Selamat Datang


PADA 31 Julai 2010, berlangsungnya Majlis Perasmian Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM '10) di Auditorium Kompleks Perdanasiswa. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah, tuanku Pro-Canselor, Universiti Malaya bersama dengan Duli Yang Teramat Mulia, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim telah sudi mencemar duli untuk merasmikan pada majlis tersebut. Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Tan Sri Pro-Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Dato' Seri Norma Yaakob , Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya, Tan Sri Datuk Seri Hj. Arshad Ayub, Naib Canselor Universiti, Timbalan-timbalan naib canselor,barisan pengurusan universiti, dekan-dekan, pengetua-pengetua, pegawai-pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar, MPMUM serta warga kampus.

Tuanku dan Raja Puan Besar sedang melihat hasil lukisan.

Festival Konvokesyen Universiti Malaya akan berlangsung dari 2 hingga 7 Ogos 2010. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang festival ini berlangsung di antaranya Kempen Derma Darah, Bicara Mufti, Suara Siswa, Futsal Piala Naib Canselor, Malam Warga Istimewa, Tayangan Animasi, Pameran dan juga Mock Trial.


Pada majlis perasmian tersebut, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim telah disajikan dengan beberapa persembahan yang menarik dan memukau kepada pengunjung. Antara persembahan yang disediakan oleh penganjur ialah nyanyian berduet dengan lagunya berjudul Malam Bulan Dipagar Bintang yang juga merupakan lagu kegemaran Tuanku, persembahan nasyid dari Feelhoney, tarian kebudayaan daripada pusat kebudayaan serta persembahan muzik keyborad oleh Yasser, pelajar antarabangsa dari pusat kebudayaan.


Baginda juga telah melawat tapak pameran seni visual yang disediakan oleh pihak penganjur. Pameran tersebut telah dipersembahkan oleh Dr. Sabzali Musa Kahn dari Pusat Kebudayaan. Dalam pada itu, pihak penganjur telah dimaklumkan daripada wakil istana menyebut bahawa tuanku memuji perjalanan perasmian tersebut malah majlis tersebut telah berlangsung pada masa yang telah dirancangkan.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10