Selamat Datang


Pada : 18 Ogos 2010
Masa : 3.15 petang
hingga 4.00 petang

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya meneruskan lagi agenda kebajikan pelajar. Terbaru YDP MPMUM, saudara Khairul Anuar Abu Kasim sendiri bersama Fadlulrahman Hidayat, exco Kolej Kediaman telah turun ke beberapa lokasi yang perlu diambil tindakan oleh pihak Jabatan Penyelenggaraan dan Perkhidmatan Harta Benda (JPPHB). Pihak JPPHB telah menghantar menghantar wakilnya En. Zainuddin dan En. Zakuan bagi melihat kepada aduan yang telah kami lakukan pada minggu yang lalu.

Merujuk kepada surat yang dikeluarkan kepada pihak JPPHB, kami telah mempersoalkan dan meminta untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kepada beberapa lokasi di hadapan kolej ketiga, keempat dan ketujuh. Antaranya iaitu :
  • Tanah runtuh di jalan utama ke kolej kediaman ke 3, 4 dan 7.
  • Lubang-lubang di kawasana laluan berbumbung, kesukaran kepada pelajar-pelajar terutama pelajar kurang upaya yang hendak ke kolej ke 7.
  • Jalan berlubang di jalan masuk kk3 ,kk4 dan kk7 yang perlu dibaiki.
Hasil perbincangan tersebut, pihak JPPHB telah memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya bergantung kepada kos-kos pembaikan dan juga tindakan yang diambil mengambil tempoh, bukannya terlalu drastik.

Kawasan jalan raya yang berlubang di simpang masuk kolej-kolej tersebut amat berbahaya kepada pelajar terutamanya yang memandu motosikal dan juga ketika jalan licin akibat hujan. Pada semester yang lepas, terdapat beberapa pelajar yang mengalami kemalangan kecil.

Berkenaan dengan isu tanah runtuh di hadapan KK7, proses penambahbaikan sedang dijalankan dan dijangkakan siap 3 minggu selepas ini. Untuk makluman semua, proses pembaikian dilakukan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ini bergantung kepada peruntukan oleh pihak mereka. Selain itu, kelewatan juga disebabkan oleh masalah peparitan di kawasan saliran air di kawasan tersebut. Diharapkan semua pelajar berhati-hati ketika melalu kawasan-kawasan seperti yang dinyatakan seperti tadi.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10