Selamat Datang


Pada hari rabu (4 Ogos 2010) yang lepas, kami telah mengadakan pertemuan dengan ketua perpustakaan dan ahli jawatankuasanya. Tujuan utama adalah untuk berbincang dan mendapatkan penjelasan tentang isu KETIADAAN SURAU di dalam perpustakaan utama kerana ini adalah menyulitkan keadaan bagi pelajar beragama islam untuk menunaikan kewajiban ketika berada di sana.

Pertemuan itu telah dihadiri oleh YDP MPMUM sendiri, Khairul Anuar Abu Kasim, saudara Hairli Zainal Abidin, serta Pengerusi Kebajikan & Aduan, saudara Fahmin. Antara yang dibincangkan dan yang kami telah persoalkan termasuklah apakah faktor penutupan surau, cadangan penyelesaian dan juga tindakan yang boleh di ambil.

Menurut Prof Dr. Edzan Hj. Che Nasir, ketua perpustakawan UM berkata terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pihak perpustakaan mengambil langkah untuk penutupan ini. Antaranya iaitu termasuklah :
  • Surau yang digunakan kini adalah surau yang digunakan oleh staf perpustakaan. Oleh kerana itu, surau itu dibuka pada jam 3 petang kerana pihak perpustakaan memberi ruang kepada staf-staf untuk mengerjakan solat terlebih dahulu. Selain itu, surau hanya dibuka sehingga jam 9 malam kerana bilangan staf yang kurang pada sebelah malam iaitu hanya berlegar di kaunter yang utama sahaja.
  • Masalah kebersihan serta keselamatan. Untuk makluman pelajar-pelajar semua, hasil perbincangan tersebut kami juga dimaklumkan oleh maslaah kebersihan tandas apabila digunakan untuk mengambil air sembahyang. Selain itu, keselamatan bilik staf yang berhampiran dengan surau itu menyebabkan ianya menyukarkan kepada pihak perpustakaan.
  • Sikap segelintir daripada pelajar sendiri menyebabkan penutupan ini terutamanya pelajar siswi. Apabila mereka menggunakan telekung misalnya, tidak dilipat dan diletakkan ditempat yang semula dan ini kerap berlaku (jadi tabiat). Selain itu juga, terdapat juga pelajar-pelajar yang menggunakan surau ini untuk tidur malah membuat bising sedangkan ini adalah bukan tujuan utamanya untuk ke surau. Selain itu, kekerapan berlakunya kehilangan barang-barang berharga telah menyebabkan berlakunya tuduh-menuduh di kalangan pelajar dan juga staf perpustakaan sedangkan ianya kecuaian pelajar sendiri. Akibatnya seperti menjadi tugasan baru kepada staf-staf perpustakaan untuk mencari atau menyelesaikan masalah tertentu.
Walaupun begitu, kami menerima penjelasan daripada pihak perpustakaan dengan lebih terbuka dan berharap semua pelajar juga dapat memahaminya. Ini adalah cadangan daripada pihak kami :
  • Perlu mewujudkan satu ruang baru kepada pelajar untuk bilik solat bagi mengatasi masalah ini. Hal ini kerana kesemua ini berlaku keran ketiadaan surau pelajar di dalam perpustakaan UM. Kami juga mengakui bahawa ruang adalah terhad memandangkan buku-buku dan juga ruang belajar di perpustakaan adalah padat, tetapi kami merasakan bahawa perlu juga ada ruang solat yang baru bagi pelajar sahaja.
  • Selain itu, keselamatan pelajar untuk ke kawasan lain pada sebelah malam terutamanya melibatkan pelajar-pelajar perempuan.
  • Terdapat juga cadangan untuk memberi peluang kepada pelajar sendiri untuk menjaga kebersihan dan juga tahap kualiti surau tersebut, ini bergantung kepada kajian dan penilaian semula.
Pihak perpustakaan sendiri berjanji untuk mengkaji dan melihat perkara ini lebih serius. Harapan daripada pentadbiran perpustakaan UM agar pelajar-pelajar tidak membuat apa-apa spekulasi dan berani tampil ke hadapan sekiranya terdapat ketidak puasan hati terhadap tahap serta mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan.

Kami akan berbincang dan akan meneliti isu ini lagi untuk penambahbaikan di masa hadapan. Diharapkan semua pelajar bersedia untuk memberi kerjasama dalam memberi idea, cadangan membina serta pandangan anda terhadap isu ini memandangkan ianya adalah untuk kegunaan kita semua. Harap maklum.


Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10