday. Her appointment takes effect from Sunday, the university announced.
Prior to the appointment, Dr Rohana was the deputy director of the Higher Education Leadership Academy, an agency under the Higher Education Ministry. Dr Rohana holds a PhD in Biochemistry from the University of Leeds, United Kingdom, a Master in Science from the UM and a Bachelor in Science (Biochemistry) from the Lancaster University, United Kingdom.
About when and how frequent they have to go for the real teaching, the volunteers can decide themselves. It can be once a month thing or whatever it is, following their own convenience.
This is kind of meaningful community service project. However, the hardest part is finding the volunteers. Wanna be part of the team? Don't hesitate to contact us. There's no limit regarding the places.
Thanks a lot. Your participation means a lot to the society.
Pertemuan itu telah dihadiri oleh YDP MPMUM sendiri, Khairul Anuar Abu Kasim, saudara Hairli Zainal Abidin, serta Pengerusi Kebajikan & Aduan, saudara Fahmin. Antara yang dibincangkan dan yang kami telah persoalkan termasuklah apakah faktor penutupan surau, cadangan penyelesaian dan juga tindakan yang boleh di ambil.
Menurut Prof Dr. Edzan Hj. Che Nasir, ketua perpustakawan UM berkata terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pihak perpustakaan mengambil langkah untuk penutupan ini. Antaranya iaitu termasuklah :
- Surau yang digunakan kini adalah surau yang digunakan oleh staf perpustakaan. Oleh kerana itu, surau itu dibuka pada jam 3 petang kerana pihak perpustakaan memberi ruang kepada staf-staf untuk mengerjakan solat terlebih dahulu. Selain itu, surau hanya dibuka sehingga jam 9 malam kerana bilangan staf yang kurang pada sebelah malam iaitu hanya berlegar di kaunter yang utama sahaja.
- Masalah kebersihan serta keselamatan. Untuk makluman pelajar-pelajar semua, hasil perbincangan tersebut kami juga dimaklumkan oleh maslaah kebersihan tandas apabila digunakan untuk mengambil air sembahyang. Selain itu, keselamatan bilik staf yang berhampiran dengan surau itu menyebabkan ianya menyukarkan kepada pihak perpustakaan.
- Sikap segelintir daripada pelajar sendiri menyebabkan penutupan ini terutamanya pelajar siswi. Apabila mereka menggunakan telekung misalnya, tidak dilipat dan diletakkan ditempat yang semula dan ini kerap berlaku (jadi tabiat). Selain itu juga, terdapat juga pelajar-pelajar yang menggunakan surau ini untuk tidur malah membuat bising sedangkan ini adalah bukan tujuan utamanya untuk ke surau. Selain itu, kekerapan berlakunya kehilangan barang-barang berharga telah menyebabkan berlakunya tuduh-menuduh di kalangan pelajar dan juga staf perpustakaan sedangkan ianya kecuaian pelajar sendiri. Akibatnya seperti menjadi tugasan baru kepada staf-staf perpustakaan untuk mencari atau menyelesaikan masalah tertentu.
- Perlu mewujudkan satu ruang baru kepada pelajar untuk bilik solat bagi mengatasi masalah ini. Hal ini kerana kesemua ini berlaku keran ketiadaan surau pelajar di dalam perpustakaan UM. Kami juga mengakui bahawa ruang adalah terhad memandangkan buku-buku dan juga ruang belajar di perpustakaan adalah padat, tetapi kami merasakan bahawa perlu juga ada ruang solat yang baru bagi pelajar sahaja.
- Selain itu, keselamatan pelajar untuk ke kawasan lain pada sebelah malam terutamanya melibatkan pelajar-pelajar perempuan.
- Terdapat juga cadangan untuk memberi peluang kepada pelajar sendiri untuk menjaga kebersihan dan juga tahap kualiti surau tersebut, ini bergantung kepada kajian dan penilaian semula.
Kami akan berbincang dan akan meneliti isu ini lagi untuk penambahbaikan di masa hadapan. Diharapkan semua pelajar bersedia untuk memberi kerjasama dalam memberi idea, cadangan membina serta pandangan anda terhadap isu ini memandangkan ianya adalah untuk kegunaan kita semua. Harap maklum.
Saudara/Saudari,
SESI TAKLIMAT (KAUNSELING) DAN PEMANTAUAN AKADEMIK PELAJAR TAJAAN JPA
Adalah dimaklumkan bahawa pihak JPA akan mengadakan Sesi Taklimat (Kaunseling) dan Pemantauan Akademik Pelajar Tajaan JPA yang memperolehi PNGK 2.50 ke bawah pada ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Ogos 2010 (Rabu)
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Auditorium, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya
Para pelajar dikehendaki hadir pada masa yang telah ditetapkan supaya sesi tersebut berjalan dengan lancar. Sila sahkan kehadiran anda di Kaunter Pendaftaran.
Sekian.
____________________________________
BIASISWA/PINJAMAN & INSURANS
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
UNIVERSITI MALAYA
03-7967 3410 / 3497
Ehsan daripada UMISISWEB