Selamat Datang


Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan JTK dan JIK Kolej Kediaman telah berlangsung di Auditorium Kompleks Perdanasiswa pada 31 Julai 2010 sebaik sahaja Majlis Perasmian Feskum berlangsung. Pada majlis tersebut, semua JTK dan JIK kolej kediaman yang baru telah menerima watikah perlantikan oleh Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris.

Pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor HEPA telah mengingatkan kepada setiap JTK dan JIK kolej untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Setiap daripada mereka perlulah mengingati bahawa setiap tugas ini bukanlah bebanan tetapi adalah satu tanggungjawab yang sangat perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

"Saya berharap JTK dan JIK yang baru mempunyai hubungan yang baik dengan pihak pentabdiran kerana kamu semua merupakan jambatan di antara pengurusan kolej dengan pelajar. Tidak perlulah membuat sesuatu yang buruk kepada pengetua sebaliknya berbincang dengan baik kerana itulah jalan yang lebih baik malah lebih efektif", di antara amanat beliau kepada semua hadirin.

Pada majlis tersebut, setiap daripada presiden-presiden selaku wakil jtk yang baru menerima watikah dan rata-rata mereka mempunyai latar belakang kepimpinan di peringkat kolej. Tidak ketinggalan juga dalam senarai penerima iaitu Saudara Syakirin iaitu presiden Kolej Kediaman Nilam Puri yang turut dihadiri pengetua Kolej Nilam Puri.


Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10