Selamat Datang


Pada 2 Ogos 2010 merupakan detik bersejarah bagi dua orang penerima Anugerah Pelajaran Diraja bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2010 yang telah di sampaikan oleh Canselor Universiti Malaya, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Shah di Dewan Tunku Canselor (DTC) UM. Mereka yang dimaksudkan iaitu :

saudara Benjamin Ong Jia Ming (pelajar Ekologi dan Biodiversiti Fakulti Sains)

dan juga saudari Nurrashidah Ariffin (pelajar Syariah Akademi Pengajian Islam)

Benjamin merupakan pelajar yang aktif dalam pelbagai bidang lapangan seprti beliau pernah menjadi MPMUM 2008/2009 selaku bendahari, pemidato dalam bahasa Inggeris, seorang yang cintakan kepada alam semulajadi dan pernah mewakili universiti ke Program Pertukaran Pelajar Mengenai Isu Alam Sekitar anjuran East-West Centre di Honolulu and Washington, D.C Amerika Syarikat yang beliau sertai baru-baru ini. Manakala Nurrashidah pula merupakan pelajar yang gemar kepada undang-undang syariah, seorang yang aktif di fakulti dan juga di kolej kediamannya iaitu Kolej Tun Ahmad Zaidi. Beliau juga telah mengikuti program pertukaran pelajar ke Universiti Kaherah di Mesir.

Anugerah Pelajaran Diraja merupakan anugerah tertinggi yang diikhtiraf kepada graduan ijazah sarjana muda. Penganugerahan ini bermula apabila Majlis Raja-Raja Malaysia telah berkenan untuk memberi Anugerah Pelajaran DiRaja kepada pelajar terbaik keseluruhan di Universiti mulai Sesi 1988/1989. Anugerah ini diberikan bertujuan untuk mendorong para graduan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran selaras dengan hasrat Majlis Raja-Raja Malaysia yang mementingkan mutu pembelajaran di mana ianya memerlukan persaingan sengit dalam era globalisasi yang mencabar kini.

Setiap tahun, penerima bagi anugerah ini adalah dua orang sahaja iaitu seorang bumiputera dan seorang bukan bumiputera. Setiap penerima akan mendapat wang tunai RM5,000, pingat emas bernilai RM1,000 dan sijil penghargaan. Kriteria penerima yang layak untuk dicalonkan adalah seperti mendapat kelulusan pngk 3.7 ke atsa di samping aktif di pelbagai lapangan aktiviti pelajar sama ada di peringkat universiti, negara mahupun antarabangsa.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10