Selamat Datang


Pada hari khamis yang lalu, 12 Ogos 2010 satu majlis diadakan bagi meraikan mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Datuk Azarae Hj. Idris yang telah menamatkan kontraknya pada hari sabtu 7 Ogos yang lepas.

Majlis diadakan bertujuan tanda ingatan dan terima kasih daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) kepada beliau yang telah menjadi penaung untuk tempoh hampir 6 bulan bagi MPMUM sesi 2009/2010. Majlis tersebut juga diatur bersama majlis berbuka puasa bersama-sama dengan YBhg. Datuk.

Dalam pada itu, beliau merasakan MPMUM pada kali lebih baik dan tidak terlalu dimanjakan seperti tahun-tahun yang lepas. Jika dahulu, MPMUM telah diberikan wang saguhati tetapi tidak seperti tahun ini. Beliau juga menganggap FESKUM '10 yang dijalankan baru-baru ini telah membawa satu dimensi baru seperti membawa masuk rancangan-rancangan berbentuk saluran TV (suara siswa dan bicara mufti) serta turut berasa berbangga apabila dimaklumkan FESKUM kali ini dianggarkan mendapat keuntungan yang besar jika hendak dibandingkan dengan FESKUM dua tahun yang lepas ini. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah jayakan.

Apabila beliau ditanya tentang pengalaman, beliau merasakan ianya lebih banyak pahit berbanding pengalaman yang manis. Antara yang tidak dapat dilupakan apabila pilihanraya kampus pada 2008/2009 di mana kenangan paling pahit di dalam kampus apabila masjid Akademi Pengajian Islam telah dicemari dengan insiden tercela oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Beliau turut memberi ingatan kepada semua MPMUM untuk memberi perhatian juga kepada bahagian akademik yang menjadi prioriti pertama tujuan asal ke kampus perdana ini.

Sekali lagi, kami di barisan MPMUM merakamkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk di atas jasa dan sumbangan kepada kami mahupun universiti. Beliau di dalam nada bergurau berkata, "apabila kita turun ini, orang tidak akan pandang kepada kita". Hakikatnya kepada semua warga UM, jangan dilihat kepada apa yang telah berlaku tetapi lihatlah pada sumbangan YBhg. Datuk yang mungkin telah mengubahkan sesuatu kepada kita.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10