Selamat Datang


Ceramah Program Penerangan 1 Malaysia telah diadakan pada 21 Julai 2010 di Auditorium Kompleks Perdanasiswa (KPS) di mana ianya dianjurkan oleh Kelab 1 Malaysia. Penceramah jemputan iaitu YBhg. Dato' Haji Shahlan b. Haji Ismail yang merupakan setiausaha politik kepada Perdana Menteri Malaysia.

Antara pengisian yang telah dibentangkan oleh penceramah jemputan.

Di antara kupasan beliau terhadap isu ini iaitu Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya di mana melalui konsep ini diharapkan boleh mendapatkan satu titik pertemuan di antara satu sama lain. Selain itu juga, beliau mengingatkan bahawa ini gagasan 1 Malaysia ini bukanlah diasaskan ketika pemerintahan PM sekarang tetapi ianya telah dibincangkan beberapa tahun sebelum itu. Semoga dengan penjelasan daripada YBhg. Dato', mahasiswa khususnya di Universiti Malaya akan lebih memahami dan menghayati pendekatan yang telah menjadi dasar kerajaan sejak setahun yang lalu.


Auditorium Kompleks Perdanasiswa (KPS) penuh dan sesak dengan kehadiran mencecah 1500 pelajar.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya bergambar dengan penceramah
iaitu YBhg. Dato' Haji. Shahlan b. Haji Ismail.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10