Perbincangan Meja Bulat Isu "Isu Wanita Malaysia Yang Diperalatkan Oleh Sindiket Dadah (Drug Mules)
2:26 AM | 0 comments |
Pada hari ini, 23 ogos 2010 Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah dijemput untuk membincangkan isu Wanita Malaysia Yang Diperalatkan Oleh Sindiket Dadah Untuk Mengedar Dadah Di Luar Negara (Drug Mules) di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama perbincangan ini diadakan adalah untuk mencari punca permasalahan, sebab utama, statistik terkini yang melibatkan masalah-masalah serta pelan tindakan yang boleh di ambil oleh pihak-pihak terlibat.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Harjeet Singh, Setiausaha bahagian, KPWKM di mana ianya turut dihadiri oleh wakil Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan, Jabatan Kebajikan Malaysia, Agensi Anti Dadah, Polis Diraja Malaysia bahagian badan-badan NGO serta mahasiswa. Statistik tahun ini sehingga 19 Julai 2010 terdapat sebanyak 790 kes dilaporkan oleh wisma putra dan juga Polis Diraja Malaysia. Daripada jumlah tersebut, pecahan jantina pula adalah lelaki sebanyak 640 orang manakala perempuan adalah 150 orang. Mengikut pecahan kaum pula, kaum cina mendahului iaitu 495 kes, melayu 210 kes, india 75 kes dan lain-lain 10 kes. Untuk kaum melayu, majoriti adalah perempuan yang terlibat dan tertinggi berbanding kaum-kaum yang lain.
Dalam perbincangan tersebut, terdapat beberapa punca yang telah dikenalpasti antaranya masalah kewangan dan juga terpedaya dengan pujukan lelaki asing. Selain itu, mereka yang terlibat adalah di kalangan mahasiswa di IPT iaitu berusia di antara 20 hingga 30 tahun. Malaysia merupakan negara yang ke-33 di dunia melibatkan kes-kes seperti ini.
Di peringkat MPMUM, kami telah mencadangkan kepada pihak yang terlibat agar menganjurkan program-program yang lebih dekat dengan mahasiswa di kampus. Selain itu, kami juga memberi cadangan agar program-program yang dijalankan di kampus kelak boleh menampilkan mereka yang pernah menjadi mangsa keadaan dan juga tidak menjurus kepada ceramah semata-mata. Di peringkat MPMUM, kami mengingatkan kepada semua mahasiswa terutama mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika bertemu dengan mereka yang tidka dikenali mahupun teman anda.

Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST